Penggemar pizza lepas ni boleh cuba resipi homemade yang RASA kongsikan ni. Caranya mudah dan yang paling penting tiada alasan kalau tak ada pembakar kamu hanya perlu kuali untuk membakarnya, senangkan! Selamat mencuba…
RESIPI PIZZA KUALI
(Resipi untuk 5x pizza)
BAHAN-BAHAN:
Ads
Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Berpeluh2 la jgk😄
BAHAN TOPPING:
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
CARA MEMASAK:
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
CARA MEMBUAT DOH:
1.gaul tepung dgn minyak..
2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
Ads
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
Ads
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
*nka cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..
Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.
TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. 2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat. 3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.
4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit. 5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit. 6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.
7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi dan biasanya mesti berkuah. Tapi rupanya yang tak berkuah atau kering katanya lagi sedap.
Nak tahu cara masak ayam kicap tak berkuah? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Resipi beliau ini mendapat hampir 59k perkongsian di Facebook, punyalah ramai suka.
Resipi ayam masak kicap versi kering
Tak ada orang tak tahu cara nak masak ayam masak kicap, tapi setiap orang cara masaknya berlainan. Saya suka ayam masak kicap yang tak berkuah. Lagi kering lagi suka! Jadi, ini cara saya.
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara membuat
1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.
2. Ayam sebaiknya potong kecil-kecil supaya cepat masak. Nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam.
3. Bila nampak ayam kuning, tuang kicap lemak manis atas ayam. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Gunakan api besar ketika ini. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili, sos tomato masukkan.
5. Gaul sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Masak ayam ini kalau boleh sampai kering. Sos dan kicap melekat pada ayam. Kemudian letak hirisan bawang Holland.
6. Bila sudah keringdah kering, letaklah apa-apa daun bawang atau hirisan cili, baru menyelerakan. Siap! Boleh hidang.
Menu Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis.
AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
Ayam – dipotong
1 batang serai – kisar
1 hiris halia – kisar
1 ulas bawang putih – kisar
3/4 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh perencah Hilal
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
1/2 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
BAHAN C:
2 biji cili merah – kisar
1 1/2 sudip cili kisar
3/4 sudu makan gula melaka hancur
1 1/2 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa
Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
1/4 cawan air
3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili merah kisar.
5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
8. Masukkan sos cili. Kacau rata.
9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.