Sudahlah harga minyak masak mahal, kemudian baru sekali dua guna untuk menggoreng warna minyak dah hitam. Tak boleh guna lagi, jawabnya terpaksalah buang, terasa rugi. Jika minyak yang telah digunakan berwarna hitam ia bukan hanya merubah aroma minyak tetapi paling bahaya boleh mengundang penyakit walaupun baru sekali atau dua menggunakannya.
Tapi jangan bimbang, ini ada tip boleh dipraktikkan untuk mengatasi minyak goreng dari cepat bertukar warna hitam.
Api tidak terlalu panas
Api yang terlalu panas menjadikan minyak cepat panas dan bertukar warna coklat dan jika digunakan lebih dari sekali bertukar menjadi hitam. Makanan juga menjadi terlalu berminyak dan garing di luar tetapi masih mentah di dalam. Suhu sesuai untuk menggoreng secara deep-fry adalah 180 celsius.
Ads
Selepas guna tapis minyak
Selepas angkat makanan yang digoreng, pastikan sisa tepung atau makanan terlerai dalam minyak dibuang atau diasingkan. Ini kerana sisa ini boleh menyebabkan minyak cepat menjadi hitam. Tapis minyak yang telah digunakan untuk menggoreng supaya tidak ada sisa goreng dalam minyak yanag anda simpan.
Ads
Simpan minyak dengan cara yang betul
Walaupun tidak digunakan, minyak masak juga boleh berubah menjadi hitam jika tidak disimpan dengan baik. Oleh itu elakkan simpan minyak yang dari terdedah pada cahaya atau dekat dengan sumber panas. Dua perkara ini boleh meenyebabkan minyak menjadi hitam.
Ads
Asingkan minyak
Jika perlu simpan minyak yang telah digunakan, jangan campurkan dengan bekas simpanan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng makanan lain sebelumnya . Ia untuk mengelakkan pertindihan rasa . Contoh minyak yang telah digunakan menggoreng ikan tidak boleh dicampurkan dengan minyak menggoreng cucur.
Elak guna minyak berulang
Penggunaan minyak tidak boleh lebih dari tiga kali. Ada beberapa cara untuk pastikan minyak yang disimpan tidak boleh digunakan lagi. Jika minyak yang disimpan berbau tengik dan berbuih itu tandanya, tidak boleh lagi digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Serbuk kari habis? Alamak macam mana nak masak ni! Ha…Usah pening-pening. Anda boleh je buat sendiri rempah kari ikan ni. Mudah sahaja.
Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili. Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni. Pasti puas hati.
REMPAH KARI IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
CARA PENYEDIAAN:
Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Walaupun nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi bagi yang berpenyakit.
Dalam satu laporan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.
Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.
Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.
Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan kaedah masak nasi tanpa kanji yang mudah. Dikongsi oleh saudari Noreez Rahmat ini caranya.
Tanak nasi, guna beras biasa dengan air yang banyak
2. Biarkan mendidih dan separuh masak.
3. Buang air kanji dan bilas dengan air paip.
4. Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air.
Kita biasanya akan membuang uncang teh selepas digunakan untuk membuat teh.Kan membazir tu, sebenarnya uncang teh itu boleh dikitar semula untuk menyuburkan hasil tanaman. Kebun sayuran dan bunga anda pasti mengalami perbezaan menakjubkan selepas ini.
.
Uncang teh boleh membawa ‘keajaiban’ di kebunbunga dan sayuran anda.
1. Bercambah Biji Benih
.
Untuk menghidupkan pelbagai jenis tanaman memang sangat mencabar. Sebab utama adalah kebanyakan biji benih sukar dan kadang kala tidak bercambah walaupun anda sudah menyemainya dan menjaganya dengan teliti dan penuh ‘kasih sayang’.
Inilah cara mudah untuk mengubah kebun anda menjadi ‘syurga’ tanaman iaitu dengan menanamkan uncang teh yang sudah diguna ke dalam tanah.
2. Nutrisi Tambahan
.
Menambahkan uncang teh di tanah kebun anda, akan memberikan tanaman nutrisi tambahan kepadanya. Uncang itu sendiri dibuat daripada fiber sejenis pokok. Teh di dalamnya mudah terlarut di dalam tanah dan menerbitkan persekitaran sihat untuk bunga dan sayur untuk tumbuh.
3. Makhluk Perosak Tanaman
.
Uncang teh juga mampu menjauhkan pokok dan tanaman daripada gangguan makhluk perosak tanaman seperti serangga dan tikus. Uncang teh terpaai dan juga serbuk kopi boleh membantu menjauhkan makhluk perosak daripada pokok bunga dan tanaman anda.
Baunya boleh membantu menghalaunya daripada merosakkan tanaman anda.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!