Masakan Padang atau Minang pastinya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Lauk-pauknya banyak menggunakan cili yang banyak dan mempunyai rasa yang pedas. Maka tidak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai. Sempena bulan puasa nanti, anda boleh sajikan menu-menu popular ini untuk keluarga. Pasti berselera.  

 

1. DENDENG DAGING BERLADO

4 Resipi Popular Restoran Minang Sesuai Dijadikan Hidangan Buka Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan  lebar
  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato| potong dadu
  • 1 batang serai |ketuk
  • 2cm halia
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit air rebusan daging

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
  4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
  5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
  6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
  7. Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.

 

2. BERLADO TEMPE TAUHU

4 Resipi Popular Restoran Minang Sesuai Dijadikan Hidangan Buka Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ketuk tauhu | dipotong dan digoreng
  • 2 paket tempe | dipotong dan digoreng
  • 300gm cili hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya
  • 100gm minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan tomato, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sebati
  4. Masukkan temped an tauhu. Gaul hingga rata.
  5. Sedia dinikmati.

 

3. BERLADO KENTANG BILIS

4 Resipi Popular Restoran Minang Sesuai Dijadikan Hidangan Buka Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm ikan bilis | digoreng garing
  • 3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
  • 100gm cili merah | dikisar
  • 50gm cili padi merah | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 1 helai limau purut | dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan garam. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

 

4. GULAI JERING

4 Resipi Popular Restoran Minang Sesuai Dijadikan Hidangan Buka Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg jering | dibasuh dan direbus hingga empuk

BAHAN A:

  • 1-2 biji  bawang merah besar | kisar halus
  • 3-4 ulas bawang putih |kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
  • 2 biji buah keras | dihancurkan

BAHAN B:

  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1cm lengkuas | dititik
  • 1 batang serai | dititik
  • Asam keping
  • Santan pekat & cair secukupnya
  • gula, garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumis Bahan (A) hingga naik bau..
  2. Kemudian masukkan Bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.
  3.  Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Jering perlu direbus dan ditumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuah.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI