Bugi kalau tak pandai masak rendang, tak pandai sedut siput sedut atau tak suka kari kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan. Ia memang sedap. Daripada makan di kedai lebih baik korang cuba masak sendiri, berikut RASA kongsikan tiga menu tradisi yang sinonim dengan orang kita.
RENDANG AYAM DAUN PEGAGA BAHAN-BAHAN:
2kg ayam kampung | potong sederhana
1kg santan
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
5 helai daun kunyit | hiris
6 batang serai | titik
350gm daun pegaga
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
Ads
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
4cm kunyit hidup
3cm halia
4cm lengkuas
4 batang serai
30 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan kemudian toskan.
Masukkan ayam dalam periuk atau kuali, campurkan dengan separuh bahan kisar.
Gaul rata dan renehkan atas dapur.
Setelah ayam kecut masukkan santan, lebihan bahan kisar dan serai titik, renehkan semula.
Bila ayam empuk masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula.
Apabila kuah hampir pekat dan ayam empuk masukkan kerisik.
Kecilkan api, masukkan daun pegaga dan daun kunyit.
Biarkan mereneh beberapa minit lagi sebelum tutup api.
Rendang Ayam Daun Pegaga sedia dihidangkan.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BATANG KELADI BAHAN-BAHAN:
2 kg siput sedut | cuci bersih
1kg santan pekat
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
3 batang serai | ketuk
350gm batang keladi | buang kulit ari
3 helai daun kunyit
BAHAN KISAR:
Ads
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, rebus sekejap siput sendut, angkat dan toskan.
2, Seterusnya dalam periuk lain,celur batang keladi, kemudian masukkan dalam tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Ketepikan
3. Masukkan bahan kisar, serai titik daun kunyit dan asam keping dalam periuk, tambahkan santan dan renehkan atas dapur.
4. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan siput sendut, batang keladi, gaul rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Tutup api dan Gulai siput sedut sedia dihidangkan.
KARI AYAM UBI KELEDEK BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
3 sudu makan rempah kari
5 ulas bawang merah | mayang halus
4 ulas bawang putih | mayang halus
3cm halia | mayang halus
1 tangkai daun karai | lurut dari tangkai
1 biji keledek merah | buang kulit dan potong dadu
200gm yogurt
Garam dan gula secukyp rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam.
4. Apabila ayam empuk masukkan ubi keledek dan sedikit air.
5. Setelah mereneh masukkan yogurt, kacau lagi.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api, kari sedia dihidangkan.
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda yang tidak suka lauk pauk yang pedas, idea masak Opor Ayam Kampung ni boleh dicuba, kalau tak ada ayam kampung boleh je guna ayam biasa yang diberi di pasaraya. Rasa lebih kurang je . Cuma kalau ayam kampung tu rasanya lebih pejal dan sedap. Menu ini mudah disediakan dan tak pedas, sesuai sangat kalau disajikan untuk anak-anak. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga enak dihidangkan bersama nasi impit atau roti.
OPOR AYAM KAMPUNG BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih dan toskan. 3 helai daun salam 2 batang serai | titik 2cm lengkuas 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula pasir 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1250ml air 200ml santan pekat/kotak 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR HALUS: 9 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 7 biji buah keras 2cm halia 3cm kunyit hidup | bakar 1cm kencur 2 helai daun limau purut 1/2 sudu teh lada hitam biji
CARA MEMBUAT: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi. 2. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut. 3. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk. 4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk. 5. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa. 6. Opor Ayam Kampung sedia dihidangkan.
Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana. Teringin nak rasa? Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Jom cuba.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian toskan – boleh ganti dengan kuetiau halus char kuetiau
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cakedan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.