Susah nak kekalkan keranggupan ikan bilis goreng kalau nak disimpan lama? Anda jangan bimbang, boleh saja jika anda ikut sembilan tip yang senang untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis yang mudah ini.
Lepas dapat info ini anda bolehlah goreng ikan bilis untuk stok seminggu tanpa hilang keranggupannya.
Pilih Ikan Bilis Berkualiti Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
Keringkan Sepenuhnya: Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
Ads
Guna Cuka: Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
Guna Minyak Panas: Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
Goreng Guna Api Sederhana: Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
Ads
Tos Minyak Sepenuhnya: Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
Simpan Dalam Balang Kedap Udara: Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
Goreng Secara Berperingkat: Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
ANDA INGIN MEMBELI IKAN BILIS BERKUALITI TINGGI, BELI ONLINE DI SINI
Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Daging
Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
cleavercooking.com
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.
http://easyasbananas.blogspot.com
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
http://myferretpet.com
4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.
5. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masalah lalat yang banyak di dapur dan meja makan memang merimaskan. Nak letak makanan dan makan pun tak senang dibuatnya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah lalat ini adalah dengan membuat sendiri perangkap lalat.
Caranya dengan membuat bancuhan air ini dan meletakkannya di dapur atau ruang yang banyak lalat. Cara ini lalat akan tertarik terbang ke arah air bancuhan dan terperangkap di situ secara tak langsung mengurangkan masalah lalat.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan
1/2 cawan cuka. 1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain). 1/2 cawan syampu
Cara membuatnya;
1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama-sama.
2. Letakkan mangkuk di dapur dan tunggu lalat berkumpul padanya.
3. Biarkan campuran itu di luar selama beberapa jam atau sehingga lalat banyak terperangkap di situ. Ulang bancuhan jika perlu.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!