Ayam, lauk paling digemari oleh anak-anak, selain mudah dimasak, ia juga boleh dipelbagaikan resipinya. Antara menu ayam yang menjadi kegemaran ramai adalah ayam yang dimasak ‘sambal’. Sesuai di penghujung Ramadan ini, bangkitkan selera seisi keluarga dengan tiga menu sembal ayam yang berbeza, tapi hasilnya gerenti sedap hingga menjilat jari.
AYAM SAMBAL MINANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
6 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
5 biji buah keras
3cm lengkuas
2cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga air ayam kering.
Masukkan santan dan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
Kecilkan api, biarkan ia mereneh lebih kurang lima minit lagi.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
1 biji limau nipis | ambil airnya sahaja
5 helai daun limau purut | hiris halus
1 batang serai titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
Ads
8 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, renenhkan seketika baru tutup api.
Sambal ayam sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ayam vanggey, merupakan antara menu yang cukup digemari oleh semua tidak kira Melayu, Cina atau India. Kali ini, kami akan kongsikan resipi istimewa ayam vanggey yang telah dikongsi oleh Rani Genga. Memang sedap hingga menjilat jari! Selamat mencuba.
RESIPI AYAM VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
Segenggam cili api
Halia – tak perlu buang kulit
2 batang serai
6 tangkai cili kering
4 sudu besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam. Letak serbuk kunyit dan garam pada ayam dan gaul sebati. Kemudian goreng ayam setengah masak.
2. Kemudian, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk cili sehingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering.
4. Selepas tumisan naik bau, masukkan ayam goreng separuh masak tadi. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan 2 sudu besar serbuk kari ayam.
6. Masukkan 1 sudu besar serbuk cili kering.
7. Masukkan air secawan.
8. Masukkan 6 sudu besar gula merah dan juga garam.
9. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan daun kari. Siap!
Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar, jumpa aneka makanan laut segar memang tak sah kalau tak beli. Rasa manisnya dan kesedapannya memang tak boleh digambarkan. Merecik!
Bila dah namanya minat makan seafood, pastinya dimana sahaja tempat makan sedap akan mereka kunjungi. Jika di Malaysia ni, tempat makan sebegini yang popular adalah seperti di Melaka, Tanjung Harapan, Klang, Terengganu, Sabahdan banyak lagi. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga faham-faham sahajalah. Pastinya mahal. Itu baru hidangan dalam skala kecil dan hanya 2,3 lauk sahaja. Berbeza jika anda masak sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai.
Teringin nak makan hidangan aneka makanan laut macam yang anda makan di restoran tu ? Jom cuba. Ada 13 resipi sedap dan pastinya terlajak enak yang boleh anda hasilkan. Percayalah, rasanya pasti lagi sedap dan tentunya tidak mengecewakan. Poket anda pun tak koyak teruk. Selamat mencuba!
1. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
2. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
3. KEPAH GALIC BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg kepah
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Lauk pauk padang memang menyelerakan. Kalau dah suka dengan menu lauk padang boleh buat gulai ayam padang. Resepi ni memang menggunakan santan yang banyak. Pasti bertambah makan nanti.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.