
Buat kamu perempuan atau mak-mak yang nak masak mesti leceh nak tunggu daging atau ayam yang dah dibekukan dalam peti sejuk jadi lembut sebelum dipotong dan dimasak. Kadang-kadang belum balik dari kerja dah call suruh anak keluarkan dulu daging atau ayam untuk rendam nak masak.
Sangat cepat dan mudah terutama untuk ibu-ibu yang bekerjaya tapi tetap nak hidangkan masakan dari air tangan sendiri.
Cubalah. Just ambil dua buah periuk.Pastikan yang steel(besi).Buat macam yang saya tunjukkan.Periuk di atas tu hanya isikan dengan air. Lepas 10 minit saya tengok. Wahh… Memang menjadi. Nampak tak kesan2 darah yang turun daripada daging tu? Terus sentuh daging tu. Memang dah lembut. – Perkongsian dari Ummi Ain
Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu
anda perlu ada 2 periuk jenis steel. Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2 Letakkan daging yang ingin di kembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung_) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi.(Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada kekebalan daging.
(Biasanya 5-10minit)
Nota: Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khusunya aluminium dan konduktor haba
yang sangat baik. Haba yang dihasilkan melalui proses ini cukup kuat untuk melembutkan daging.
CUBA JUGA CARA INI:
Macam Tak Percaya, Mudah Rupanya Lembutkan Daging Tulang Rusuk
Steak Daging Lada Hitam, Lembut Dengan Rasa Yang Super Sedap.
3 Sajian India Popular, Menu Hebat Dari Chef Sureshkumar

Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda.
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan jenahak | dihiris
- 2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
- 10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
- 50 gm cili padi hijau
- 120 gm bawang kecil
- 40 gm halia | hiris nipis-nipis
- 5 gm halba
- 10 gm serbuk kunyit
- 200 ml santan kelapa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau.
2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak.
3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa.
4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api.
5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat.
6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak :Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Masakan India
Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
- 50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
- 1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
- 2 sm halia |ditumbuk halus
- 2 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1.5 sm halia | ditumbuk halus
- 120 gm bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
- 1 sudu makan mentega tanpa garam
- 125 gm bawang besar |dicincang halus
- 2 ulas bawang putih / dihiris halus
- 1 biji cili hijau | dihiris haluss
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 25 gm kulit kayu manis
- 3 gm chat masala
- 1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
- 120 gm tomato/dibelah baji
- 40 gm gajus panggang
- 1 cawan krim masakan
- 1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
- garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak
3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya
5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda.
7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit
8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan panggang
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
- 200 gm tepung kacang kuda
- 50 gm serbuk kunyit
- 120 gm serbuk cili
- 50 gm serbuk jintan putih
- 80 gm halia
- 120 gm bawang putih
- Garam secukup rasa
- 30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
- 1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
- 250 gm daun pudina /dikisar
- 100 gm daun ketumbar
- 30 gm serbuk jintan putih
- 150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter
2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Langkah-langkah Buat Dorayaki , Penkek Jepun Kini Milik Keluarga Anda.

Kalau anda pernah menonton kartun Doraemon kegemaran anak-anak, pasti anda kenal dorayaki yang menjadi kesukaan Nobita watak kartun utama.
Macam ala penkek, tapi ini versi Jepun. Tapi istimewanya ada madu di dalamnya. Gebu dan lembut sedap dimakan panas-panas. Lapiskan pula dengan jem di tengah dua keping dorayaki. Jom semak langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen.
DORIYAKI :
BAHAN-BAHAN :
• 3/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 2 biji telur gred C
• 1/2 cawan gula halus
• 2 sudu besar madu
• 2 sudu besar susu segar
• 1 sudu besar minyak
CARA MEMASAK :
1. Satukan telur dan gula dalam bowl mixer.
2. Mix menggunakan speed tinggi sampai berbuih.
3. Sampai jadi macam ni
4. Masukkan susu segar.
5. Masukkan madu. Kemudian mix sebati.
6. Seterusnya masukkan tepung gandum dan baking powder.
7. Masukkan minyak dan mix lagi sehingga sebati.
8. Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan ke atas kuali. Tak perlu sapu minyak atau butter.
9. Leperkan.
10. Masak menggunakan api kecil dan tutup kuali. Dalam 2 minit alihkan.
11. Dah siap bolehlah sapukan dengan jem.
Kredit foto & resipi : FB Nuhaz Kitchen
Terima kasih :Nurhaziqah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA JUGA AKAN TERTARIK PADA RESIPI INI :
Muffin Telur Berkeju Dengan Inti Ayam, Ramuan Agak-agak Aje.
Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah

Mulai hari ini syarikat dan pejabat sudah mengarahkan pekerja bekerja dari rumah . Inilah masa untuk anda menyusun jadual kerja sebaik-baiknya sambil mempunyai lebih masa bersama keluarga di rumah. Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.
Mudah kata usahlah keluar merayau tanpa sebab penting, elakkan ke tempat awam atau tempat yang ramai orang.Lebih-lebih lagi usahlah balik kampung.Kesian orang tua kat kampung tu, mereka lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit dan wabak COVID 19 .
Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil Perintah Kawalan Pergerakan ini secara serius. Duduklah di rumah dan jarakkan diri dari orang lain.
Katanya, ” Jika rakyat Malaysia masih terus mengambil sikap tidak kisah Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang ketiga virus tersebut yang akan menjadi lebih besar daripada tsunami.
Bantulah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan memainkan peranan anda kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi kesihatan diri dan keluarga”.
Sumber : Malaysia Gazette

Jadi bagi anda semua yang dapat arahan bekerja di rumah , jalankan tanggungjawab anda sepertimana yang anda lakukan bila di pejabat. Ini bukan masanya untuk keluar bercuti atau keluar bersiar-siar. Bertenanglah di rumah tak payah susah-susah ke balai untuk isi borang balik kampung .

Bercerita pasal bekerja di rumah,ingat hari ni bukan hari cuti ya. Buat kerja ofis di rumah, nah ini lima tip bekerja dari rumah yang boleh dijadikan panduan dan kekal berhubung.
Sumber : Astro Awani
Grafik : KKM