Untitled design (19)

Ni dia resipi dan gaya donut ala Perancis. Resipi ori dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis, kini sudah berumahtangga dengan rakyat Malaysia serta menetap di sini.
Beliau adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi donutnya sungguh mempesona dan memikat selera.

5 Idea Donut Ala  Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

Himpunan donut berwarna serta lembut gebu ini juga cukup membuatkan sesiapa yang melihat pasti terliur. Kalau nak tahu kelazatannya bolehlah mencuba resipi Chef tersohor ini.

GREEN TEA CHOCOLATE DOUGHNUT

5 Idea Donut Ala  Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung rose @ tepung gandum
  • 5gm yis kering
  • 30gm mentega cair
  • 25gm gula aising
  • 125ml susu
  • 60gm kuning telur
  • 2 gm garam

Bahan inti :

  • 50gm coklat gelap 54% * kandungan koko/coklat
  • 5gm serbuk teh hijau
  • 100gm krim

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

  1. Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
  3. Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
  4. Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
  5. Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
  6. Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
  8. Toskan dan biarkan sejuk sebelum meletakkan /menaburkan bahan topping di atasnya di atasnya.

Cara masak inti :

  1. Didihkan krim bersama serbuk teh hijau, di dalam satu mangkuk
  2. Tutupkan api dan tuangkan coklat
  3. Kacau hingga sebati

Saiz hidangan : 15 keping, 33gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donat
Keistimewaan : Teh hijau memberikan rasa yang sungguh nyaman
Anggaran kos : RM 20-RM 30

Info Chef : Untuk rasa yang lebih asli anda bolej memasukkan sedikit serbuk teh hijau ke dalam adunan doh donat.

STRAWBERRY ROSE JAM DOUGHNUT

5 Idea Donut Ala  Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung rose @ tepung gandum
  • 5gm yis kering
  • 30gm mentega cair
  • 25gm gula aising
  • 125ml susu
  • 60gm kuning telur
  • 2 gm garam

Bahan inti :

IKLAN
  • 125gm puri strawberi
  • 40gm gula
  • 2gm esen ros
  • 3gm pectin

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

  1. Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
  3. Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
  4. Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
  5. Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
  6. Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
  8. Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas inti strawberi yang sudah dimasak tadi.

Cara masak inti :

  1. Campurkan dan satukan gula dan pectin
  2. Kemudian masukkan puri dan esen
  3. Didihkan hingga suhu 106 darjah Celcius.

Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Kaya dengan rasa strawberi yang lazat.
Anggaran kos : RM 20-30

Info Chef : Pektin adalah bahan pemekat jam (ejen ‘gelling’). Mengurangkan waktu memasak.

TWIST DOUGHNUT WITH SESAME ALMOND TOPPING

5 Idea Donut Ala  Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung rose @ tepung gandum
  • 5gm yis kering
  • 30gm mentega cair
  • 25gm gula aising
  • 125ml susu
  • 60gm kuning telur
  • 2 gm garam

Bahan ‘topping’:

IKLAN
  • 125gm coklat putih | dicairkan
  • 40gm bijan putih

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

  1. Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
  3. Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
  4. Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
  5. Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
  6. Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
  8. Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas coklat putih dan taburkan bijan putih.

Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Rangup dengan taburan bijan yang lemak.
Anggaran kos : RM 20-30

Info Chef : Untuk lebih rasa bijan anda boleh menaburkan sedikit bijan ke dalam adunan doh.

DOUGHNUT WITH MANGO FILLING & COCONUT TOPPING

5 Idea Donut Ala  Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung rose @ tepung gandum
  • 5gm yis kering
  • 30gm mentega cair
  • 25gm gula aising
  • 125ml susu
  • 60gm kuning telur
  • 2 gm garam

Bahan inti manga :

  • 125gm puri manga
  • 40gm gula
  • 3gm pectin

Bahan topping :

IKLAN
  • Kelapa parut kering secukupnya

(Boleh disangai jika suka)

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

  1. Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
  3. Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
  4. Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
  5. Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
  6. Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
  8. Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas kelapa parut kering.

Cara buat inti mangga :

  1. Campurkkan gula dengan pectin
  2. Kemudian masukkan puri mangga
  3. Didihkan sehingga suhu 106 darjah Celcius

Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Gabungan rasa mangga dan coklat yang sungguh nikmat.
Anggaran kos : RM 20-30

INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan potongan dadu kecil mangga untuk rasa manga yang lebih sedap.

COFFEE CRUMBLE DOUGHNUT

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung rose @ tepung gandum
  • 5gm yis kering
  • 30gm mentega cair
  • 25gm gula aising
  • 125ml susu
  • 60gm kuning telur
  • 2 gm garam

Bahan ‘topping’:

  • 50gm gula
  • 50gm tepung gandum
  • 50gm mentega
  • 1 gm serbuk kopi Nescafe

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

  1. Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
  3. Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
  4. Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
  5. Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
  6. Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
  8. Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas campuran bahan topping.

Cara buat topping :

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan topping hingga membentuk tekstur yang diinginkan (usah terlalu halus)

Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Berperasa kopi dengan aroma yang sungguh memikat selera.
Anggaran kos : RM 20-30

Info Chef : Anda boleh memasukkan serbuk kopi sedikit untuk rasa kopi yang lebih ‘kuat’

RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI