Sajian Ala Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.

 

AYAM SOS THAI

6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 8 sudu makan sos Thai
  • 2 batang serai | titik
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
  • 1/2 biji cili Benggala merah | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris
  • 3 biji cili padi hijau |hiris halus
  • 1 tangkai cili merah | hiris halus
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 60ml air
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun ketumbar untuk hiasan

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.  Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
  3. Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
  4. Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
  5. Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api.  Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.

 

Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.

 

 

GULAI AYAM SIAM

6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 250ml santan pekat
  • 250ml air
  • 6 biji terung kampung | belah dua
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 biji bawang putih | kisar
  • 3cm lengkuas | hiris dan kisar
  • 3cm kunyit | hiris dan kisar
  • 6 tangkai cili padi hijau | kisar
  • 2 batang serai | hiris halus dan kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 helai daun limau purut | carik
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
  3. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.  Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.  Siap untuk dihidangkan.

 

Info Chef : Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.

 

IKLAN

 

SALAD AYAM THAI

 6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh sos Thai
  • 300gm daun kubis | hiris halus
  • 2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 batang timun | hiris halus
  • 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
  • 250gm kacang tanah goreng
  • 1 biji cili merah | potong halus
  • 4 biji cili padi |potong halus
  • 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
  • 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN UNTUK SOS SALAD:

  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 3 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh gula pasir
  • 4 biji bawang putih | cincang
  • 2 sudu makan air masak

 

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.  Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis.  Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  3. Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.  Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

 

Info Chef:  Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.

 

IKLAN

 

AYAM HALIA

6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5cm halia |hiris halus dan memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 4 biji cili padi | hiris
  • 1 tangkai cili merah | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
  • 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
  • 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
  • 60ml air
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.  Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.  Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.

 

Info chef: Boleh tambah hirisan cili Benggala jika suka.

 

AYAM SICHUAN ALA THAI

6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ketul isi dada ayam dihiris
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan taucu
  • ½ biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 1 sudu teh kicap pekat manis
  • 2 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh serbuk cili Thai
  • 1/2 cawan kacang tanah goreng
  • 8 tangkai cili kering
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos  dan ketepikan.
  3. Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
  4. Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api.  Hidangkan segera semasa masih panas.

 

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih.

 

 

COCONUT LIME CHICKEN

6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam | potong kecil
  • 125ml santan pekat
  • 125ml air
  • 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
  • 6 tangkai cili padi hijau | hiris
  • 2 helai daun limau purut | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu teh gula tau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 batang daun ketumbar | hiris kasar
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 tangkai cili merah | hiasan
  • 1 batang daun bawang | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
  2. Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar.  Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
  3. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.

 

Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.

 

KONGSI RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI