Bagi meraikan ketabahan wanita Malaysia MAGGI® melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®. Program ini menyusuli rintisan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun 2020 yang menerima penyertaan oleh lebih 900 wanita, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.
Memahami keadaan ini, MAGGI® telah mengambil langkah pro-aktif untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita semasa pandemik COVID-19 serta mengumpul maklumbalas oleh peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun lalu.
Berdasarkan maklumat ini, MAGGI® akan melancarkan sebuah modul baharu “Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan” untuk wanita yang berminat memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.
Diterajui oleh usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI®, Anne Idris dan Chef MAGGI® , Chef Muluk, Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tip bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.
Para peserta akan berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari MAGGI® Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi serta mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri bagi mencuba sesuatu yang baru untuk memulakan perubahan yang positif, baik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sambutan menggalakkan dan maklumbalas positif yang kami terima pada 2020 memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.
Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini. Inilah komitmen kami untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka kerana kami ingin semua peserta dalam program ini menjadi lebih berani baik di dapur dan juga perniagaan.”
MAGGI® memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini dengan menampilkan modul digital yang dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google, untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara-cara untuk menambahbaik penggunaan media sosial dalam perniagaan.
Peserta-peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.
MAGGI® juga baru-baru ini telah melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya – Resipi Berani MAGGI®, yang memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. Siri realiti TV enam episod ini akan disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran bengkel dan Resipi Berani MAGGI®, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
“Saya Bukan Chef Tapi Insya-Allah, Ada Rezeki Boleh Menang”– Mastura Mohamad Nordin
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Andai sudah tertulis rezeki yang ditentukan Allah, siapalah kita untuk menidakkannya. Perasaan gementar dalam diri memang tidak boleh disembunyikan, namun peserta wakil Zon Utara Pertandingan Riuh Rempah Baba’s, Mastura Mohamad Nordin tetap berusaha memberikan usaha terbaik untuk memenangi hati juri. Akhirnya, terpilih! Dengan masakan Udang Masak Berempah digandingkan dengan Nasi Tumis Kurma Babas, Mastura terpilih Top 2 mewakili Zon Utara ke peringkat separuh akhir. “Rasa takut tu memang tak boleh cakaplah, sebab saya tengok peserta-peserta yang datang semuanya hebat-hebat. Ada juga yang chef tapi saya ni bukan chef. Masak biasa-biasa je.” “Bila masuk berhadapan dengan juri, lagilah bertambah ketar. Sebab nak bagi mereka suka dan berminat dengan hidangan yang kita masak. Namun saya cuba yang terbaik. “Apa yang boleh saya ingat, juri suka kerana walaupun hidangan ini nampak biasa tapi Nasi Tumis yang membuatkan rasa lagi istimewa. Juri cakap, nasi ini rasanya lain daripada yang lain. Rasa simple tapi sedap,” ujar Mastura.
Menggunakan resipi asal daripada ibunya yang menggunakan daging tetapi diolah sendiri dengan gantikan udang dan ada sedikit pertambahan bahan-bahan lain serta rempah-ratus. “Sebab saya minat memasak dan penggunaan rempah Baba’s ini memang serasi dalam saya punya masakan. Sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk menyertai pertandingan ini,”katanya. Berasal dari Butterworth, Mastura tetap menaruh impian untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM10,000. “Jika ditakdirkan saya menang RM10,000, saya nak memajukan lagi perniagaan mee bandung yang sebelum ini hanya diusahakan di depan rumah dan membantu keluarga saya, insya-Allah,”kata Mastura.
UDANG MASAK BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: 1kg udang besar 2 biji bawang besar | kisar 4 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | kisar Rempah 4 sekawan (bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga) 2 helai daun pandan 1 biji tomato | potong dadu 6 sudu besar Rempah Kari Daging BABA’S 1 sudu besar Serbuk Sup BABA’S 3 sudu besar kerisik 100ml santan
(HIASAN) OPTIONAL: 1 biji bawang besar | potong bulat 1 biji cili merah 1 biji cili hijau Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK: 1. Tumiskan bahan kisar, daun pandan, dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau dan keperangan. 2. Masukkan rempah kari dan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air, kerisik, tomato, dan santan. Masak sehingga pecah minyak dan rempah garing. 3. Setelah garing, masukkan sedikit air jika perlu, masukkan udang dan serbuk perasa mengikut citarasa. 4. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan bahan hiasan, gaul sebati dan matikan api. 5. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.
Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.
Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.
Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:
12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
Food Truck.
Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.
Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.
Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.
Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.
Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.
Ramadan yang disambut dengan penuh barokah ini tidak lengkap tanpa menu sahur yang lazat. Jadi untuk memudahkan anda berfikir idea sahur dengan masakan yang ringkas dan mengenyangkan sepanjang berpuasa, boleh cuba resipi berikut.
Tidak lengkap Ramadan tanpa Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya. Nikmati keenakannya. Mentega Cukup Versatil, Tambah Keenakan Makanan Untuk Ramadan Raya Ini.
Limpahan cheese pada setiap menu sahur ini, nampak cukup menyelerakan.Jangan lupa cuba menu ni. Memang tak cukup makan satu.
AYAM GORENG RANGUP KEJU
BAHAN-BAHAN A:
400gram isi ayam – potong memanjang dan agak nipis
1 sudu makan serbuk cili kering/paprika
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh chicken granules
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B:
1 cawan tepung beras
½ cawan air sejuk
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
BAHAN-BAHAN C:
1 cawan SusuUHT Fernleaf
2 sudu makan Keju Perfect Italiano Mozzarella
30gram Mentega Anchor Unsalted
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan A dan gaul sebati. Perap selama setengah jam di dalam peti sejuk.
2.Di dalam mangkuk; satukan semua bahan B dan kacau sebati hingga menjadi batter atau bancuhan yang tak terlalu cair atau terlalu pekat.
3.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Celup ayam yang diperap tadi ke dalam batter dengan rata. Goreng hingga kekuningan dan toskan.
4.Untuk membuat sos; satukan bahan C di dalam periuk kecil lalu didihkan atas api yang sederhana hingga semua bahan sebati dan menjadi sos yang likat.
5.Tuang sos keju atas ayam goreng rangup tadi dan hidangkan segera.
ROTI CREAM CHEESE SARDIN
BAHAN-BAHAN A:
500gram tepung roti/tepung gandum
225gram air sejuk + sedikit ketulan ais
75gram gula kastor
50gram Mentega Anchor Unsalted
20gram Susu TepungFernleaf Full Cream
11gram yis kering
5gram garam halus
BAHAN-BAHAN B:
200gram Anchor Cream Cheese
¼ cawan Susu UHT Fernleaf
4 ulas bawang putih – cincang halus
3-4 ketul sardin (buang sosnya) – hancurkan
1 sudu teh cincangan daun parsli
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk pengadun; satukan semua bahan A lalu uli hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama setengah jam atau hingga doh naik sekali ganda.
2.Canai dan uli doh lalu bulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai. Susun doh dalam dulang pembakar yang dah disapu sedikit mentega. Rehatkan lagi selama setengah jam dan biarkan doh naik sekali ganda.
3.Panaskan ketuhar, pada suhu 180-190C, bakar doh tadi selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan.
4.Sementara itu, satukan semua bahan B kecuali sardin. Kacau sebati. Masukkan campuran keju ke dalam beg piping dan ketepikan.
5.Ambil sebiji roti dan belah empat (tapi jangan putus) dibahagian atas. Paipkan campuran keju tadi ke dalam belahan roti. Letak sedikit sardin yang dah dihancurkan.
6.Bakar semula roti di dalam ketuhar selama 10 minit. Hidangkan panas.
PURI CHEESE DAN SAMBAL
BAHAN-BAHAN A:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan Mentega Anchor Unsalted – cairkan
1 cawan air suam
3 sudu makan Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu makan gula
½ sudu teh garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
100gram ikan bilis – bersihkan dan goreng garing
3-4 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar – potong bulat
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang agak licin. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai. Rehatkan doh selama sejam.
2.Setelah direhatkan, ambil sebiji doh lalu canaikan nipis. Ulangi proses hingga semua doh habis dicanai. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng doh hingga keperang-perangan dan toskan lebihan minyak.
3.Sementara itu; untuk membuat sambal; panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis cili kisar hingga naik bau. Masukkan bawang besar, air asam dan masak beberapa minit. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul sebati. Tambah garam dan gula secukupnya.
4.Hidangkan puri bersama sambal.
GULUNGAN SOSEJ BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
6-8 batang sosej
3 keping roti putih – leperkan nipis dan potong memanjang
3 biji telur – pukul dengan garfu
1 sudu makan chili flakes
1 sudu teh serbuk garlic
Garam dan lada sulah secukup rasa
½ cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Ambil sekeping roti yang telah dileperkan. Sapu Mentega Anchor Unsalted
2.Letak satu batang sojej di atas kepingan roti, tabur chili flakes dan serbuk garlic secukupnya. Kemudian tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella Kemaskan gulungan dengan menyapu sedikit bancuhan telur di hujung gulungan.
3.Susun gulungan sosej dalam dulang pembakar. Sapu lebihan bancuhan telur di atasnya dengan rata. Kalau suka boleh tabur dengan parsli kering atau bijan di atasnya.
4.Bakar gulugan sosej dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 15 – 18 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.
ENOKI BERBALUT KULIT POPIAH GORENG KEJU
BAHAN-BAHAN A:
2 paket cendawan enoki – buang akarnya
Kulit popiah secukupnya
100gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B:
1 cawan tepung beras
¼ cawan air sejuk
1 sudu teh serbuk paprika
½ sudu teh serbuk garlic
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C:
50gram Mentega Anchor Unsalted
2 cawan minyak sayur
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan B di dalam mangkuk lalu gaul sebati hingga menjadi batter yang sederhana likat.
2.Ambil sekeping kulit popiah. Letakkan sedikit cendawan enoki dan Keju Perfect Italiano Mozarella Balut cendawan tadi dengan kulit popiah, keluarkan sedikit bahagian hujung cendawan. Kemaskan balutan.
3.Panaskan bahan C di dalam kuali.
4.Celupkan balutan cendawan enoki tadi ke dalam batter secukupnya lalu goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
PRATA CHEESY BITES
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping prata segera
150gm Anchor Unsalted Butter
100gm Anchor Cream Cheese
150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu teh serbuk garlic
1 sudu teh serbuk paprika
Cincangan daun parsli secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cream Cheese dan Keju Perfect Italiano Mozzarella. Tambah serbuk garlic, serbuk paprika, cincangan daun parsli dan sedikit garam. Gaul rata.
2.Ambil sekeping prata segera lalu sudukan campuran inti tadi dan gulung. Kemaskan gulungan jangan sampai terbuka.
3.Cairkan Mentega Unsalted Butter di dalam kuali leper.
4.Letakkan gulungan prata tadi dan goreng hinga kekuningan di kedua-dua bahagian.
5.Keluarkan gulungan prata dari kuali. Potong kepada beberapa bahagian dan hidangkan segera.
BEBOLA NASI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan nasi sejuk | lecek lumat
½ cawan isi ayam | rebus dan carik-carik
½ cawan KejuPerfect Italiano Mozzarella
½ cawan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
1 sudu makan cincangan daun bawang
1 sudu teh serbuk garlic
1 sudu teh paprika
½ sudu teh chicken granules
Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN B:
1 biji telur | pukul dengan garfu
Breadcrumbs secukupnya
BAHAN-BAHAN C:
100gram Anchor Salted Butter
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan. Gaul rata dan bulat-bulatkan padat mengikut saiz yang digemari.
2.Celup bebola nasi ke dalam telur kemudian golekkan rata atas breadcrumbs.
3.Panaskan bahan C di dalam kuali hingga mentega cair. Goreng bebola nasi hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
SANDWICH BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping roti wholemeal/putih
1 cawan tuna dalam tin
1 labu bawang Holland – cincang halus
2-3 biji cili padi – hiris
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega Anchor Salted secukupnya
Anchor Cheese Slice secukupnya
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk, satukan tuna (ambil isi tuna sahaja), cincangan bawang Holland, cili padi, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
2.Ambil sekeping roti lalu sapu dengan Mentega Anchor Salted
3.Letakkan sesudu campuran tuna tadi ke atas roti. Tabur dengan KejuPerfect Italiano Mozzarella Letak sekeping Anchor Cheese Slice.
4.Tutup dengan sekeping lagi roti lalu susun dalam air fryer yang telah dipanaskan pada suhu 200C. Bakar selama 10-15 minit atau hingga roti keperang-perangan.