Gout…aduhai sakitnya hanya penderitanya aje yang tahu. Ia menyebabkan denyutan rasa yang perit dan rasa yang teramat sakit. Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh.

Kredit foto : curearthritis.org

Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh tubuh terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran urinari.

Mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita. Salah satu cara yang boleh diusahakan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

Kredit foto : hdnr.com

Nah, ini 6 jenis makanan yang dipercayai boleh mencegah gout. Ini adalah saranan dan perkongsian dari Kementerian Malaysia.

1. NENAS

Kredit foto : snaped.fns.usda.gov

Tinggi dengan ‘bromelain’dan vitamin C. Kandungan khasiat dua komponen ini boleh mengurangkan keradangan di sendi-sendi.

2. KUNYIT

Kredit foto : medicalnewstoday.com

Memang terbukti baik untuk kesihatan dan mampu mencegah beberapa penyakit termasuklah gout.Cucumin yang boleh didapati daripada kunyit juga boleh mengurangkan keradangan sendi yang sering dialami pesakit gout.

3. ULAM PEGAGA

Kredit foto : terbaek.net

Ulam tradisional hidangan Melayu ini juga diyakini boleh mencegah gout. Ia tinggi dengan ‘phtochemical’ untuk membantu proses menyahtoksik dalam tubuh.

4. LEMON

Kredit foto : thecreative.cafe

Jus lemon memang kaya dengan Vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh. Kandungan vitamin C ini dapat membantu proses menyahtoksik dalam tubuh pesakit gout. Jadikan lah minuman jus lemon suam tanpa
gula sebagai amalan rutin harian anda.

5. HALIA

Kredit foto : aimindia.com

Komponen gingerole dan zingiberene dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Bila masak tu anda boleh masukkan halia sekali. Boleh juga dijadikan amalan minuman harian dengan memasukkan ke
dalam teh anda, tapi ingat jangan letak gula , tau.

6. CILI HIDUP @ SEGAR

Kredit Foto : reddit.com

Di sebalik kepedasan cili, tak sangka ya ada manfaat kesihatannya. Dalam cili ada kandungan Vitamin A dan C yang dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Tapi jangan makan berlebihan pula.

Bukan semua sakit harus bergantung kepada ubat yang mahal. Ia boleh dicegah dan dikawal melalui amalan pemakanan yang baik. Pesan Min,Pesakit gout juga harus mengelakkan juga makanan laut, ya.