Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar, jumpa aneka makanan laut segar memang tak sah kalau tak beli. Rasa manisnya dan kesedapannya memang tak boleh digambarkan. Merecik!
Bila dah namanya minat makan seafood, pastinya dimana sahaja tempat makan sedap akan mereka kunjungi. Jika di Malaysia ni, tempat makan sebegini yang popular adalah seperti di Melaka, Tanjung Harapan, Klang, Terengganu, Sabahdan banyak lagi. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga faham-faham sahajalah. Pastinya mahal. Itu baru hidangan dalam skala kecil dan hanya 2,3 lauk sahaja. Berbeza jika anda masak sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai.
Teringin nak makan hidangan aneka makanan laut macam yang anda makan di restoran tu ? Jom cuba. Ada 13 resipi sedap dan pastinya terlajak enak yang boleh anda hasilkan. Percayalah, rasanya pasti lagi sedap dan tentunya tidak mengecewakan. Poket anda pun tak koyak teruk. Selamat mencuba!
1. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
2. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
3. KEPAH GALIC BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg kepah
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Ads
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Selain dimasak sambal, kari dan sebagainya, sotong ni juga memang sedap jika dimasak rendang. Masa masak pun cepat dan tak ambil masa yang lama sebab sotong mudah masak. Ni kalau makan dengan nasi impit atau nasi, layan sungguh! Bagi anda yang teringin nak makan rendang, menu ni paling sempoi dan tentunya kena dengan selera. Selamat mencuba!
RESIPI RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ] potong membulat
2 batang serai ]kisar
15 biji cili padi ]kisar
3 ulas bawang merah ]kisar
1 ulas bawang putih ]kisar
2.5cm lengkuas ]kisar
2.5cm kunyit hidup ]kisar
2 sudu kerisik ]kisar
3 helai daun limau purut ]hiris kasar
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bertuah rasanya bila berpeluang bertandang dan menjamu selara dengan bermacam menu masakan India yang disediakan oleh Puan Vasantha di kediamannya di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor. Memang terbaik hidangan yang disediakan, dalam kaya dengan aroma rempah ratus itu ialah keenakan masakan bagaikan makan restoran Fine Dining atau hotel mewah.
Patutlah kediamannya menjadi kunjungan rakan-rakan dan sanak saudara, kerana air tangan Vasantha sememang sedap. Biarpun bekerja, Vasantha tetap ada masa ke dapur setiap hari kerana memasak adalah minatnya dan tidak pernah ada istilah bosan berada di dapur. Khabarnya selain lauk pauk beliau juga boleh baking. Untuk penbaca RASA, Vasantha sedia berkongsi resipi masakan India yang menjadi kegemaran keluarganya…
SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan
5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
1 biji bawang besar | dadu halus
1/4 sudu teh pes bawang putih
1/8 sudu teh pes halia
1 biji telur
1/2 cawan serbuk roti
1/4 cawan tepung serba guna
1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS
1/4 serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh garam masala
Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika suka
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit
2 sudu makan minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3-4 biji lada hitam
3cm kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
2 sudu makan garam masala
1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasi
BAHAN SAYURAN:
1 biji tomata | potong dadu
1 biji tomato | potong dadu
2 biji cili hijau | potong 2-3cm
Sedikit bunga kubis | potong dadu
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata.
Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain.
Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api.
Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata.
Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras.
Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa.
Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
4 biji bawang besar | potong dadu
4 biji buah tomato | potong dadu
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus lemon
4 sudu makan yogurt
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
3cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
Perap selama 30 minit.
Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
4 biji bawang besar | potong dadu
5 ulas bawang putih | cincang
3cm halia | hiris halus
2 biji tomato | potong dadu
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan jus lemon
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak.
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
Udang sedia dihidangkan.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
2 cawan bawang besar | cincang
1 cawan puri tomato segar
1 sudu teh serbuk kunyit
8-10 ulas bawang putih
3cm halia | hiris halus
1 sudu makan cuka makan
1 sudu makan pes kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
10-12 tangkai cili kering
2 sudu makan ketumbar biji
3-4 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
8-10 ulas lada hitam
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | bersihkan dan potong kecil
8-10 ulas bawang putih
3cm halia | hiris halus
4 helai Puck Acids
10 ulas bawang merah | cincang
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI
15-20 tangkai cili kering
3 sudu makan biji ketumbar
4 sudu makan lada hitam
2 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
5 biji bawang Holland | cincang
5 biji cili hijau | cincang
3 biji cili padi | potong dua
1 biji timun | hiris
2 biji tomato| hiris
3cm halia | hiris nipis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
Daun pudina seccukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
Onion Ratta sedia dihidangkan.
BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:
3/4 Yellow Moong Dhal
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam seckup rasa
1.25 cawan air
2 cawan daun baby spinach | cincang
1/2 biji bawang besar | cincang
1/2 cawam tomato | cincang
1/2 sudu teh pes halia
1/2 sudu teh pes bawang putih
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh chili flakes
1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1.5 sudu makan minyak sapi
1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
2 sudu teh minyak sapi
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
Cuci bersih kacang dhal
Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
Udang, antara makanan laut menjadi kegemaran ramai, masak apa pun sedap. Selain cepat dimasak, udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga. Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk anda mengolahnya semula mengikut selera anda dan juga ahli keluarga.
UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
Tutup api dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar |dicincang
1 batang serai | dikisar
2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
6 biji cili padi | dihiris
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit | dihiris halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.