[mo_oauth_login]

Home Berita 15 ‘Kejadian’ Roti Tak Menjadi Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mula ‘Baking’

15 ‘Kejadian’ Roti Tak Menjadi Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mula ‘Baking’

“Macam-macam jenis resipi roti yang sudah saya cuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku. Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini?”.

Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 faktor yang menyebabkan roti yang dibuat tidak ‘menjadi’. Selamat membaca!

1. DOH TAK KEMBANG: Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif. Air panas pula akan mematikan yis.

2. ROTI ‘PUCAT’: Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata.

3. ROTI MEREKAH: Suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.

4. ROTI ‘KECUT’: Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.

IKLAN

5. ROTI MENJADI BENYEK: Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.

6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH: Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.

7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK: Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.

IKLAN

8. KERAK ROTI TEBAL: Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.

9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT: Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.

10. ROTI LEMBAP & KASAR: Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.

IKLAN

11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP: Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.

12. ROTI KERING & KASAR: Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.

13. ROTI ADA ‘LUBANG’: Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.

14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS: Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.

15. ROTI MASAM: Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI