Jemu dengan lauk pauk bertumis, gulai dan kari? Ini dua resipi lauk yang hanya perlu direneh atau bahasa mudahnya rebus je tapi hasil dan rasanya memang terbaik, sedap sungguh. Tak percaya korang cubalah Tulang Pindang Cili Kering dan Asam Rebus Ikan Pari.

 2 Menu Rebus Pemecah Selera Berbuka, Mudah & Sedap.

TULANG  PINDANG CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg tulang bersama daging | bersihkan dan rebus hingga empuk
  • 3 batang serai | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 hirisan lengkuas | titik
  • 3 hirisan halia | titik
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji tomato
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air secukupnya dalam periuk, kemudian campurkan bahan kiar. Kacau rata.
  2. Renehkan di atas dapur. Setelah medidih masukkan tulang yang telah direbus, asam gelogor, bawang, halia, lengkuas dan serai yang telah dititik tadi.
  3. Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit. Baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Apabila daging pada tulang mula tanggal, tutup api.
  5. Pindang Daging sedia dihidangakan.

2 Menu Rebus Pemecah Selera Berbuka, Mudah & Sedap.

IKLAN

ASAM REBUS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm  ikan pari | potong kecil
  • 4 batang kacang bandi
  • 2 batang serai | titik
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 hirisan halia
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 2cm belacan
  • 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air secukupnya dalam periuk, tambahkan ke dalamnya bahan kisar.
  2. Kacau rata dan didihkan di atas dapur.
  3. Setelah mereneh masukkan ikan pari, asam gelugor, serai dan daun kesum.
  4. Biarkan mereneh lebih kurang 5-7 minit atau hingga ikan masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi.
  7. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
  8. Asam rebus ikan pari sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI