Nikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Pastinya jika disediakan sendiri di rumah lebih jimat dan menepati cita rasa keluarga.
1. BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi ] dibelah 4
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan sirap hijau
2 helai daun pandan
1 liter air
1 tin susu cair
250 ml soda
Sedikit katira ] getah anggur
Sedikit sagu
1 sudu makan cendol
1 sudu makan cincau
1 sudu makan gajus
1 sudu makan badam
1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
1 sudu makan kurma
3 biji buah kabung
1 sudu makan kismis
1 csudu teh biji selasih
Sedikit buah semangkuk
Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai pudina
500ml air
2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gm tembikai ] potong dadu
1/2 biji epal hijau ] potong dadu
1/2 biji belimbing ] potong dadu
1/2 biji oren ] dipotong dadu
2 keping nanas dalam tin
1 sudu makan biji selasih ] direndam
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
IKLAN
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
Memang nikmat jika dapat menikmati aneka koleksi minuman dan manisan yang sedap dan boleh menyejukkan badan. Sesuai dinikmati dikala cuaca panas begini. RASA kongsikan koleksi resipi minuman dan manisan sedap dan mudah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Sangat berbaloi dan pastinya digemari ramai.
1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas. 2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk. 3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat. Kacau sebati. 4. Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh) 5. Buka tin buah campuran koktel. Campurkan sekali air mix fruit ke dalam campuran. 6. Akhir sekali, bila sudah cukup manis, boleh terus simpan dalam peti sejuk atau masukkan ais untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Nora Azni
11. AIS JERUK JELI SELASIH
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi secukupnya
Gula secukupnya
1 sudu makan serbuk jelly kosong
1 sudu makan serbuk agar-agar
Biji selasih – rendam air panas
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak serbuk agar-agar dan serbuk jelly. Biar mengeras.
Perah jus limau secukupnya. Jika kurang manis, tambahkan gula secukup rasa.
Dalam bekas besar, satukan jus limau, agar-agar yang dipotong halus, selasih dan ais. Kacau sebati.
Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
Ais
CARA MEMASAK: 1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula dan air sampai mendidih. Dinginkan, biarkan mengeras kemudian parut. 2. Dalam bekas besar, campurkan semua bahan. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi perkongsian saudari Azliza Talib untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia. Halia ialah bahan semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Bolehlah cuba. Mana tahu serasi dengan anda.
PETUA MUDAH HILANGKAN SAKIT LUTUT GUNA HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang. Selamat mencuba. Moga bermanfaat buat semua.
Ada yang berazam nak turunkan berat di tahun baru ni? Selain melakukan senaman secara berkala, anda juga boleh cuba minuman ni. Menurut perkongsian saudari Nurul Moolek Cereprove, resipi ini beliau dapat dari blog penulis barat. Bila dicuba, sangat-sangat serasi dengan beliau. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan ( sekali minum).
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk Kayu Manis Ceylon
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.