Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya.
Kesan hangus ni agak susah nak tanggal tapi ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkannya. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
Ads
2. CUKA
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
3. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
4. LEMON
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
Ads
5. KULIT UBI KENTANG
kredit foto: realsimple.com
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
6. ASAM JAWA
kredit foto: spiceography.com
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
Ads
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya mempunyai selaput lilin pada buah (wax) bagi memastikan produk-produk tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan lilin tersebut. Namun ada cara mudah yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
CARA BERSIHKAN KESAN LILIN PADA BUAH ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
Anggur
Tepung jagung secukupnya
Air
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas besar yang bersesuaian dengan buah.
2. Taburkan tepung jagung. Sukatannya ialah 1 sudu makan tepung jagung untuk bersihkan 1 tangkai besar anggur.
3. Masukkan air ke dalam bekas sehingga meneggelamkan buah.
4. Adun tepung dan air hingga sebati.
5. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
6. Letakkan buah anggur ke dalam penapis dan bilas dengan air hingga bersih.
7. Hasilnya buah anggur yang dibeli akan jadi lebih bersih dan berkilat.
Sink dapur tersumbat? Aduhh… Hilang mood. Sink di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika air mula bertakung, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah. Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Nak cuba? Ikut langkah-langkah ini.
CARA ATASI MASALAH SINKI DAPUR TERSUMBAT
BAHAN-BAHAN:
1 genggam garam kasar
1 jug air panas
CARA-CARA:
Campurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudian siram ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan tiada air dalam sink atau tidak terlalu banyak.
Jika sumbatan tidak teruk, air akan cepat turun. Jika masih bertakung, ulang 2 kali dan biarkan semalaman. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
Mahu elak masalah sama dari kembali terjadi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu. Hasilnya sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Kulit popia bila sudah disimpan lama sangat dalam peti sejuk beku atau terdedah lama pada udara, akan jadi kering dan keras. Bila nak asingkan kepingan, akan jadi koyak. Nak dibuang sayang lebih-lebih lagi kalau kulit popia tu masih banyak. Jika anda mengalami masalah yang sama, cuba petua perkongsian saudari Bee Kengini. Boleh jadi lembut balik macam baru dan boleh elakkan pembaziran.
CARA LEMBUTKAN KEMBALI KULIT POPIA YANG KERAS DAN KERING
BAHAN-BAHAN: Kulit popia Kuali atau periuk kukusan Kain bersih
CARA-CARA: 1. Dalam kuali atau periuk kukusan, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (empunya petua masak dulu kain bersih untuk pastikan ia tiada kuman)
**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung. 2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau paras air jangan terlalu dekat dengan dulang pengukus, kalau tidak semasa air mendidih, ia akan membuatkan kulit popia jadi basah. 4. Stim @ kukus kulit popia tadi selama 10-15 minit. 5. Buka penutup periuk kukusan dan pastikan kulit popia betul-betul lembut. Jika masih belum lembut, stim kan lagi.
NOTA:
Semasa mahu diangkat, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas dan bawah ke dalam pinggan. Ia akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit popia habis dimakan atau digunakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi.
Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras, selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng. Selamat mencuba!
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...