Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali atau dikenali sebaga Pesta Cahaya pada tahun 2022 ni, Foodpanda berbesar hati nak bagi promo code istimewa setiap kali membeli melalui aplikasi Foodpanda!
Pelanggan boleh memilih sama ada nak delivery ataupun pick-up untuk menggunakan promo code istimewa ini. Berikut adalah beberapa promo code yang boleh digunakan semasa membeli di aplikasi Foodpanda:
DELIVERY & PICK UP:
PESTAPANDA untuk potong 50% dengan jumlah minimum pembelanjaan sebanyak RM 25.00
TENuntuk potongan RM 10 dengan jumlah minimum pembelajaan sebanyak RM 35.00
Ads
ORDERNOWuntuk potongan 40% dengan jumlah minimum pembelanjaan sebanyak RM 20.00 di restoran yang terpilih bermula pada jam 2.00 sehingga 5.00 petang
FREEDELuntuk penghantaran percuma minimum pembelanjaan sebanyak RM 25.00
PANDAMART:
Pelanggan boleh mendapatkan potong 20% dari harga barang yang dibeli dalma kategori tersebut:
Ads
Groceries: 14 Oktober – 20 October
Home & Beauty: 21 Oktober – 27 Oktober
Fresh Produce & Dairy: 28 Oktober – 3 November
SHOPS:
Ads
Lotus’s : Potongan 30% bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober.
Nestle Ice Cream: 1 Oktober sehingga 31 Oktober.
Watsons: Potongan 50% bermula 1 Oktober sehingga 31 October.
7-Eleven: Diskaun 35% bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober.
Duduk je di rumah dan pesan melalui Foodpanda segalanya mudah! Makan maruku dan segala jenis kuih dan snek bertemakan Deepavali di rumah yang di pesan melalui aplikasi Foodpanda memang seronok.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rakyat Malaysia berpeluang menikmati minggu citarasa Itali asli yang luar biasa dari 5 -11 Disember dengan pelancaran ‘Week of the Italian Cuisine in the World’ (Minggu Sajian Itali di Dunia).
Kempen “Week of the Italian Cuisine in the World” yang diadakan buat kali ke-7 ini, memaparkan tema “Conviviality, Sustainability and Innovation: The Ingredients of Italian Cuisine for People’s Health and the Protection of the Planet” (Kemesraan, Kelestarian dan Inovasi: Ramuan Sajian Itali Demi Kesihatan Insan dan Perlindungan Bumi).
Acara ini, yang diadakan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia dianjurkan Kementerian Luar Negara Itali.
Duta Itali ke Malaysia, Massimo Rustico, sebanyak 20 restoran Itali yang turut serta dalam kempen yang diadakan selama seminggu ini.
Antaranya Fellini Ristorante & Café, Marini’s on 57, Osteria Gamberoni, Portofino Italian Restaurant, Roberto’s 1020 Osteria dan banyak lagi.
”Selain itu, sepanjang minggu, para penggemar dan peminat budaya Itali boleh menyertai kelas pakar (masterclasses) yang mengetengahkan tradisi asli, produk berkualiti tinggi dan hidangan serantau Itali, sambil menjamu selera di beberapa restoran Itali yang terbaik,” katanya.
Duta Itali Ke Malaysia, Massimo Rustico bersama Italian Trade Commissioner Dr Filippo Fusaro (kanan sekali) dan team chef dari Itali yang diketuai Chef Simone Guglielmo (tiga dari kanan).
Dalam pelancaran kempen ini juga, sepasukan empat chef diterbangkan khas dari Itali, untuk menyediakan beberapa sajian asli Itali.
Diketuai oleh Chef Simone Guglielmo dari Restoran Itali “I Rocci di Casciano Barbara” dari kawasan Apulia, mereka menghidangkan sotong bakar dengan paprika manis, puri tomato, kentang confit, bawang panggang, dan serbuk zaitun hitam, Squid Ink Gnocchi dan filet Tuna Trufel yang dimasak dengan dua cara.
Untuk senarai penuh restoran Itali yang turut serta dalam kempen ‘Week of the Italian Cuisine in the World’ ini, boleh layari https://www.italianfestival.info/
Untuk menjamu selera di restoran Itali yang asli, anda boleh cari logo pelekat “Settimana della cucina Italiana nel Mondo 2022” yang diluluskan oleh Kedutaan Itali dan Agensi Perdagangan Itali di Kuala Lumpur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Perbezaan Jenis Mi di Malaysia sering menjadi persoalan kerana terdapat pelbagai jenis mi yang kelihatan hampir sama tetapi sebenarnya mempunyai bahan asas, tekstur dan kegunaan yang berbeza.
Malaysia sememangnya syurga makanan. Selain kaya dengan pelbagai jenis lauk-pauk, kita juga mempunyai aneka pilihan mi yang digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, ramai yang masih keliru dengan perbezaan antara bihun, mi suah, laksa, kuey teow, laksam, mi kuning, mi sanggul dan wantan mi.
Walaupun semuanya kelihatan seperti mi, setiap satu mempunyai ciri tersendiri yang mempengaruhi rasa dan pengalaman ketika menikmati sesuatu hidangan. Berikut ialah penerangan lengkap untuk membantu anda memahami Perbezaan Jenis Mi yang popular di Malaysia.
Bihun diperbuat daripada tepung beras dan biasanya berbentuk halus serta berwarna putih.
Teksturnya ringan dan mudah menyerap rasa kuah atau perencah. Sebelum dimasak, bihun perlu direndam dalam air sehingga lembut.
Bihun sangat popular kerana mudah dimasak dan sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis lauk.
Mi suah berasal daripada masyarakat Cina dan diperbuat daripada tepung gandum. Bentuknya sangat halus, lebih nipis berbanding bihun.
Mi ini mempunyai tekstur yang lembut dan biasanya dimasak dalam kuah yang ringan. Dalam budaya Cina, mi suah sering dihidangkan semasa sambutan hari lahir kerana melambangkan umur panjang.
Oleh kerana teksturnya halus, mi suah tidak memerlukan masa memasak yang lama.
Laksa mempunyai bentuk yang lebih tebal berbanding bihun dan diperbuat daripada tepung beras.
Teksturnya kenyal dan padat, menjadikannya pilihan utama untuk hidangan berkuah.
Setiap negeri mempunyai versi laksa tersendiri dengan kuah dan ramuan yang berbeza.
Kuey teow diperbuat daripada tepung beras dan dibentuk menjadi jalur lebar serta nipis.
Teksturnya lembut dan licin apabila dimasak. Ia mudah menyerap rasa sos dan kuah.
Kuetiau merupakan antara mi yang paling popular di Malaysia kerana versatil dan sesuai dimasak dalam pelbagai gaya.
Laksam berasal dari Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.
Walaupun namanya hampir sama dengan laksa, laksam sebenarnya berbeza. Ia diperbuat daripada tepung beras dan digulung menjadi kepingan tebal seperti lembaran putih.
Teksturnya lebih lembut dan kenyal berbanding laksa biasa.
Laksam biasanya dihidangkan bersama kuah lemak ikan yang pekat serta ulam-ulaman segar.
Mi kuning diperbuat daripada tepung gandum dan mengandungi air alkali yang memberikan warna kekuningan serta tekstur kenyal.
Ia merupakan antara mi yang paling banyak digunakan dalam masakan tempatan.
Mi kuning mempunyai rasa yang sedikit berbeza dan mampu mengekalkan teksturnya walaupun dimasak lama.
Mi sanggul ialah mi tradisional yang dikeringkan dan dibentuk menyerupai sanggul rambut.
Ia biasanya diperbuat daripada tepung gandum dan perlu direbus sebelum digunakan.
Mi ini sangat popular di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Ramai menyukai mi sanggul kerana teksturnya yang lebih kenyal dan tidak mudah lembik.
Wantan mi juga diperbuat daripada tepung gandum dan telur, menjadikannya lebih kenyal berbanding mi kuning biasa.
Ia terkenal dalam masakan Cina dan sering dihidangkan bersama dumpling atau wantan.
Wantan mi mempunyai tekstur yang lebih halus dan elastik, menjadikannya kegemaran ramai pencinta mi.
Walaupun semuanya tergolong dalam kategori mi, setiap satu mempunyai identiti tersendiri. Bihun dan laksa diperbuat daripada tepung beras, manakala mi kuning, mi suah, mi sanggul dan wantan mi pula menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama.
Perbezaan Jenis Mi dapat dilihat melalui ketebalan, tekstur dan cara penyediaannya. Ada yang lebih sesuai untuk hidangan goreng, manakala ada yang paling sedap dinikmati bersama kuah pekat atau sup yang menyelerakan.
Memahami Perbezaan Jenis Mi juga membantu anda memilih bahan yang tepat ketika memasak di rumah. Setiap jenis mi memberikan pengalaman rasa yang berbeza dan mampu mengubah karakter sesuatu hidangan.
Jadi selepas ini, anda pasti tidak lagi keliru antara bihun, laksa, laksam, kuey teow atau mi kuning. Malah, anda boleh mencuba pelbagai resipi baharu menggunakan jenis mi yang berbeza untuk menambah kelainan di dapur serta memperkayakan pengalaman kulinari seisi keluarga.
Jasmine Food Corporation Sdn Bhd memperkenalkan Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals.
Dua produk baharu ini sebagai langkah pertama daripada Jasmine Food untuk mengeluarkan selain daripada beras dan bihun tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Lim Swee Keat, beras Jasmine menjadi makanan ruji dalam isi rumah selama 60 tahun dan mereka menawarkan produk baharu yang sesuai dengan gaya hidup pengguna.
“Jasmine XXL Bihun Segera didatangkan dengan dua perisa; Sup Ayam dan Kari Putih Pulau Pinang.
“Seperti namanya, produk ini didatangkan dalam hidangan yang lebih besar berbanding jenama lain. Satu pek sudah cukup untuk memuaskan rasa lapar anda,” katanya.
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals didatangkan dalam satu pek dengan 400gm beras PusaCream Basmathi, pes briyani (untuk nasi) dan pilihan pes ayam masak merah atau kari ayam.
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini, sesuai untuk 4-5 orang makan dan boleh siap dalam 30 minit.
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini juga adalah lanjutan daripada nasi PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal dari Jasmine.
Kedua-dua produk baru Jasmine ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Semenanjung Malaysia dan dalam talian melalui e-kedai rasmi Jasmine di Shopee dan Lazada.
Jasmine XXL Bihun Segera dijual pada harga RM8 hingga RM13, manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals dijual pada harga RM28 hingga RM31.
Pada masa sama, Jasmine juga melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang dipanggil peraduan Priceless Memories Snap & Menang yang bermula dari 21 Disember 2022 hingga 15 Februari 2023, di mana pengguna boleh memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah melebihi RM38,888.
Pengguna hanya perlu membeli produk Jasmine minima RM30, muat naik resit dan gambar bersama keluarga di www.priceless.com.my untuk menyertainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Beriani Udang yang wangi, berderai dan mudah dimasak menggunakan rice cooker. Ikuti resipi lengkap beserta tips untuk menghasilkan nasi beriani yang sedap dan menyelerakan.