Ha…Inilah 10 resipi Bubur Lambuk popular yang RASA agihkan kepada orang ramai sempena program RASA Bubur Lambuk Warisan yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. 

Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk diagihkan. Maklumlah, bila tibanya Ramadan, salah satu menu yang menjadi buruan ramai tentunya sajian Bubur Lambuk. Ia adalah salah satu juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Memang sedap!

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Bubur Lambuk popular tentunya Bubur Lambuk Kg Baru. Tapi tahukah anda sebenarnya setiap negeri di Malaysia ni mempunyai resipi Bubur Lambuk warisan yang tersendiri? Setiap satunya punya keistimewaan masing-masing.

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Sekali imbas, nampak sama, tetapi sebenarnya ia punya keunikan yang tersendiri adri segi penggunaan rempah dan juga rencah. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Jadi sempena bulan puasa ini, RASA kongsikan 10 resipi Bubur Lambuk Warisan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dari Utara hinggalah ke Borneo, semua ada! Pastinya sangat enak.  Resipi yang dikongsi ini juga untuk sukatan 2 periuk dimana boleh menghasilkan 600 pek Bubur Lambuk. Mudah bagi anda yang nak masak dalam jumlah yang banyak. Jom cuba!

 

1.BUBUR LAMBUK KUALA TERENGGANU

RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 50kg beras
  • 16kg ikan selayang
  • 18kg santan      
  • 3kg halia
  • 3kg keledek
  • 3 sudu besar kerisik
  • 4 kiub ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • 6 ketul gula Melaka
  • Perasa
  • Budu secukup rasa
  • BABA’S Serbuk Lada Hitam 

 

BAHAN KISAR HALUS:

  • 4kg bawang besar       
  • 3kg bawang putih

 

BAHAN DAUN:

  • Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
  • Pucuk ubi
  • Pucuk kemangin
  • Daun kaduk
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesum
  • Pucuk manis
  • Daun kunyit

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.
  3. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau.
  4. Kemudian masukkan keledek, diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.
  5. Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
  6. Lepas agak-agak keledek sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
  7. Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu. Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, dah siap.
  8. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.

 

 

2. BUBUR LAMBUK SELANGOR

UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 50kg beras – basuh dan toskan
  • 18kg santan
  • 8kg minyak kelapa
  • 4 tin besar minyak sapi
  • 18kg daging cincang atau potong dadu

(Udang besar jika suka)

  • 3kg halia muda – dikisar
  • 3kg udang kering – kisar separuh hancur
  • 3kg bawang putih
  • 4kg bawang besar
  • 120 helai daun pandan

Penumis:

  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, halba dan kulit kayu manis
  • 3kg BABA’S Rempah Sup 
  • 1kg BABA’S  Briyani
  • 800gm BABA’S  Serbuk Kurma
  • 200gm BABA’S  Serbuk Lada Hitam
  • Lobak merah – potong dadu kecil
  • Kacang tanah putih
  • 4kg daun sup & daun bawang
  • Garam
  • Penambah rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak kelapa dan minyak sapi. Masukan rempah 3 sekawan.
  2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah kuning, masukkan daun pandan.
  3. Masukkan BABA’S Rempah Sup, BABA’S  Serbuk Briyani dan BABA’S Serbuk Kurma. Masak hingga naik minyak dan garing.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Bila air daging kering sedikit, masukkan halia dan udang kering.
  5. Masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam. Masak hingga wangi dan garing.
  6. Masukkan air sehingga separuh periuk. Masak hingga air mendidih baru masukkan beras dan kacang putih.
  7. Bila beras sudah kembang dan hampir masak, masukan santan, lobak  merah dadu dan letak perasa secukupnya.
  8. Bila siap, taburkan daun bawang dan daun sup.

 

IKLAN

 

3. BUBUR LAMBUK KUANTAN

RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 50kg beras
  • 16kg ikan selayang panggang
  • 18kg santan
  • 6kg sotong
  • 6kg udang
  • 3kg halia
  • 3 sudu besar kerisik
  • 4 kiub ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • 6 ketul gula Melaka
  • Perasa

BAHAN KISAR:

  • 4kg bawang besar       
  • 3kg bawang putih
  • 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam 

BAHAN DAUN:

  • Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
  • Pucuk kemangin
  • Daun kaduk
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesum
  • Pucuk manis
  • Daun kunyit

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk, kacau.
  3. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
  4. Kemudian masukkan keledek diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.
  5. Campurkan kerisik. Masak sehingga mendidih.
  6. Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.
  7. Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, boleh tutup api dan dihidang panas-panas.

