RASA isu februari tampil dengan pelbagai kisah menarik untuk pencinta dunia kulinari dan masakan. Kisah seorang lagi Chef tersohor yang cukup dikenali di dalam dan luar negara dalam ruangan Chef Selebriti. Namanya Chef Mohd Azizan Shukri. Sering diundang menjadi pertandingan masakan.
Dirinya juga bukan calang-calang pencapaiannya. Ni antara sebab mengapa beliau cekap dan layak jadi Pengadil Pertandingan Masakan :
1. Tegasnya kualiti sajian bukan sekadar sedap , persembahan dan penggayaan hidangan ‘food styling and presentation’ penting untuk memikat selera mata memandang.
2. Prinsip masakannya ialah kualiti makanan perlu dijaga, rupa kena cantik, pandai bermain warna, persembahan kena menarik kena ada sentuhan pada hidangan kalau nak markah lebih mantap.
3. Ramuan wajib segar, barulah capai standard kesedapan.
4. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari bekerja di hotel dan restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.
Ads
5. Pernah bertugas di The Grand Hotel Malahide, Dublin , Ireland sebagai Sous Chef di sana.
6. Pernah menyediakan sajian untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.
7. Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis
8. Pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas)
Ads
9. Pernah memenangi tempat Pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.
10. Di peringkat antarabangsa pernah menerima anugerah The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria.
Nah ,ni resipi ekslusif dari Chef Mohd Azizan untuk follower RASA. Cubalah nanti…
Ads
COD FISH WITH HONEY HOLLANDAISE
BAHAN-BAHAN :
160gm ikan kod
10gm paprika Hungary
10gm cajun
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Bahan honey sauce hollandaise :
1 biji kuning telur
1 sudu makan cuka epal
1 sudu teh madu
50gm mentega
1 biji lemon | diambil jus
CARA MEMASAKNYA : 1. Perapkan ikan kod dengan cajun, paprika, gula dan lada hitam. 2. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius. 3. Bakar ikan dalam masa 15 minit. Keluar dan ketepikan. 4. Untuk membuat sos hollandaise, mula cairkan mentega di dalam kuali yang dinyalakan api perlahan, masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau dengan ‘whisk’. 5. Kemudian masukkan cuka epal dan madu. Pastikan api sentiasa perlahan untuk mengelakkan telur berketul ,kacau sehingga pekat dan tutup api. 6. Tuangkan di atas ikan kod yang dibakar tadi.
Nak resipi lagi, dan kisah lebih lanjut mengenai Chef Mohd Azizan bolehlah dapatkan majalah RASA isu Februari ni…Dah ada kat pasaran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka makan Sup Ayam? Jom cuba resipi yang diolah sedikit dari Sup Ayam biasa tetapi dijamin lebih sedap dan memikat selera ramai terutamanya anak-anak yang kurang suka makan isi ayam. Sup Ayam Bungkus ini juga menggunakan campuran pelbagai bahan-bahan masak yang lain seperti fucuk, daun bawang dan dinikmati bersama sos. Wah…macam Yong Tau Foo pun ye juga kan? Tapi yang pasti, memang sedaplah. Saudari Khazariah Khada Ibrahim kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MASAK SUP AYAM BUNGKUS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN SUP AYAM BUNGKUS:
1 keping fucuk lembut dipotong ikut suka dan di lap kedua-dua permukaan dengan kain basah – beli online disini
Cili jeruk adalah antara hidangan sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi, nasi atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap & tahan lama, boleh cuba resipi ni. Boleh buat makan sepanjang bulan puasa ni.
CILI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
Balang kaca – basuh & lap kering-kering
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka makan
CARA MEMBUAT:
1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.
5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
INFO RASA:
Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.
Resipi nasi ayam ekspres ini amatlah mudah, balik daripada kerja lewat petang pun masih sempat buat.
Jika ada tetamu datang beraya mengejut pun tiada masalah untuk menyediakannya. Tak sampai sejam dah pun siap.
Resipi nasi ayam ekspres
Bahan untuk ayam
1/2 ekor ayam- dipotong
Bawang putih
Halia
Daun sup – dihiris
Bawang merah -dihiris
Kicap manis
Sos tiram
Bahan untuk nasi ayam
3 pot beras biasa
Rempah 3 sekawan
3 sudu mentega
Pes bawang putih dan halia
2 sudu pati oren Sunquick
Bahan untuk sos cili
7 biji cili besar
4 biji cili padi hijau
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Cara membuat ayam
Masukkan air secukupnya dalam periuk dan biar mendidih (pastikan mencukupi untuk buat sup & cili). Tumbuk atau kisar bawang putih dan hali kemudian masukkan dalam periuk.
Masukkan daun sup, bawang merah dan ayam. Masak lebih kurang 10 minit hingga ayam masak.
Kemudian keluarkan ayam dan tos. Gaulkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram. Perap seketika (kicap perapan ini jangan dibuang selepas ayam digoreng).
Panaskan minyak kemudian goreng ayam selama 2-3 minit. perlu lama kerana ayam sudahpun direbus.
Ambil kicap perapan lalu panaskan di atas kuali hingga pekat. Kemudian tuang atas ayam tadi.
Cara menyediakan nasi ayam
Beras dibasuh dan ditos. Tuangkan air secukupnya. Ketepikan seketika.
Dalam kuali panaskan mentega dan tumis pes halia dan bawang putih sampai pecah minyak.
Kemudian masuk tumisan dalam periuk nasi, gaul sebati dengan beras dan masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak (keep warm) tuang pati oren kemudian gaul sebati. Tutup nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Penyediaan sos cili
Kisar semua bahan sos cili dan masak di atas api sehingga pekat. Siap.
Hidangkan nasi ayam bersama ayam yang digoreng, sos cili, salad serta timun dan sup ayam.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!