Nak sembuhkan luka cepat, biasanya dikaitkan dengan vitamin C. Tetapi sebenarnya makanan yang tinggi kandungan proteinnya juga memberikan khasiat yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Kredit foto : cookinglight.com
Anda kena percaya nih sebenarnya apa yang anda makan, boleh menentukan cepat atau lambat tubuh anda sembuh. Makanan yang tinggi kandungan protein ada kebaikan jangka panjang kepada tubuh kerana setiap sel di dalam tubuh mengandungi protein.
Jadi , pilihlah makanan kaya protein untuk bantu sembuhkan luka…
1. KEKACANG
Kredit foto : healthline.com
Kekacang (legumes) memang sumber terbaik kaya protein. Anda boleh masukkan kacang merah, dhal, kacang pis ke dalam diet anda. Campurkan ke dalam nasi goreng dan pasta atau lauk .
2. KACANG
IKLAN
Kacang seperti kacang tanah, gajus, badam juga adalah sumber hebat dalam membekalkan protein dalam tubuh. Kudapan enak yang menceriakan ini boleh meningkatkan proses penyembuhan luka. Tabiat memakan kacang ni baik untuk kesihatan daripada anda memilih kudapan yang memudararkan seperti kentang goreng atau makanan ringan lain (jajan).
3. TELUR
IKLAN
Kredit Foto : medicalnewstoday.com
Telur boleh sahaja diadunkan ke dalam pelbagai jenis hidangan makanan. Telur adalah efektif untuk menghimpun kandungan makanan yang kaya protein. Pun begitu kena jangan berlebihan sebab kuning telur juga tinggi kolestrol. Jadi bersederhanalah lebih lagi jika anda ada masalah isu kesihatan jantung.
4. AYAM
Kredit foto : seriouseats.com
Ayam adalah salah satu sumber daging yang sihat dan kaya protein. Ia juga mudah dipelbagaikan dalam hidang. Beli ayam tanpa tulang seperti bahagian dada dan pangganglah ke dalam ketuhar, dah pun siap sajian tinggi protein anda.
IKLAN
5. SUSU
Kredit Foto : mim.co.uk
Susu adalah cara terbaik menguatkkan tubuh. Jika tubuh anda alah kepada laktos, atau anda tak suka minum susu lembu ada pilihan susu lain yang kaya protein seperti susu badam, susu soya. Jadikan susu sebagai rutin minuman harian anda.
6. SUPLIMEN PROTEIN
Kredit foto : mensjournal.com
Jika anda alah atau tidak suka makanan dalam senarai di atas, anda boleh aje memasukkan suplimen protein (makanan tambahan/kesihatan) di dalam diet pemakanan. Terdapat pelbagai suplimen (makanan kesihatan) yang boleh membantu proses menyembuhkan luka.
Di antaranya adalah protein ‘whey’ (larutan cecair/air bila susu sudah berketul), protein soya dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (dalam bentuk serbuk). Ambil secawan air atau susu dan kisarkan bersama sesudu dua serbuk suplimen kesihatan itu.
Simpan ayam mentah cara mudah. Wow… Kena cuba ni. Maklumlah, bila hampir ke hujung minggu, ibu-ibu pastinya sudah mula dengan senarai bahan-bahan basah yang perlu dibeli di hari cuti nanti. Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar.
Biasa dibeli seekor atau dua untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Di musim cuti sekolah ini, tentunya lebih banyak memasak untuk hidangan anak-anak. Sibuk tentunya. Jadi kali ini RASA ingin berkongsi petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur iaitu cara mudah untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian saudari Suzana Zainal yang dikongsi oleh Majalah Mingguan Wanita. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
SAYA NAK BERKONGSI CARA SAYA SIMPAN AYAM ATAU DAGING ATAU IKAN
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas dah beku, ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Moga bermanfaat!
Dapatkan GREENWIPES DISINFECTING WIPES dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Kredit petua & foto: Suzana Zainal via Mingguan Wanita
Dapatkan pelbagai resipi serta petua yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Untuk peminat telur masin, jika kamu ingin berjimat di zaman kegawatan ekonomi ni, apa kata kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.. lebih sedap dari beli kat kedai! Yang penting boleh berjimat dan murah!
Setelah 2 minggu rendam dengan air garam… Guna telur ayam je…. zaman2 sekarang ni semua kena jimat… Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1 kg RM0.80 total RM10+ je..dapat 30 biji telur masin!!!
BAHAN-BAHAN:
telur ayam 30biji
garam kasar 1kg
air secukup nya (agak2 tlur tu tenggelam)
CARA-CARA:
Masukan garam kasar dan air dalam periuk..
Masak atas api sehingga garam larut..
Sejukan dulu baru masukan telur..
Rendam di tempat yg gelap selama 14hari.
Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dng air biasa.. boleh di simpan dalam peti sejuk…
Bila terasa nak mkn baru rebus…
Nota: Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren… masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap… lagi gelap lagi bagus…. saya simpan dalam kabinet dapur.!
Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur serta kotoran yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit.
Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:
1. SERAI
Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. DAUN UBI
Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. DAUN BETIK
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. GARAM
foto: getty images
Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. PELEPAH PISANG
foto: pexels.com
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. ASAM GELUGUR
Foto: wikipedia
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.