Rempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India. Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak.  Kata beliau, hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, mahu pun tetamu yang bertamu di kediamannya. Ingin mencuba menu masakan India?  Jangan lupa cuba resipi ni!

 

SHRIMP & POTATO CUTLETS

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan udang  | buang kulit dan bersihkan
  • 5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1/4 sudu teh pes bawang putih
  • 1/8 sudu teh pes halia
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH RATUS

  • 1/4 serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
  • 1/4 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu teh garam masala
  • Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam |  jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1.  Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
  2.  Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
  3.  Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
  4.  Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
  5. Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
  6.  Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
  7.  Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan  adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
  8.  Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
  9.  Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
  10. Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
  11. Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.

 

INFO CHEF: Cara penyediaan dan pembuatan hidangan ini sama dengan bergedel.

 

HOT & SPICY MUTTON FRY

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
  • 4 biji bawang besar | potong dadu
  • 4 biji buah tomato | potong dadu
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 4 sudu makan yogurt
  • 3 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk  ketumbar
  • 3cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan  jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
  2. Perap selama 30 minit.
  3.  Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
  4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih,  ketumbar dan daun kari.
  5. Tambahkan  hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
  6. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan  daging kambing yang telah dimasak  menggunakan periuk tekanan tadi.
  7. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
  8. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan  bawang goreng sebelum dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika tidak ada periuk tekanan, anda boleh renehkan daging menggunakan periuk biasa hingga empuk.

 

PRAWNS MASALA

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
  • 4 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu teh serbuk cili
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak.

 

CARA MEMASAK:

  1.  Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
  2.  Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
  3. Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
  4. Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
  5.  Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
  6. Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api.
  8. Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
  9. Udang sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Hidangan ini mudah disediakan, sesuai untuk anda yang ingin cepat.

 

CHICKEN VINDALOO

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
  • 2 cawan bawang besar | cincang
  • 1 cawan puri tomato segar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 8-10 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu makan pes kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN GORENG SANGAI:

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 8-10 ulas lada hitam
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji sawi

 

CARA MEMASAK:

  1.  Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
  3.  Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
  4. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
  5.  Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Ayam Vandaloo ini,  selain enak dihidangkan dengan nasi, ia boleh juga dihidangkan dengan capati atau roti.

 

BABY SPINACH WITH DHAL

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 Yellow Moong Dhal
  • 1/2  sudu teh serbuk kunyit
  • Garam seckup rasa
  • 1.25 cawan air
  • 2 cawan daun baby spinach | cincang
  • 1/2 biji bawang besar | cincang
  • 1/2 cawam  tomato | cincang
  • 1/2 sudu teh pes halia
  • 1/2  sudu teh  pes bawang putih
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh chili flakes
  • 1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1.5 sudu makan minyak sapi
  • 1 cawan  air suam

BAHAN TAMBAHAN:

  • 2 sudu teh minyak sapi
  • 1/2 sudu teh  jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk cili

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih kacang dhal.
  2.  Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
  3. Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
  4. Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
  5. Campurkan  bawang dan tomato.  Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
  6. Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
  7. Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
  8. Masukkan pula  bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
  9. Diikuti daun  baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
  10. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  11. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Sangat enak dijadikan pencicah  capati mahupun roti nan.

 

ONION RATTA

6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
  • 5 biji bawang Holland  |  cincang
  • 5 biji cili hijau | cincang
  • 3 biji cili padi | potong dua
  • 1 biji timun | hiris
  • 2 biji tomato| hiris
  • 3cm halia | hiris nipis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
  • Daun pudina seccukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1.  Rendam bawang  yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
  2.  Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
  3. Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
  4.  Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
  5. Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
  6.  Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
  7.  Onion Ratta sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Onion Rata enak dihidangkan sejuk. Oleh itu simpannya di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

 

PENYELARAS: SHIDA YASIN

RESIPI TERIMA KASIH: PUAN VASANTHA, PINGGIRAN  USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR.

SUMBER: MAJALAH RASA ISU OGOS 2018

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI