Coklat merupakan salah satu simbol kasih sayang. Tidak hairan ramai yang memberi coklat pada yang mereka cintai. Selain itu coklat juga memberi manfaat untuk kesihatan

Biji koko kaya dengan nutrisi tanaman yang disebut flavanoid. Coklat hitam adalah yang paling banyak mengandungi nutrisi tersebut. Apa manfaat dari flavanoid? Zat tersebut memiliki sifat antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, menurut pakar kesihatan dari Universitas Harvard, makan coklat dalam jumlah sederhana juga mengurangkan risiko atrial fibrillation-keadaan detak jantung yang tidak teratur yang dapat meningkatkan risiko stroke, gagal jantung, dan komplikasi jantung lainnya.

Selain itu memperbaiki otot lebih cepat Setelah berolahraga, jangan lupa minum atau makan coklat kerana dipercayai dapat memulihkan tubuh lebih cepat, terutama pada bahagian otot. Kurang percaya? Sebuah kajian dari University of Texas di Austin menemui bahawa atlet yang minum coklat rendah lemak setelah latihan–bukan minuman olahraga berasaskan karbohidrat atau minuman bebas kalori–mengalami pemulihan lebih cepat.

Minum dan makan coklat juga dapat meningkatkan kemampuan otak Kalau anda mulai sering lupa, cuba ambil coklat. Mungkin dahulu orang tua pernah melarang kita makan coklat kerana akan merosakkan kulit. Ternyata, makan coklat dapat memperbaiki kulit. Beberapa penelitian mengungkapkan coklat dapat membantu melindungi dari sinar UV yang berbahaya. Tapi sebaiknya memilih coklat yang rendah gula kerana kebanyakan gula akan meningkatkan risiko munculnya jerawat.

Jika merasa terlalu banyak makan, coklat hitam boleh jadi penyelesaian untuk menurunkan nafsu mengunyah lebih banyak lagi. Makan coklat hitam dapat membantu mengatur nafsu makan, menurut sebuah penelitian kecil oleh para peneliti Universiti Kopenhagen. Hal itu berlaku kalau anda menyukai makanan manis, masin atau berlemak.

Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala. Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.

3 Resipi Dari Olahan Coklat, Padu Rasa

BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscoth’
50gm cip coklat strawberi
BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK:

1.Panaskan ketuhar pada suhu 150C.

2.Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.

3.Masukkan telur dan esen vanila.

4.Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.

5.Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata.

6.Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk.

IKLAN

7.Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).

8.Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit.

9.Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai.

10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan 90 keping
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Terdapat badam da oat di dalamnya
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 20
RESIPI: TERIMA KASIH NOOR HASLINDA ABDULLAH, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG SELANGOR.

 

3 Resipi Dari Olahan Coklat, Padu Rasa

KEK COKLAT BUCKEYE
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MEMBUAT INTI MENTEGA KACANG:
180gm mentega kacang
125gm krim keju
30gm gula ising
1 biji telur | dipukul
3 sudu makan susu segar

UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT
230gm air
170gm mentega
1 sudu makan serbuk kopi segera
250gm tepung
75gm koko
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
350gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
110gm yogurt

IKLAN

UNTUK MEMBUAT SALUTAN COKLAT :
115gm krim tenusu
1 sudu makan gula
2 sudu makan sirap jagung
60gm mentega kacang
120gm coklat hitam

CARA MEMASAK:

1.Untuk membuat isian mentega kacang, putar semua bahan sehingga licin. Ketepikan.

2.Untuk membuat kek coklat, panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang acuan bulat berbentuk cincin yang mempunyai lubang di tengahnya.

3.Air, mentega dan serbuk kopi dimasak bersama sehingga menggelegak.

4.Tepung, koko, baking soda dan garam ditapis bersama. Masukkan campuran air panas tadi dan diikuti dengan telur, esen vanila dan yogurt. Gaul sebati.

5.Tuangkan ¾ adunan ke dalam loyang. Sudukan isian mentega kacang di tengah-tengah loyang. Tuangkan adunan selebihnya dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak.

6.Untuk membuat salutan coklat, panaskan bahan-bahan menggunakan kaedah double-boil sehingga coklat licin dan berkilat. Tuangkan pada kek untuk hiasan.

7.Sedia dinikmati.

IKLAN

Saiz Hidangan : 15 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan : Kek
Keistimewaan : Mempunyai elemen kejutan, ada mentega kacang di tengah-tengah kek coklat
Jenis Masakan : Pencuci mulut
Cara Memasak : Bakar
Anggaran Kos : RM 35-RM40
TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH

 

3 Resipi Dari Olahan Coklat, Padu Rasa

KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN :
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt

CARA MEMASAK :

1.Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.

2.Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.

3.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.

4.Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.

5.Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.

6.Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.

7.Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.

8.Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.

Saiz hidangan : 8 hingga 10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mewah coklat putih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 35-RM40
INFO CHEF : Hiaskan dengan coklat hitam dan putih yang dicairkan bersama buah-buahan masam seperti strawberi.
TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI