Menu daging goreng memang mudah malah sangat enak. Kalau tiada selera, menu bergoreng ni tentunya boleh dijadikan pilihan untuk membuka selera. Sebenarnya, daging goreng ni ada banyak jenis dan empat resipi yang dikongsi ni antara yang paling mudah dan sedap. Selamat mencuba!
1. DAGING GORENG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
3. DAGING GORENG KACANG PANJANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Ads
4. DAGING GORENG KUNYIT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung yang jadi kegemaran orang Kelantan, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera. Ada resipi Kerutup Ayam, Singgang Daging Lengkuas, Ayam Percik dan Teresek Kacang Panjang. Cubalah.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Bila tiba Ramadan, terbayang keenakan aneka lauk pauk yang menambat selera. Ayam Percik, aneka gulai, Dalca, Solok Ikan. Hmm…Enaknya! Semuanya nampak sedap dan nak dirasa.
Tercari-cari resipi lauk berbuka yang sedap, mudah dan cepat dimasak untuk dihidangkan buat keluarga masa berbuka? Ada pelbagai menu yang boleh dicuba. Biasanya yang menjadi pilihan adalah juadah yang ringkas dan juga cepat dimasak.
Ada sebab kenapa mak-mak ni suka masak menu yang mudah je. Ini kerana masa bulan puasa begini, para ibu memang sibuk terutamanya dari segi persediaan menyambut puasa dan tugasan memasak juga jadi lebih mencabar berbanding biasa.
Memang tak cukup masa. Bagi ibu yang bekerja, memang kena pandai membahagikan antara tugasan di pejabat dan juga keluarga. Bukan tidak boleh beli sahaja juadahnya, tapi ada yang lebih suka berbelanja dan masak sendiri menu sahur serta berbuka. Lebih sedap, bersih dan menepati selera.
Bila hari-hari masak, pastinya ada sahaja barang dapur yang tidak cukup. Jangan risau. Lotus’s kan ada? Berbelanja dengan lebih bijak di Lotus’s dengan mendapatkan pelbagai barangan keperluan anda dengan cara lebih mudah tanpa perlu keluar rumah hanya berbelanja menerusi GrabMart!
Macam-macam ada… Dari aneka barangan segar, sayur-sayuran, makanan sejukbeku, beras, mi, pasta, kopi, teh, aneka sos dan barangan pembersihan. Pilih sahaja!
Kalaulah anda sedang buat biskut raya tapi tiba-tiba tak cukup mentega, tepung dan gula, nah… pesan sahaja dari Lotus’s menggunakan GrabMart, dalam masa 30 minit je, barangan yang anda pesan itu sampai di depan pintu. Senang kan?
Mak-mak memang suka beli barang dengan harga diskaun kan? Berbelanja di Lotus’s menerusi GrabMart, sama seakan di pasaraya. Boleh rambang mata! Tak percaya? Tekan bahagian “discounted item”. Tu dia… Macam-macam barang anda boleh miliki dengan harga murah & diskaun boleh dapat hingga 30% tau! Memang sangat berbaloi.
Nak berbelanja secara lebih jimat lagi? Ni ada berita baik yang nak dikongsi. GrabMart memperkenalkan GrabUnlimited yang mana ia adalah satu program langganan yang membolehkan pelanggan menikmati penjimatan eksklusif untuk pesanan barang-barang dapur.
Pilih sahaja barang keperluan dari mana-mana pasaraya pilihan seperti Lotus’s dan nikmati pelbagai penjimatan yang tentunya sangat berbaloi.
Bukan itu sahaja, servis penghantaran juga adalah PERCUMA. Hanya berbelanja minimum RM40, anda layak untuk menggunakan kupon Free Delivery ni. Wow!
Dah tahu cara berbelanja di Lotus’s dengan jimat, bolehlah masak macam-macam menu untuk berbuka nanti. Tercari-cari resipi lauk pauk berbuka yang mudah dan sedap? Seleksi di bawah ini pasti membuka selera anda dan keluarga. Selamat mencuba!
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
2kg daging
2 biji bawang besar | dihiris
20 sudu makan kicap lemak manis
4 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
24 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
8cm halia
30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawing
6 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
Selalu makan satay yang dicucuk pada lidi dan dibakar tapi yang ini lain sikit, versi satay goreng.
Menu ini boleh jadi lauk atau buat makan pagi bersama dengan nasi impit. Ataupun dihidangkan pada hari istimewa mahupun majlis keluarga.
Menu satay goreng ini adalah resipi turun temurun dari keluarga Nurhayati Malek dan dikongsi untuk kita turut nikmati keenakannya.
Cara buat satay goreng
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam satu senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
5. Cuci bersih ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasanya berbanding beli yang serbuknya sahaja.
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Jika mahu biarkan semalaman pastikan simpan dalam peti sejuk.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
Nak masak satay goreng memang macam rendang juga. Cuma satay ni akan kering sedikit berbanding rendang.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan nasi impit atau ketupat segera. Makan sekali dengan kuah kacang.