Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.

Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni …

1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW


3 Masakan Ikan Stail Cina, Sedap Lagi Menyihatkan

BAHAN-BAHAN

  • 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
  • Air secukupnya

BAHAN SOS TEOH CHEW:

  • 100gm sayuran masin | hiris
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 30gm cendawan hitam | cincang
  • 2 biji cili padi | hiris
  • 5gm halia | hiris
  • 1 biji jeruk plum
  • 500gm sup ayam
  • 60gm serbuk ayam
  • 20gm garam
  • 10gm gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
5. Sedia dinikmati.

Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.

Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan kukus

2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE


3 Masakan Ikan Stail Cina, Sedap Lagi Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

  • 1000gm Kerapu | siang dan cuci
  • 30gm Parsli Cina
  • 10gm Cili padi | hiris
  • 10gm Bawang putih cincang
  • 10gm Halia cincang
  • 30gm Hirisan halia
  • 30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
  • 10gm Kicap soya
  • 5gm Kicap soya hitam
  • 10gm Serbuk perasa
  • 10gm Gula
  • 100gm Air
  • 10gm Minyak bijan

CARA MEMASAK:
1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas.
7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.

Saiz hidangan: 5-8 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus dan tumis

Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.

3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS


3 Masakan Ikan Stail Cina, Sedap Lagi Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm Isi ikan kod | hiris kasar
  • 1gm Cili kering | potong kasar
  • 20gm Bawang besar | hiris kasar
  • 20gm Kacang Cashew panggang
  • 15gm Sos tiram
  • 15gm Kicap soya
  • 10gm Kicap soya pekat
  • 10gm Cuka hitam
  • 10gm Serbuk ayam
  • 10gm Gula
  • 50gm Air
  • 100gm Tepung jagung
  • 50gm Minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
6. Sedia dinikmati.

Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI