Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
Ads
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
Ads
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang tinggi. Kadang-kala kita terlupa ada makanan yang sedang hangat atas dapur. Bila sedar, hmm… dah rentung semuanya! Bila nak cuci pula, kerak hangus susah nak tanggal, lebih-lebih lagi kalau hanya guna sabun biasa. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, memang boleh pedih tangan dibuatnya. Jangan risau, ada cara mudah dan semula jadi untuk hilangkan kerak dan kesan hangus pada periuk atau kuali tanpa perlu guna bahan kimia. Cara ini memang berkesan dan dijamin selamat!
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip atau span sambil mengikis kesan yang melekat. Garam membantu melonggarkan kerak dengan cepat.
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan seketika. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Sental hingga bersih. Cuka bukan saja menanggalkan kesan hangus, malah boleh menghilangkan bau masakan yang kuat.
Soda bikarbonat adalah bahan serbaguna yang berkesan untuk hilangkan kerak periuk. Panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih, kemudian masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci. Ia membantu melonggarkan kerak degil dengan lembut.
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci semula jadi. Caranya mudah — potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum bersihkan periuk seperti biasa. Asid sitrik dalam lemon membantu mencairkan kesan hangus dengan cepat dan meninggalkan bau segar.
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk akan tanggal dengan sendirinya. Kulit kentang mengandungi enzim semula jadi yang membantu melonggarkan kotoran.
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal. Asid semula jadi dalam asam jawa bertindak sebagai agen pembersih yang kuat.
Tips tambahan: Untuk hasil terbaik, sentiasa rendam periuk atau kuali hangus sejurus selepas digunakan. Ini memudahkan proses mencuci tanpa perlu tenaga tambahan. Selamat mencuba!
Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit. *Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.
Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Princess Zhaza Nasheema ini.
CARA TANAM TAUGE GUNA KOTAK AIR
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.