Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu! Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip yang RASA kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.
Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang anda perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini enam tip yang boleh anda ikut.
1.Asingkan Daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang. Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2.Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka kerana boleh mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.
Ads
3.Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bungkusan untuk sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer supaya daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selainitu bakteria mudah membiar, tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.
Ads
4.Simpan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
5.Simpan Dalam Bekas Bertutup
Ads
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.
6.Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang lengkap dan mudah ini, diharapkan tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban atau bila anda beli daging dalam jumlah yang banyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
Sediakan Bahan-Bahan:
300ml susu penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Bagi anda yang mengalami masalah lipas, boleh cuba buat perangkap menggunakan bahan-bahan mudah ini. Serangga ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh mengotorkan makanan dan minuman serta mencemarkan kawasan dapur anda. Malah, ada juga kes lipas halus yang masuk ke dalam telinga. Memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika terkena kepada anak-anak yang masih kecil.
Petua di bawah adalah perkongsian dari saudari Nor Hidayah. Beliau mencuba cara ini untuk memerangkap lipas dalam kereta. Berkesan! Lihatlah berapa banyak yang berjaya ditangkap, Anda juga boleh cuba cara ini dengan meletakkannya di dalam almari kabinet dapur anda. Selamat mencuba!
PERANGKAP LIPAS 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak terpakai (yang dah guna)
Susu pekat manis
Marjerin
CARA-CARA:
Sukatan bahan-bahan diatas ikut suka sahaja.
Letakkan dalam bekas dan gaul hingga sebati.
Biarkan semalaman di dalam kereta ( atau almari kabinet dapur).
Lihat hasilnya pada keesokan paginya. Selamat mencuba!
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.