
Udang, antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kongsi bersama, RASA bawakan dua menu udang Thai yang telah diubahuai dengan selera, kita masyarakat Malaysia. Dua menu tersebut adalah Tumis Udang Bersama Daun Ketumbar dan kedua, Udang Kari Thai yang sangat sedap. Cuba ye, jangan tak cuba!
TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/4 sudu teh halia muda
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 1/4 cawan daun ketumbar | cincang
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu the kulit limau nipis | parut
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
- Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
UDANG KARI ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis
BAHAN KISAR HALUS :
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
- Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
- Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
- Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
- Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
- Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Resipi Daging Yang Ringkas & Sedap, Mudah Je Nak Masak!

Bila sebut nak masak daging, ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama. Sebenarnya daging boleh je masak dengan cara ekspres, tak liat dan sedap.
Yang penting, anda tahu nak masak menu apa dan dan macam mana nak menolah daging supaya empuk dan boleh dimasak dalam masa yang singkat tanpa mengubah rasa.
Contohnya, anda kena tahu jenis daging, cara hirisan, petua melembutkan daging dan menu yang ingin disediakan.
Jika anda tahu semua ini, pasti masakan daging boleh dimasak dengan lebih cepat mudah dan hasilnya sedap.
Berikut dikongsikan 14 pilihan menu daging yang boleh dicuba.
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis
2 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan yogurt
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji ubi kentang | potong memanjang
2 pokok daun ketumbar | hiris
3 biji cili hijau | hiris 2cm
4-5 biji tomato ceri
1 biji bawang besar | belah lapan
3 ulas bawang berah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
2 batang serai | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
DAGING SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
2 sudu makan serbuk ketumbar
1sudu makan madu
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 cm halia muda | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 batang serai | kisar
Garam secukup rasa
BAHAN SAMBAL HIJAU:
7 biji cili hijau
15 biji cili padi hijau
2 biji tomato hijau
2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskannya. Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati.
2. Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan. Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm
3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging hingga lembut. Ketepikan lagi.
5. Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar.
6. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula nisan secukupnya
Minyak untuk menggoreng & menumis
BAHAN TUMIS:
15 tangkai cili kering | hiris
5 biji cili merah | hiris
10 ulas bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia muda | hiris
4 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Setelah sejuk kisarkan bahan yang telah digoreng tadi.
4. Panaskan minyak dalam kuali lain. Kemudian goreng daging hingga habis (jangan terlalu garing).
5. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes hingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam dan gula nisan secukup rasa. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata hingga sebati. Tutup api, daging dendeng sedia dihidangkan.
SAMBAL DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging pekasam | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Gula secukupnya
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
3. Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu. Terus kacau sehingga daging kering. Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR
BAHAN-BAHAN:
1 kg ekor lembu | rebus hingga empuk
3 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 tangkai daun kesum
2 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan ekor yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Seterusnya masukan air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat. Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.
ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar. Seterusnya tambahkan air secukupnya.
2. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
3. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
350gm daging | rebus dan potong nipis
6 tangkai cili kering | goreng garing
2 biji bawang merah
15gm jintan manis
15gm jintan putih
30ml kicap manis
20gm gula pasir
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, jintan manis, jintan putih bersama gula pasir dan kicap manis.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan memekat.
3. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu, dan perasakan.
GULAI KAWAH TETEL & TULANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging tetel | rebus ¾ empuk
300gm tulang | rebus empuk
Garam secukupnya
BAHAN UNTUK KARI:
50gm rempah kari
15gm kerisik
2 biji bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10gm halba
300ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sekata dan masukkan daging dan tulang tadi.
2. Masak sehingga ia mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan seketika. Tutup api, angkat dan sedia untuk dinikmati.
PEPES DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm daging | rebus ¾ masak
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili besar merah
1 inci kunyit hidup
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
2. Kemudian balut dengan daun pisang. Bakar selama 8-10 minit. Sedia dinikmati.
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati.
RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang | potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
3 sudu makan cili kering kisar
2 batang serai | dikisar
7 sudu kicap manis
1 biji bawang besar | dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .

Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.

Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.

Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA

BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
1. Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
2. Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit
4. Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
5.Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
6.Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.

8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.

9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com
.
Koleksi Resipi Sambal Tumbuk Kampung Paling Mudah & Sedap Makan Dengan Aneka Ulam.

Jika tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.
1. SAMBAL BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- Segenggam ikan bilis
- 8 biji belimbing buluh
- 9 biji cili padi merah – boleh ubah jumlah ikut tahan kepedasan masing-masing
- 3 biji bawang merah
- Minyak masak secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya.
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2.Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak.
3.Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4.Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
5.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Kak Yah
2. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
3. SAMBAL TERASI
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji tomato
- 1cm belacan
- 3 biji bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang diingini
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2.Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4.Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Ruhaidini Abd Kadir
4. SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
- 15 tangkai cili api
- Sejemput ikan bilis
- 2 biji perahan limau kasturi
- Garam jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak.
2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi.
3. Titiskan jus perahan limau kasturi. Gata. Tambah garam jika perlu.
4.Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Azimah Abdul Malik
5. SAMBAL CILI API BERAPI
BAHAN-BAHAN:
- 4 genggam cili api (merah & hijau)
- 1 genggam ikan bilis
- 4 biji bawang besar – dibelah 4
- 5 biji bawang kecil – dibelah 2
- 7 ulas bawang putih
- 3 biji tomato – dibelah 4
- 1 inci belacan-nak bakar atau tidak, terpulang
- Sedikit asam jawa/cuka
- Garam dan gula
CARA MEMASAK:
1.Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2.Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3.Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi.
4.Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam,gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
5.Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama,jangan masukkan air semasa mengisar.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman