Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak sangat senang dan ringkas dan paling penting hasilnya sangat sedap, gerenti anak-anak yang lapar je sepanjang cuti sekolah suka. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
150gm bawang berah
40gm bawang putih
60gm halia
60gm serai
BAHAN KISAR:
Ads
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bubur lambuk ada pelbagai versi dan berlainan bahan-bahan yang digunakan. Jika di bahagian pantai timur, bubur lambuk biasanya menjadikan ikan sebagai bahan rencah yang dimasak bersama beberapa jenis sayur-sayuran. Sedap! Anda bolehlah mencubanya.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu besar lada hitam
2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
3 daun ulat bulu
4 tangkai daun kesom
2 tangkai daun kadok
1 ikat pucuk paku hijau
1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
5 tangkai daun cekur manis
5 tangkai pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
1 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk lada
Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
Buah-buahan beri memang enak jadi ramuan kek. Tapi buah-buahan tempatan seperti mangga, nangka dan pisang pun super sedap dibuat kek. RASA menampilkan resipi dari Fadzil Md Salleh , Dill Cakes.
5 resipi original kek yang berasaskan nangka, pisang, mangga dan buah-buahan beri dan citrus ini pastinya menceriakan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Jom ‘baking…
DILL MANGO CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
350gm krim keju
1/3 tin susu pekat
½ cawan krim putar
Sedikit esen vanilla
Bahan lapisan bawah @ crust:
150gm biskut Marie
75gm mentega | dicairkan
Bahan puri mangga :
1 biji mangga | sederhana besar
1 sudu teh gula
*Dikisar bersama
Buah mangga potong kiub kecil
CARA MEMASAK : Cara masak crust : 1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega. 2. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan, masukkan adunan di dalam loyang 15sm ( 6 inci). 3. Tekan adunan supaya padat dan masukkan sebentar dalam peti sejuk agar lebih padat. dengan butter yang telah dicairkan. Letakkan adunan dalam loyang 6 inc. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya padat.
Cara masak kek keju mangga:
Putar krim keju dan susu serta krim putar hingga sebati dan masukkan esen vanilla.m hingga sebati, masukkan esen vanila.
Masukkan 1/3 puri manga dan potongan kiub kecil manga, gaulkan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
Bakar dalam oven (suhu rendah, slow temperature ), 70 darjah Celsius selama 2 setengah jam.
Keluarkan dan masukkan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
Sapu lebihan puri manga di atas kek, hias atas kek dengan mangga yang telah dipotong kiub mengikut kreativiti sendiri.
Saiz hidangan : Satu Loyang bulat (15sm @ 6 inci) Waktu memasak : 2 ½ jam Cara masak : Bakar dengan suhu rendah Jenis masakan : Kek keju berasaskan mangga Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Biarkan keju selama 30 min pada suhu bilik sebelum diputar
FRUITY VANILLA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
100gm mentega tanpa garam
160gm gula castor
50gm krim masak atau boleh guna yogurt
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange | ambil parutan kulitnya
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
600gm buah-buah citrus | pic, anggur, strawberi, raspberi dan blueberi, basuh dan potong
CARA MEMASAK :
Satukan tepung dengan serbuk penaik dan ayak.
Pukul mentega, krim masak dengan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan gebu.
Masukkan telur satu persatu sehingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan parutan kulit oren dan terus putar.
Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga rata.
Masukkan sedikit buah-buah yang telah dipotong. Masukkan adunan dalam loyang bulat 17.7 sm (7 inci) yang dilapik kertas dan dioles mentega.
Susun lebihan buah di atas kek mengikut kreativiti masing-masing. Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 45 min – 1 jam atau sehingga keperangan.
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (17.7sm @ 7 inci) Waktu memasak : 45 minit hingga 1 jam Cara masak : Bakar Jenis masakan : Kek daripada campuran buah-buahan Keistimewaan : Kaya dengan rasa dengan buah-buahan yang lazat Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Bagi mengelakkan buah-buahan daripada terlalu garing di atasnya, 15 minit sebelum kek masak balut kek dengan aluminium foil.
CHOC BANANA MOIST
.
BAHAN-BAHAN :
170gm tepung gandum | diayak
1 cawan serbuk koko | diayak
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh krim tartar
1 cawan air
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan susu cair
2 biji telur
1 ½ biji pisang | dilenyekkan
Bahan filling @ inti :
500ml krim putar
3 sudu makan pisang yang telah dilenyekkan
*Pukul krim putar hingga kental dan masukkan pisang yang dilenyek. Kacau rata.
Bahan ganache coklat :
150gm krim putar (dairy)
15gm sirap glukos
250 gm coklat
10gm mentega
CARA MEMASAK :
Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam bekas, gaul rata dan masukkan telur, minyak, air dan susu cair. Kacau rata.
Masukkan pisang yang telah dilenyekkan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 23sm @ 9 inci dan bakar pada suhu 170 C – 180C selama 60 minit sehingga masak.
Cara membuat ganache coklat :
Didihkan krim putar dan sirap glukos, tuangkan ke dalam bekas berisi coklat
Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan mentega dan kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Cara melapis kek :
Selepas kek sejuk potong kek pada tiga bahagian. Pada setiap lapisan sapukan inti yang telah diputar bersama hirisan nipis pisang.
Ulang untuk lapisan kedua dan ketiga. Sapu dan salutkan kek dengan coklat ganache dan hiaskan dengan hirisan buah pisang .
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (23sm @ 9 inci) Waktu memasak : 60 minit Cara masak : Bakar Jenis masakan : Kek berasaskan pisang Keistimewaan :Kek dengan rasa pisang segar dan enak berkrim dan bercoklat Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Rendam pisang dalam air lemon selama 15 minit untuk mengelakkan pisang daripada menjadi lebam. Usah putar whipping cream terlalu lama atau laju kerana ia menjadikan krim terlalu pekat dan payah disapu.
