Bulan Ogos ni adalah antara bulan yang banyak cuti umum . Di samping cuti raya Aidiladha, hari Kebangsaan 31hb Ogos, jangan lupa diraikan.Jadi ceriakan tetamu dan ahli keluarga dengan mencuba 3 sajian kek kukus ini dari Norbaini Rahwi yang juga penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini”, terbitan Alaf 21 dengan tiga lagi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji telur
200 gm gula kastor
1 sudu makan ovalet
Bahan B :
200 gm tepung gandum | diayak
40 gm susu tepung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
Ads
200 gm mentega
2 ½ sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil pes mocha
200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha.
5. Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata.
6. Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit.
7. Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit.
8. Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya Anggaran kos: RM 25
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
2.KEK KUKUS PRUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 gm gula perang
65 gm gula kastor
½ sudu teh ovalet
Bahan B :
100 gm tepung gandum | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
80 gm mentega/marjerin
1 sudu makan susu pekat manis
15 biji buah prun yang telah dilenyekkan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.
5. Campurkan semua bahan, gaul rata.
6 .Bahagian adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukusan. Ambil satu bahagian dan ratakan di dalam loyang dan susunkan prun, kemudian tuangkan baki 1 bahagian dan ratakan.
8. Kukuskan selama 25 minit atau sehingga masak.
9 .Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Resepi ini tidak terlalu manis, rasa buah prun berkhasiat Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Bahan-bahan seperti telur, gula dan ovelete hendaklah di pukul hingga kembang sekurang-kurangnya 8 ke 10 minit. Dan kemudian diperlahankan mesin pengadun selama 2 minit. Barulah dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
Ads
3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
75 gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
60 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
Ads
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping’:
200gm whipping cream/fresh cream
20gm gula aising
30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
7. Panaskan periuk kukus, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
8 .Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
1.Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
2.Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
3.Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak kek vanilla dengan sapuan keju krim cair dan parutan keju cedar yang super sedap, ni dia resipi yang memenuhi citarasa anda.Respi yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin ni boleh dicuba.
Macam senang aje buatnya. Kek Vanila tu korang boleh bakar dan kalau nak kukus pun boleh.
KEK VANILA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla : Bahan A:
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
*Ayakkan sekali ketiga-tiga ini. Memang kena ayak sebab nak tepung tu halus dan cantik.
Bahan B :
4 biji telur gred B
2 biji telur kuning sahaja
100gm gula kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
70gm mentega yang cair
CARA MEMASAK : 1.Pukul semua telur dan gula sehingga bagi ia putih gebu. Kemudian masukkan bahan-bahan B yang lain kecuali mentega cair, pukul sebati.
2. Baru masukkan tepung yang telah diayakkan. Kemudian akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan. Pukul hingga semua gebu dan sebati
3. Bakar pada suhu 160°c selama 45-60 minit tengok pada jenis oven korang. Bakar 55 minit je dengan api atas bawah.
TOPPING CREAM CHEESE Bahan topping :
250gm cream cheese tatura
60gm whipping cream dairy
120gm susu pekat manis
CARA MEMASAK :
Satukan semua sekali. Sehingga krim keju tak berketul.
Biarlah ia cair memang macam tu, just nice cairnya
Kemudian, boleh sapu pada kek dan parutkan dengan keju cheddar. Keju parut tu lagi banyak lagi sedap dan nampak lagi cantik ‘snow’ nya.
Semperit merupakan salah satu biskut raya kegemaran ramai. Memandangkan Ramadan bakal menjelang seterusnya Aidilfitri, pasti sudah ramai yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk disediakan menjelang Syawal nanti. Salah satu resipi mudah adalah resipi Biskut Semperit Coklat perkongsian saudari Noor Suhaida ini. Pasti digemari ramai dan bagi peminat coklat, ia tentunya resipi yang tidak harus anda abaikan. Kata empunya resipi, biskut ni rasanya seakan Chipsmore. Malah beliau juga bermurah hati berkongsi tip untuk jadikan bunga biskut yang tidak mendap, kekal terletak dan cantik selepas dibakar. Wow…Pasti enak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT BISKUT SEMPERIT COKLAT MUDAH & RANGUP
1.Ayak gula aising. 2. Satukan gula aising dan mentega. Kacau menggunakan senduk sampai sebati. 3. Masukkan kuning telur dan creamy vanilla. Kacau sebati. 4. Seterusnya masukkan serbuk coklat, tepung jagung dan tepung kastard. Kacau sekadar sebati sahaja. 5. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang dikehendaki. Doh semperit tidak boleh keras sangat, tidak boleh lembik sangat. 6. Tekan doh menggunakan acuan semperit (acuan pecah 10) pada loyang yang telah dioles. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.
TIP BUAT BISKUT SEMPERIT YANG ELOK & CANTIK
Untuk elakkan bunga biskut ‘tidur’ atau berubah bentuk selepas dibakar, jangan sesekali pukul mentega dan gula sampai kembang macam nak buat kek. Kena kacau manja sekadar sebati sahaja.
Selepas doh semperit ditekan pada loyang, biarkan selama 15 minit sebelum di bakar. InsyaAllah bunga tak jatuh lepas dibakar.
Minum petang ni anak-anak teringin kek. Buat comel-comel kek kukus memang layan,anak-anak pasti suka. Kalau rasa manis kurangkan kemanisannya.
Kek Red Velvet Chocolate Kukus
Bahan-bahan:
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda berkarbonat
*1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
Serbuk koko secukupnya
Red velvet emulco secukupnya
Chocolate emulco secukupnya
Sedikit garam
*Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan bertanda*
2.Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
3.Setelah itu, masukkan bahan yang dah kisarkan tadi ke dalam besen tepung gandum. kacau mesra.
4.Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasinganmasukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan chocolate emulco masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit chocolate emulco
4.Sapukan minyak masak pada acuan.
5.Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.