Lumrah orang Melayu walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota lain tetapi lauk pauk Melayu tradisi pasti dicari. Bahannya mudah, kos pun rendah sajian yang mudah dan cepat dimasak.

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

Bagi Marazrin Martadha masakan Melayu tidak akan membuat anda rasa jemu dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada jati diri anda.Nah ni dia 7 resipi dari restoran MMYankees yang pasti menyelerakan dan menambat kasih saat merasa suapan pertama. Cubalah senang aje…

AYAM MASAK MERAH

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

 BAHAN KISAR :

  • 4-5 biji cili kering
  • 2.5 sm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

 Bahan Hias

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam dan biarkan kuah jadi pekat.
  4. Sekali sekala hendaklah digaul balikan.
  5. Bila kudah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biarkan satu hingga dua minit.
  6. Kemudian padamkan api dan ayam siap dihidang.

Saiz hidangan : 4 orang

Masa : 20 minit

Cara memasak : Goreng dan tumis

Jenis masakan : Lauk pauk

Keistimewaan : Sos tomato dan cili memberi rasa masam dan sedikit pedas

INFO CHEF : Untuk masak merah ayam jangan digoreng terlalu garing, cukup 2/3 masak.

AYAM MASAK GULAI LEMAK CILI PADI

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

BAHAN-BAHAN :

  • 4-3 ketul ayam
  • 220 ml santan kotak
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 batang serai – ketuk
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

BAHAN KISAR :

  • 10 – 15 biji cili padi /jangan dibuang tangkai dan ikut kepedasan sendiri
  • 2 sm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sm halia – guna sikit sahaja

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam.
  2. Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi. Biarkan air ayam keluar dan agak kering.
  3. Kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai dan kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Setelah sesuai rasa dan kuah dah cantik, biarkan mereneh sebentar dengan api kecil.
  5. Api boleh ditutup dan siap untuk dihidangkan. 

Saiz hidangan : 4 orang

Masa : 20 minit

Cara memasak : Didih dan reneh

Jenis masakan : Lauk pauk

Keistimewaan : Rasa cili padi buatkan kuah lemak ini istimewa

IKLAN

INFO CHEF : Untuk rasa lemak cili padi asli Negeri Sembilan, anda tidak perlu menggunakan bawang. Dan biasanya dimasak dengan daging ayam salai

IKAN KEMBUNG MASAK KICAP

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

  BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan kembung saiz besar /disiang dan dikelar
  • 3 ulas bawang putih /diketuk
  • 1 biji bawang besar /diketuk
  • 1 biji cili merah /dihiris serong
  • 1 biji cili hijau /dihiris serong
  • 1.5 sm halia /diketuk
  • 5 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu makan besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh cuka makan
  • 1/3 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Sedikit hirisan daun bawang

Cara memasak

  1. Lumur ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
  2. Goreng ikan kembung hingga masak, tak perlu sampai garing.
  3. Angkat dan ketepikan ikan.
  4. Tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum menggunakan tiga sudu makan minyak.
  5. Masukkan sos tiram dan kacau hingga rata.
  6. Tuang air kosong, kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan, kacau dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan bawang besar dan ikan kembung yang telah digoreng tadi, kacau perlahan.
  8. Tambahkan hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah, kacau dan masak sekejap.
  9. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
  10. Ikan siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 5 orang

Masa : 15 minit

Cara memasak : Goreng dan tumis

Jenis masakan : Lauk pauk

Keistimewaan : Buatnya mudah dan ringkas, dan sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar lauk pedas.

INFO CHEF : Jika anda suka lebih pedas, boleh tambahkan 3-4 biji cili padi yang telah diketuk

AYAM GORENG CILI PADI

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 ketul ayam /dipotong sederhana
  • 10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji limau kasturi
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar semua bawang dan cili padi.
  3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan-bahan tumis bertukar warna sedikit gelap dan garing.
  4. Masukkan air limau kasturi dan garam secukupnya. (boleh tambah sedikit gula jika suka)
  5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul rata, dan siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 4 orang

IKLAN

Masa : 20 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Lauk pauk

Keistimewaan : Rasa cili padi yang garing mengenakkan sajian

INFO CHEF: Masa menumis boleh guna minyak yang banyak sedikit. Selepas masak boleh dibuang sedikit minyaknya agar tidak terlalu berminyak.

TAUHU GORENG BERLADO

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

 BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm tauhu putih/ belah dua bentuk segitiga
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 helai daun salam
  • 2 sm lengkuas,
  • 1 sudu makan gula merah
  • garam secukupnya
  • 300 ml air
  • minyak untuk menumis

BAHAN BAHAN/ DIKISAR :

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji cili hidup
  • 10 biji cili kering
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan tauhu dengan garam dan bawang putih.
  2.  Biarkan kurang lebih minit dan goreng hingga masak. Ketepikan
  3. Ambil bahan dikisar  dan tumis dengan sedikit minyak, biarkan hingga naik minyak.  Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis hingga harum
  4. Masukkan kicap manis gula dan garam secukupnya. 
  5. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan hingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan hingga air hampir kering.

Saiz hidangan : 4 orang

Masa : 15 – 20 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Lauk pauk

Keistimewaan : Bagi penggemar tauhu, sajian ini sedap juga diratah begitu sahaja.

IKLAN

INFO CHEF ;Anda boleh juga memerah sedikit jus limau kasturi jika mahu rasa masam .

 GORENG SAYUR CAMPUR

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 ulas bawang putih /dihiris halus
  • 3 biji bawang merah /dihiris halus
  • 1 biji cili merah
  • 100 gm ikan bilis
  • 300 gm kubis
  • 1/2 biji labu siam @/labu air/dipotong kiub
  • 1 biji lobak merah /dihiris memanjang (batang mancis)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Tumiskan bawang merah, dan bawang putih. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan lobak merah, dan apabila lobak merah empuk sedikit masukkan kubis dan labu siam.. Tambah sedikit air. Masukkan garam secukup rasa
  3. Goreng sebentar dan anda boleh tambahkan sayuran lain jika suka.
  4. Tambah ikan bilis goreng berlada untuk lebih sedap.

Saiz hidangan : 3 orang

Masa : 10 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Sayur-sayuran

Keistimewaan : Anda boleh menambah sayuran yang anda gemari ikut suka.

INFO CHEF : Jika tidak mahu ikan bilis, anda boleh menggantikan dengan udang kering atau hidup hidup.

SAYUR PARK CHOY

 7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

Bahan-bahan:

  • 300 gm sayur park choy (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
  • 1 batang lobak merah saiz kecil/ dihiris membulat
  • 3 biji bawang putih /ditumbuk kasar
  • 2 sm halia dicincang halus
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan (atau minyak biasa)
  • Garam, gula secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1/2 sudu sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit hirisan cili merah

CARA MEMASAK :

  1. Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
  2. Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit gara,. Angkat dan toskan.
  3. Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil jika mahu. Ketepikan seketika.
  4. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan lobak merah biar lembut.
  5. Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
  6. Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
  8. Padamkan api. Akhir sekali curahkan sos di atas sayur park choy tadi.
  9. Sebagai hiasan taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang

Masa : 10 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Sayur-sayuran

Keistimewaan :Pengaruh masakan cina, yang sudah menjadi citarasa Melayu

INFO CHEF : Boleh hiriskan cili merah, jika mahu pedas sedikit

 

Terima kasih :Marazrin Martadha, MMYankees, No 8-50G, Ground Floor, Jalan Pahat H,15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI