Pernahkah anda mengalami keadaan kentang goreng yang anda masak menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur? Pasti rasa kecewa. Untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik, terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti.
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin.
Ads
2. Setelah dikupas dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
Ads
Ads
3. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap. Goreng secara ‘deep fried’.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daun selom memang sedap dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ulam ini sangat popular dalam masakan tradisional kerana aromanya yang wangi dan rasanya yang segar. Macam-macam menu boleh dihasilkan menggunakan daun selom, sama ada dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api, atau dimakan mentah sebagai ulam bersama sambal belacan.
Kebiasaannya, daun selom mudah didapati di pasar atau pasar tani dengan harga yang tidak terlalu mahal. Namun, jika anda boleh menanamnya sendiri di rumah, sudah tentu ia lebih menjimatkan dan menyeronokkan. Selain dapat menikmati ulam segar setiap hari, anda juga lebih yakin dengan kebersihan serta kualiti tanaman yang dihasilkan.
Ramai yang tidak sedar bahawa tanam ulam selom di rumah sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran berkebun yang tinggi. Malah, daun selom terkenal sebagai tanaman yang cepat tumbuh dan tahan lasak.
Antara kelebihan utama menanam ulam selom ialah ia boleh dituai berulang kali. Semakin kerap dipotong, semakin subur pertumbuhannya. Ini bermakna anda boleh menikmati hasil segar setiap hari tanpa perlu membeli di luar. Jika hasilnya berlebihan, ia juga berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Daun selom tergolong dalam tanaman yang gemar kawasan lembap dan berair. Sebab itu ia sering tumbuh dengan baik di kawasan tanah lembap atau berhampiran sumber air. Dengan penjagaan asas seperti siraman yang mencukupi, daun selom boleh hidup subur walaupun ditanam di kawasan rumah yang terhad.
Selain itu, struktur batangnya yang beruas memudahkan pembiakan secara keratan. Inilah sebab utama kenapa kaedah menanam menggunakan batang lebih digalakkan berbanding biji benih.
Berikut merupakan perkongsian cara tanam ulam selom yang mudah dan praktikal seperti yang dikongsikan oleh Saudari Nur Aida Md Zainuddin. Kaedah ini sesuai untuk dicuba oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia berkebun.
Batang selom dipotong mengikut ruas. Setiap ruas ini berpotensi untuk mengeluarkan akar. Pastikan batang yang dipilih masih segar dan tidak layu.
Rendam batang selom tadi di dalam air bersih selama kira-kira 5 hingga 7 hari. Akar akan mula keluar melalui bahagian ruas batang. Pastikan air rendaman ditukar selalu supaya tidak berbau dan batang tidak rosak.
Apabila akar sudah keluar dengan jelas, tanam batang selom tersebut secara melintang di dalam tanah. Cara ini membantu akar dan tunas baru tumbuh dengan lebih sekata.
Tutup batang yang ditanam dengan tanah dan siram secukupnya. Pastikan tanah sentiasa lembap, terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Elakkan tanah menjadi terlalu kering.
Apabila daun selom sudah tumbuh dengan subur dan merimbun, bolehlah dituai sedikit demi sedikit. Penuaian yang kerap sebenarnya membantu merangsang pertumbuhan daun baru yang lebih segar.
Bagi memastikan hasil daun selom sentiasa cantik dan subur, pastikan tanaman menerima cahaya matahari yang mencukupi, sekurang-kurangnya separa cahaya. Siram secara konsisten dan buang daun-daun yang rosak atau kekuningan.
Dengan penjagaan yang betul, tanam ulam selom bukan sahaja memberikan kepuasan kerana dapat menikmati hasil sendiri, malah menjadikan aktiviti berkebun sebagai terapi yang menenangkan.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU/BUBUK BERAS
1. JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI
2. GUNA CILI KERING
3. LETAK BAWANG PUTIH
4. GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA
5. DAUN LIMAU PURUT
6. BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Velvey Rossa ini. Pasti seronok bila dapat tuai hasilnya.
CARA TANAM TAUGE SENDIRI DI RUMAH
BAHAN-BAHAN: Kacang hijau – jumlahnya ikut cita rasa masing-masing 2 helai kain tuala kecil – sehelai untuk semai kacang & sehelai untuk tutup kacang sekaligus jadi pemberat Bekas untuk menanam – boleh guna tapis sayur Bekas untuk menyimpan – boleh guna bekas plastik gelap, plastik hitam atau periuk kukus
CARA MENANAM:
1. Kacang hijau perlu direndam semalaman atau 7-8 jam hingga ianya kembang. 2. Untuk menyemai kacang, bekas tapis harus dialas dengan sehelai tuala kecil. 3. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah kembang tadi atas tuala. 4. Kemudian tutup kacang menggunakan sehelai lagi tuala. Ia berfungsi sebagai pemberat supaya taugeh terbantut dan tidak tumbuh kurus meninggi. 5. Siram keseluruhan tuala tadi dan toskan airnya. 6. Simpan tapis berisi kacang tadi dalam bekas gelap seperti bekas plastik. Boleh guna apa sahaja bekas asalkan gelap. Boleh juga guna plastic hitam atau periuk kukusan. 7. Simpan bekas tersebut di tempat gelap dan tidak terdedah pada cahaya. Ini keran jika kena cahaya tauge akan menjadi kurus. 8. Siram kacang tadi 4-5 kali sehari untuk pembesaran tauge yang sempurna. 9. Tauge yang ditanam boelh dituai pada hari keempat.