Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak mesti sibuk nak masak itu ini. Tak kurang juga yang tidak tahu nak masak apa lagi. Jangan risau kalau kering idea, ini RASA kongsikan enam menu telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je ye..
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih| kisar
1 inci halia |kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai| hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih|kisar
½ inci halia|kisar
½ inci kunyit hidup|kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
1/2 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
Ads
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar.
Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah| dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis|potong
Sedikit daun sup|racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Nagasari ni kuih tradisional, dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya, bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang. Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang, tapi admin lagi suka yang guna daun pisang barulah aroma kuihnya lagi wangi dan menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Julidi Facebook ni memang menggunakan daun pisang memang cantiklah kejadiannya. Jom kita cuba!
KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
Pisang nipah (atau boleh je guna pisang lain)
3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
1 sudu gula (jika perlu)
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan-bahan di atas kecuali pisang kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental)
Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.
Letak pisang pastu tutup dengn sedikit lagi adunan tadi…bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang.
Putu mayam biasanya dihidangkan bersama isi kelapa dan gula Melaka, sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik dari semua bangsa.
Jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish.
PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online di sini 2 cawan air 1 sudu teh garam 1 sudu makan minyak jagung/minyak masak – beli online di sini Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau) Untuk lapik: Boleh guna daun pisang semasa mengukus Gula perang (brown sugar) – beli online di sini
Gula merah @ gula Melaka | dihiris halus Kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat. 2. Panas dan didih air terlebih dahulu. 3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung gaul rata. 4. Tutup api. Masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam. 6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas. 8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Memasak tidaklah terlalu sukar. Hanya perlu ada minat dan sedikit kemahuan, hasilnya pasti membanggakan. Bagi gadis-gadis muda, ilmu memasak ini memang sangat penting. Janganlah ditunggu hingga nak kahwin nanti baru nak belajar. Memang terkial-kial. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit asas dan pengetahuan dalam bidang memasak ni. Barulah nanti bakal mak mertua boleh puji.
Andai melanjutkan pelajaran ke universiti atau melangkah ke dunia pekerjaan yang memerlukan anda tinggal di rumah sewa, ilmu memasak ni memang berguna. Maklumlah, hari-hari kena masak. Kalau di rumah, ibu masih ada untuk sediakan lauk pauk buat anda. Nak beli je? Hmmm..seminggu dua mungkin boleh. Bila dah kerap sangat, lama-kelamaan mesti bosan.
Bukan kata orang lain, adik admin pun selalu mengelat bila disuruh masak. Katanya, sibuk dan tak reti. Alahai…belajarlah. Bukan susah pun. Sekurang-kurangnya kalau disaat kecemasan, bolehlah masak sendiri untuk alas perut tu. Betul tak?
Berikut adalah 10 resipimudah dan paling senang yang anda boleh belajar masak sebagai permulaan. Lepas dah pro,nanti boleh masak Chicken Chop pula ya.
1. DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil
50gm bawang Holland | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.