Sesekali menjamu keluarga  makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang  dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Jomlah kita cuba  nampak mudah sungguh.

5 Menu Senang Kalau Nak Buat BBQ Di Rumah, Bolehlah Cuba Hujung Minggu Ni.

BBQ  HONEY CHICKEN WINGS

BHAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan  kicap manis
  • 5 sudu makan  sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan  minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam

CARA MEMASAK:

  1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
  2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
  3. Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
  4. Boleh dihidangkan bersama kentang putar atau salad pilihan anda.
  5. Untuk sos boleh saja dipadankan dengan sos lada hitam atau sos cendawan.
  6. Hidangkan panas-panas.

5 Menu Senang Kalau Nak Buat BBQ Di Rumah, Bolehlah Cuba Hujung Minggu Ni.

 BBQ LAMB RIBS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping tulang rusuk kambing |  dicuci dan di toskan
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3cm halia | ditumbuk
  • 4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos barbecue
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
  • 1/2 biji cili bangala | panggang
  • 1/2 biji bawang Hollad | panggang

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
  2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya  dua jam.
  3. Kemudian panggang hingga masak.
  4. Hidangkan bersama kentang panggang berserta dengan salad.
  5. Padankan dengan sos lada hitam dan sedia dihidangkan.

5 Menu Senang Kalau Nak Buat BBQ Di Rumah, Bolehlah Cuba Hujung Minggu Ni.

GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping bahagian paha ayam
  •  1 cawan yogurt putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 cm halia | cincang
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh kunyit
  • 3/4 sudu teh serbuk cili
  • 1/2   sudu teh serbuk ketumbar
  • 3/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
  2. Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
  3. Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Bakar hingga masak.
  5. Boleh hidangkan bersama kentang bakar, tomato atau cili banggala serta salad.
  6. Boleh juga diceceh dengan sos cili atau mayones.

5 Menu Senang Kalau Nak Buat BBQ Di Rumah, Bolehlah Cuba Hujung Minggu Ni.

IKLAN

BBQ  DRAMSTIK

BAHAN-BAHAN:

  • ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 5 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos BBQ
  • 2 sudu makan jus lemon

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau kekuningan.
  5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili bangala panggang dan sos cili.

5 Menu Senang Kalau Nak Buat BBQ Di Rumah, Bolehlah Cuba Hujung Minggu Ni.

SAVOURY MARINATED STEAK

IKLAN

BAHAN-BAHAN PERAP :

  • 180gm Striploin beef
  • 1 sudu makan herba campur
  • ½ sudu makan paprika
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Perapkan selama lima minit

BAHAN SOS SAVOURY

  •  3 sudu makan sos BBQ
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
  2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
  3. Sementara itu campurkan kedua-dua bahan sos dan gaul rata.
  4. Setelah masak, hidangkan dengan kentang panggang, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
  5. Steak sedia dihidangkan dengan sos savoury

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI