Menu daging goreng memang mudah malah sangat enak. Kalau tiada selera, menu bergoreng ni tentunya boleh dijadikan pilihan untuk membuka selera. Sebenarnya, daging goreng ni ada banyak jenis dan empat resipi yang dikongsi ni antara yang paling mudah dan sedap. Selamat mencuba!

 

1. DAGING GORENG SOS TIRAM

4 Resipi Daging Goreng Yang Sedap & Cepat Masak Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 2 biji cili besar merah | dihiris
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | hiris
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

 

IKLAN

2. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG

4 Resipi Daging Goreng Yang Sedap & Cepat Masak Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji kentang  |potong wedges dan digoreng
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 3. DAGING GORENG KACANG PANJANG

4 Resipi Daging Goreng Yang Sedap & Cepat Masak Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 5 batang kacang panjang | potong serong
  • 1 sudu kerisik
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
  2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
  3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
  4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

4. DAGING GORENG KUNYIT ALA KAMPUNG

4 Resipi Daging Goreng Yang Sedap & Cepat Masak Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 2 labu bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih |  dihiris
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
  2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
  3. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI