Ads

Resipi Nasi Goreng Tauhu & Kacang Buncis. Mudah & Senang Disediakan.

Kaya dengan sumber protein serta sayur-sayuran. Jika suka, boleh ditambah hirisan ayam yang telah dicarik-carikkan.

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

Ads

UNTUK HIASAN:

Ads
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  2.  Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  3.  Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.