5kg Kentang Kos Tak Sampai RM15. Ini Cara Buat Cheesy Wedges Homemade Paling Jimat.

Share

Bagi anda yang gemarkan hidangan Cheesy Wedges, bolehlah cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Nabilah Mamat. Sedap, senang dan jimat. 5kg ubi kentang kosnya tidak sampai RM15 pun. Wow..Memang berbaloi-baloi. Jom cuba.

 

RESIPI CHEESY WEDGES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ubi kentang secukupnya – bersihkan & potong baji
  • 1-2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Tepung goreng serbaguna pedas secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ubi kentang dan potong ikut saiz dan bentuk yang diingini.
2. Masukkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam dan garam. Rebus ubi kentang seketika.


3. Toskan ubi kentang dan biarkan sejuk dan kurang basah.


4. Gaul ubi kentang dalam bekas berisi tepung goreng serbaguna. Susun dalam dulang.


5. Susun ubi kentang dalam beg plastik dan sejukbekukan semalaman. Lagi lama kentang disimpan, lagi sedap rasanya.


6. Untuk menikmati, panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga garing.
7. Nikmati bersama sos cheesy wedges segera.

Kredit resipi & foto: Nabilah Mamat

IKLAN