4. DILL RASBERRY CHEESE CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
350gm krim keju
1/3 tin susu pekat
½ cawan krim putar
Sedikit esen vanilla
Bahan kerak @ crust :
150gm biskut Marie
75gm mentega | dicairkan
Bahan puri raspberi :
250gm buah raspberi | *Boleh juga guna yang siap dalam botol
1 sudu teh gula
* Kisar hingga hancur
CARA MEMASAK :
Cara membuat crust :
Hancurkan biskut Marie dan kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
Letakkan adunan dalam loyang berukuran 6 inci @ 15sm. Tekan adunan sehingga padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya lebih mampat dan kukuh.
Cara memasak kek keju raspberi :
Putar krim keju dan susu serta krim putar sehingga sebati. Masukkan juga esen vanila.
Masukkan 1/3 puri raspberi dan potong kiub kecil buah raspberi, gaulkan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
Bakar dalam suhu 70 darjah Celcius selama dua setengah jam
Keluarkan dan masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 minir supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
Sapu lebihan puri raspberi di atas kek
Hiaskan kek dengan buah raspberi mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (15sm @ 6 inci) Waktu memasak : 2.5 jam Cara masak : Bakar dengan suhu rendah Jenis masakan : Kek berasaskan raspberi, dengan ketulan raspberi segar Keistimewaan : Gandingan keju dan raspberi menghasilkan keenakan keju tanpa muak Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Buah raspberi cepat rosak, jadi seeloknya waktu hendak dihidang baru diletakkan buah raspberi di atas kek.
5. JACKFRUIT VANILLA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
375gm mentega
340gm gula castor
6 biji telur
340gm tepung naik sendiri
340gm isi Nangka | dikisar jadikan puri
250gm isi Nangka | diracik kasar
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula serta esen vanilla hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu, putar hingga halus
Kemudian masukkan tepung dan puri nangka. Masukkan nangka yang telah diracik kasar dalam adunan.
Bahagikan kepada dua adunan. Masukkan dalam loyang 8 inci @ 20sm yang telah diletak kertas kek dan dioles dengan mentega.
Bakar dalam suhu 160-170 darjah Celscius selama 45 minit
Saiz hidangan : Dua loyang bulat (20sm @ 8 inci) Waktu memasak : 45 minit Cara masak : Bakar Jenis masakan : Kek berasas buah nangka Keistimewaan :Kek berperasa nangka yang enak dengan rasa nangka sebenar Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Resipi yang sama boleh digunakan untuk buah-buahn ganti yang lain seperti cempedak, oren dan epal.
JURU FOTO ; NURUL AKMA AZIMI
RESIPI : FADZIL MD SALLEH, DILL CAKES TERIMA KASIH: Dill Cakes, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya, Shah Alam http://dill-cakes .blogspot.com , fb/insta:fadzilmdsalleh, page: dill cakes
RASA isu februari tampil dengan pelbagai kisah menarik untuk pencinta dunia kulinari dan masakan. Kisah seorang lagi Chef tersohor yang cukup dikenali di dalam dan luar negara dalam ruangan Chef Selebriti. Namanya Chef Mohd Azizan Shukri. Sering diundang menjadi pertandingan masakan.
Dirinya juga bukan calang-calang pencapaiannya. Ni antara sebab mengapa beliau cekap dan layak jadi Pengadil Pertandingan Masakan :
1. Tegasnya kualiti sajian bukan sekadar sedap , persembahan dan penggayaan hidangan ‘food styling and presentation’ penting untuk memikat selera mata memandang.
2. Prinsip masakannya ialah kualiti makanan perlu dijaga, rupa kena cantik, pandai bermain warna, persembahan kena menarik kena ada sentuhan pada hidangan kalau nak markah lebih mantap.
3. Ramuan wajib segar, barulah capai standard kesedapan.
4. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari bekerja di hotel dan restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.
5. Pernah bertugas di The Grand Hotel Malahide, Dublin , Ireland sebagai Sous Chef di sana.
6. Pernah menyediakan sajian untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.
7. Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis
8. Pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas)
9. Pernah memenangi tempat Pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.
10. Di peringkat antarabangsa pernah menerima anugerah The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria.
Nah ,ni resipi ekslusif dari Chef Mohd Azizan untuk follower RASA. Cubalah nanti…
COD FISH WITH HONEY HOLLANDAISE
BAHAN-BAHAN :
160gm ikan kod
10gm paprika Hungary
10gm cajun
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Bahan honey sauce hollandaise :
1 biji kuning telur
1 sudu makan cuka epal
1 sudu teh madu
50gm mentega
1 biji lemon | diambil jus
CARA MEMASAKNYA : 1. Perapkan ikan kod dengan cajun, paprika, gula dan lada hitam. 2. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius. 3. Bakar ikan dalam masa 15 minit. Keluar dan ketepikan. 4. Untuk membuat sos hollandaise, mula cairkan mentega di dalam kuali yang dinyalakan api perlahan, masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau dengan ‘whisk’. 5. Kemudian masukkan cuka epal dan madu. Pastikan api sentiasa perlahan untuk mengelakkan telur berketul ,kacau sehingga pekat dan tutup api. 6. Tuangkan di atas ikan kod yang dibakar tadi.
Nak resipi lagi, dan kisah lebih lanjut mengenai Chef Mohd Azizan bolehlah dapatkan majalah RASA isu Februari ni…Dah ada kat pasaran.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...