 

4. BUBUR LAMBUK PULAU PINANG

RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 50kg beras
  • 18kg santan
  • 3kg halia
  • 3kg keledek
  • 3 sudu besar kerisik
  • 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 800gm BABA’S Serbuk Ketumbar
  • 800gm BABA’S Serbuk Jintan Manis
  • 950gm BABA’S Rempah Sup
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

BAHAN KISAR:

  • 4kg bawang besar       
  • 3kg bawang putih

SAYURAN:

  • Daun pudina
  • Daun pandan
  • Lobak merah
  • Kacang dhall
  • Kacang buncis

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus, halia ketuk, BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Jintan Manis dan BABA’S Rempah Sup. Kacau.
  3. Kemudian masukkan santan dan kacau.
  4. Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
  5. Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
  6. Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.
  7. Jika cukup rasa lemak dan masinnya, tutup api dan boleh dihidang panas-panas.

 

 

5. BUBUR LAMBUK KOTA BHARU

RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 50kg beras
  • 18kg santan
  • 10kg ikan Selayang
  • 3kg ikan masin bulu ayam
  • 3kg halia
  • 3 sudu besar kerisik
  • 4 kiub ikan bilis
  • 200gm BABA’S  Serbuk Lada Hitam   
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Budu secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 4kg bawang besar       
  • 3kg bawang putih 

BAHAN DAUN:

  • Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
  • Pucuk ubi
  • Pucuk kemangin
  • Daun kaduk
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesum
  • Pucuk manis
  • Rebung

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.
  3. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
  4. Kemudian masukkan santan dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
  5. Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
  6. Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
  7. Tambah pula garam, gula, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu.
  8. Rasa untuk pastikan cukup lemak dan masinnya. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.

 

 

6. RESIPI BUBUR LAMBUK KUALA PERLIS

RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)

 

BAHAN-BAHAN:

  • 60kg beras – direndam
  • 12kg santan
  • 8kg minyak masak
  • 20kg udang kertas @ udang rencah
  • 4 cawan santan pekat
  • 8 kiub ikan bilis
  • 400gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 400gm BABA’S Serbuk Lada Putih
  • 30 batang serai
  • 4kg bawang merah
  • 3kg bawang putih
  • 3kg halia
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Daun sup

CARA MEMASAK:

  1. Rebus beras sampai kembang.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, bawang, kiub ikan bilis, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan serai.
  3. Masukkan udang dan barulah masuk pati santan.
  4. Letakkan garam secukup rasa diikuti daun sup dan bawang goreng.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

7. RESIPI BUBUR LAMBUK KULAI, JOHOR

RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)

 

BAHAN-BAHAN:

  • 60kg beras beras – cuci dan toskan
  • Air secukupnya
  • 12kg santan
  • 18kg isi ayam
  • Daun pandan – simpul
  • 30 batang serai – diketuk
  • 1kg BABA’S Serbuk Briyani
  • 8 kiub ayam
  • Sup bunjut
  • Kacang kuda – rendam semalaman, toskan
  • Sayur campur (lobak merah. jagung, kacang pis)
  • 400gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Pucuk paku merah yang siap disiang
  • Garam secukup rasa
  • 8kg minyak masak
  • 4 tin besar minyak sapi

 

BAHAN KISAR HALUS:

  • 4kg bawang besar
  • 3kg bawang putih
  • 3kg halia

BAHAN SAMPINGAN:

  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Serunding secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan kisar halus dengan BABA’S Serbuk Briyani, kacau rata hingga menjadi pes.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan beras.  Gaul rata dan masak sekejap.
  4. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk.
  5. Tambah sayur campur, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan garam secukup rasa. 
  6. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air.
  7. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika sempurna, boleh matikan api.
  8. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan-bahan sampingan. Sedap dimakan panas.

 

 

IKLAN

8. RESIPI BUBUR LAMBUK KUCHING, SARAWAK

RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)

 

RESEPI BUBUR PEDAS SARAWAK

BAHAN-BAHAN BUMBU:

  • 60kg beras  
  • 18kg bawang merah
  • 8kg bawang putih
  • 6kg cili kering – buang biji
  • 4kg kunyit
  • 4kg halia
  • 2kg lengkuas
  • 300 batang serai – hiris kecil
  • 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 3kg BABA’S Serbuk Lada Putih
  • 3kg BABA’S Serbuk Ketumbar
  • 16kg kelapa parut
  • 60 kuntum bunga lawang
  • 60 kuntum bunga cengkih
  • 60 batang Kulit kayu manis
  • 80 biji buah pelaga 

BAHAN-BAHAN BUBUR PEDAS:

  • Bumbu Bubur Pedas
  • Udang
  • Tendon daging lembu
  • 4kg bawang merah
  • 3kg bawang putih
  • 12kg santan
  • Udang kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8kg minyak

 

BAHAN SAYUR:

  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Keledek
  • Rebung manis
  • Daun kesum
  • Daun kunyit
  • Kulat Hitam
  • Cendawan
  • Kacang rebus
  • Jagung Muda
  • Sayur midin

 

CARA MEMASAK BUMBU:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan tumis dengan api sederhana hingga semuanya berubah menjadi warna keemasan.
  2. Setelah selesai, kisar campuran bahan hingga halus dan sebati. Ketepikan dalam satu bekas.

 

CARA MEMASAK BUBUR:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga keemasan dan wangi di dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan bumbu bubur pedas yang telah dikisar (campurkan dengan air), kemudian gaul sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan tendon daging lembu. Secara berperingkat, masukkan air hingga semua bahan mendidih.
  4. Kemudian masukkan semua sayur yang dihiris. Gaul rata semua bahan hingga berbau wangi.
  5. Akhir sekali masukkan santan, sedikit garam dan gula.

 

NOTA: Jika tiada sayur midin, sebagai alternatif boleh digantikan dengan sayur lain seperti kubis.

 

 

9. RESIPI BUBUR LAMBUK BUKIT PIATU, MELAKA

RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)

 

BAHAN-BAHAN:

  • 60kg beras – basuh dan toskan
  • 12kg santan besar
  • 20kg daging – potong kecil
  • 4kg udang kering – rendam air panas  dikisar kasar
  • 4kg BABA’S Serbuk Sup
  • 3kg bawang putih – dikisar
  • 4kg bawang besar – dikisar
  • 4kg minyak sapi
  • 8kg minyak masak
  • Daun pandan (basuh dan dicarit-carikkan)
  • Garam/gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1.2kg BABA’S Serbuk Ketumbar
  • 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 2kg BABA’S Serbuk Lada Putih

 

REMPAH TUMIS:

  • 80 batang kulit kayu manis
  • 120 kuntum bunga cengkih
  • 120 kuntum bunga lawang
  • 120 biji buah pelaga
  • 1kg halba
  • 600gm BABA’S Serbuk Jintan Manis
  • 600gm BABA’S Serbuk Jintan Putih

 

BAHAN TABUR:

  • 2kg daun sup (potong kecil).
  • 2kg daun bawang
  • Bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak dan minyak sapi. Apabila panas, masukkan bawang putih, bawang besar yang telah dikisar dan rempah sup. Kacau.
  2. Masukkan rempah 4 sekawan, BABA’S Serbuk Jintan Manis, BABA’S Serbuk Jintan Putih, BABA’S Serbuk Ketumbar dan daun pandan.
  3. Masukkan beras, daging, udang kering dan kacau sebentar. Masukkan air secukupnya.  Biar sehingga nasi masak dan mula menjadi bubur.
  4. Masukkan santan, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan perasa lain.
  5. Biarkan bubur mereneh dan rasa secukupnya.
  6. Taburkan dengan bahan tabur. Siap.

 

10. RESIPI BUBUR LAMBUK KUBANG PASU, KEDAH

RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)

 

BAHAN-BAHAN

  • 60kg beras – dicuci dan tapis
  • 20kg daging – hiris
  • 4kg halia, dihiris nipis
  • 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 2kg BABA’S Serbuk Lada Putih
  • Garam secukup rasa
  • 12kg santan
  • Air secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng

BAHAN TUMIS:

  • 4kg BABA’S Serbuk Sup 
  • 4kg bawang merah – dihiris halus
  • 3kg ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 8kg minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging bersama halia sehingga daging empuk. Tambah sedikit garam
  2. Apabila daging empuk, masukkan beras ke dalam periuk rebusan tadi dan terus rebus sehingga beras kembang. Tambah air jika perlu.
  3. Setelah beras kembang, masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan juga santan dan kacau rata. Biar mendidih seketika dan boleh la tutup api.
  5. Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing.
  6. Kemudian masukkan BABA’S Serbuk Sup dan terus kacau.
  7. Masukkan sedikit saja air supaya rempah tak hangus. Kacau seketika dan terus tuang kedalam bubur mcm tumis darat. Kacau rata.
  8. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng, dan tutup periuk seketika sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI