Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik? Tak kisah untuk tujuan hiasan atau baluran atau sebagai bahan gulungan, ia tidak semudah yang dilihat. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22cm adalah lebih sesuai.
Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini, akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah, ia tidak terlalu sedikit. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit .
Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Ads
Walaupun menggunakan kuali anti lekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali, Gunakan lebih kurang satu sudu the minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Ia membantu telur dadar lebih mudah diterbalikan, Jika terlebih minyak boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata, anda perlu gunakan api. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Ads
Sangat penting anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan untuk satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran. Agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
Goreng Sekejap
Ads
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elak dari terlalu telur dadar menjadi terlalu garing kerana warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan masukkan telur, apabila cairan telur sudah kering terbaikkan sebelah lagi, selepas 30 saat angkat segera telur.
Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga dijadikan lauk dimakan dengan pulut kuning, nasi goreng ata diratah begitu sahaja.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya, bila rebus telur, pasti ada telur yang tak berapa cantik dikupas. Ada pula yang tak cukup masak dan jadi macam telur separuh masak pula.
Nah, kita kongsikan cara dan petua yang betul untuk rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Petua yang dikongsi Waheeda Basiron ini, sangat mudah dan memang menjadi sehingga kita berasa sayang pula nak makan. Jom kita tengok cara-cara rebus telur yang betul.
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambah air sehingga telur tenggelam. 2. Cara saya ni, tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye. Saya letak terus telur dalam periuk.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah bukan semata-mata boleh berlaku pada mereka yang berbadan gemuk atau berisi.Tak hairan sebenarnya jika mereka yang bertubuh kurus pun tinggi kolesterol.
Meskipun ia bukan dianggap penyakit, jumlah yang tinggi tetap mengundang bahaya pada tubuh. Ia boleh memberi komplikasi lain sehingga mampu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
Sementara masih boleh diturunkan, cubalah usahakan dengan amalan pemakanan yang boleh membantu anda mengawalnya.
Perkongsian Lin Zalikha ini mudah saja. Wanita ini menjadikan jus minuman ini sebagai amalan harian untuk menurunkan paras kolesterol.
“Kawan saya Cina, bekas cikgu sekolah satu kelas pagi dengan saya. Dia bagi saya tip hanya guna dua bahan sahaja.” Katanya dalam status facebooknya.
Bahan-bahan:
30 ulas Bawang Putih – yang besar-besar
5 biji lemon – dipotong sekali dengan kulit
Cara-cara:
Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.
Masak sampai mendidih.
Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan Sebelum Sarapan
Setiap pagi ambil 10 atau 15 ml (lebih kurang 1 penutup plastik) dan minum.
Pada yang tak boleh minum, boleh campurkan dengan sedikit madu.
Nota
Bagi yang kolesterolnya tinggi boleh minum pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.
Jika ada banyak kunyit hidup di rumah boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia tahan lama. Taklah terbiar kecut dan membazir.
Memang boleh buat serbuk kunyit tapi renyah sikit. Cara yang dikongsi oleh Linda Mokhtar lebih mudah.
Katanya untuk pastikan kunyit ini tahan lama ia cuma perlu dikisar halus. Kunyit kisar boleh tahan lebih daripada 3 bulan.
Ia boleh digunakan dalam pelbagai masakan yang menggunakan kunyit. Warna kunyit lebih cantik dan kalau digunakan untuk menggoreng ayam, ikan dan sebagai ia lebih wangi dan sedap.
Tapi untuk kisar kunyit ini ada caranya, boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau.
1. Basuh kunyit hidup dan kikis kulitnya. Kemudian potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam pengisar dan tuang sedikit air dan kisar hingga lumat.
3. Masukkan kunyit kisar dalam balang dan letak sekal beberapa asam keping bersama sedikit garam di dalamnya. Bahan inilah yang akan memastikan kunyit kisar tahan lama.
4. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk ruang biasa, bukan bahagian frozen ya. Kunyit ini boleh bertahan lebih 3 bulan dalam peti sejuk.
5. Bila nak guna untuk masakan cuma ceduk saja. Walau pun dah dikisar warna dan baunya kekal asli. Kalau guna untuk masakan goreng memang lebih sedap dan wangi.
Sumber: Linda Mokhtar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.