Ketika cuaca panas, ada kala rasa teringin nak minum minuman berais dengan harapan dahaga boleh dihilangkan. Pilihlah minuman yang boleh menyihatkan bukan hilangkan dahaga semata-mata. Misalnya jus kalamansi atau limau kasturi. Kebaikan limau ini selain boleh meningkatkan paras energi, turut mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu seseorang awet muda. RASA kongsi 3 resipi buat air.
JUS KALAMANSI ASAM BOI
Ads
Bahan-bahan
8 biji limau kalamansi (diperah dan ambil jusnya)
5 sudu makan gula pasir
3 gelas air
2 biji limau kalamansi (dihiris bersama kulit)
6 biji asam boi
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan jus limau kalamansi bersama air dalam jag. Kacau rata sehingga gula larut.
2. Kemudian masukkan hirisan buah limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi.
3. Masukkan ais secukupnya.
4. Untuk kelainan boleh hidangkan jus ini dalam botol.
SIRAP BANDUNG STRAWBERI LAICI
Bahan-bahan
2 sudu makan gula
Air secukupnya
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi (dibelah 4)
5 biji laici dalam tin
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air.
2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3. Masukkan strawberi dan laici.
4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
Ads
JUS OREN SELASIH PUDINA
Bahan-bahan
2 biji buah oren (diambil jusnya sahaja)
3 gelas air mineral
4 sudu makan gula pasir
1 sudu makan selasih yang telah direndam
10 helai daun pudina
Ais secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Masukkan jus oren ke dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4. Ambil empat biji limau kalamansi yang lain dan dipotong bulat untuk hiasan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
Ketika berpuasa alangkah nikmatnya dapat menikmati sesuatu yang sejuk dan segar. Jika anda mahukan minuman yang menyegarkan, bolehlah cuba buat Mango Shake Leleh. Paling penting, menyediakannya tidak sesusah mana. Sesuai sangat dijadikan minuman penyejuk tekak. Ayuh kita cuba resipi Mango Shake Leleh yang dikongsikan oleh Norliza Razali
RESIPI MANGO SHAKE LELEH
BAHAN-BAHAN:
Susu segar Mangga masak (nak sedap letak banyak untuk dikisar) Sediakan juga mangga yang dipotong dadu Air Susu pekat manis – BELI ONLINE Susu cair – BELI ONLINE Sunquick perisa mangga – beli online disini Ais krim vanilla Ais batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua sekali bahan. Seimbangkan rasa masam, manis dan lemak.
2. Siap untuk dihidangkan dengan buah mangga potong. Nak sedap lagi letak aiskrim vanilla. Tidak letak pun tidak mengapa sebab dalam shake tadi memang sudah letak aiskrim vanilla.
Hanya menggunakan dua bahan yang mudah didapati, anda mampu menghasilkan minuman yang bagus dalam membantu menurunkan bacaan kolesterol. Anda boleh cuba.
Menerusi perkongsian Puan Lin Zalika, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan jus bagi menurunkan paras kolesterol yang hanya menggunakan dua bahan sahaja. Antara yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
30 ulas bawang putih | ulas besar
5 biji lemon
1 liter air
CARA-CARA:
1. Kisar bawang putih, lemon ( bersama kulit) dan air hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk menikmatinya, minum 10 @ 15ml pada setiap pagi sebelum sarapan.
5. Bagi yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi, boleh minum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.