Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana. Teringin nak rasa? Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Jom cuba.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK;
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
Nama masakan ini ialah Lagman, yang dikatakan berasal dari Uighyur. Rupanya seperti menu spaghetti atau mi tarik yang dihiasi dengan daging hancur dan juga sayuran.
Menurut perkongsian daripada saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia pertama kali merasa makan hidangan ini ketika belajar di Rusia.
Jika disusuri asal-usulnya, kebanyakan sumber mengatakan ia berasal dari Uighyur.
Masakan ni mungkin berasal dari perkataan China, lamian, iaitu mi tarik. Sekarang ia popular di negara-negara Asia Tengah.
RESIPI CARA BUAT LAGMAN
BAHAN-BAHAN: (UNTUK 2-3 ORANG)
300g daging ½ paket spageti (atau mi tarik) 1 batang lobak merah – beli online di sini ½ biji kentang – beli online di sini ½ biji lada Belanda (capsicum) ½ biji bawang Holland – beli online di sini 1 batang saderi 3 ulas bawang putih – beli online di sini 1 sudu besar pes tomato 1 tangkai daun ketumbar 1 sudu teh ketumbar
3. Lesung batu saya agak besar, jadi saya gaul daging dengan rempah tadi di dalamnya. Perap selama 10-20 minit, sambil tu rebus spageti.
4. Selepas perap, kita goreng kiub daging. Bau dia, memang semerbak. Orang Rusia gemar goreng dulu daging sebelum reneh. Ia menjadikan makanan mempunyai rasa lebih padu.
5. Selepas daging dah nampak perang, tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu.
6. Kemudian masukkan semua bahan yang telah kita dadukan tadi. Goreng kilas sehingga semuanya kelihatan empuk.
7. Untuk tambah umami, orang Uighyur tak ada belacan, jadi mereka gunakan tomato. Boleh gunakan tomato segar atau pes/puri tomato. Tomato ada banyak kandungan glutamat. Ini adalah penambah rasa yang semulajadi.
8. Goreng kilas sehingga jadi seperti ini. Nampak tak pati yang telah kering di dinding periuk? Pastikan ada benda itu. Itu semua penting untuk memastikan kuah lagman ni sedap. Lepas tu tambah air dalam 500-750ml.
9. Reneh selama 30-60 minit. Bergantung kepada daging yang anda guna. Kalau daging batang pinang, cepatlah empuk. Jika bahagian lain, mungkin lama sedikit. Nak guna periuk tekanan pun boleh. 10. Masakan ni tak pedas. Tapi kalau nak pedas, ia sesuai dipadankan dengan adzhika. Ini sambal orang Rusia. Cara buat dia, tumbuk cili merah, biji ketumbar, biji halba, dan daun ketumbar. Tambah garam. Itu je.
11. Okay, kita hidang macam ni. Kuah dia ada rasa rebusan daging, masam tomato, kemanisan lobak serta saderi, dan lemak kentang. Rempah ketumbar tadi tu menaikkan rasa. Adzhika tu beri “kick” kepedasan.