Buah-buahan memang kaya dengan serat. Ia juga boleh mengawal nafsu makan tau. Apa tidaknya ia memberi rasa kenyang dan rendah kalori. Sebab itulah buah-buahan itu elok dimakan sebelum waktu makan sajian utama yang lain.
Tapi jangan pulak makan makanan lain yang boleh menaikkan gula darah pulak. Jadi tak berkesanlah makan buah-buahan ini. Bersederhana tu kan baik. Jom semak buah-buahan yang elok untuk pesakit diabetes kerana rendah indeks glikemik (GI) dan kaya khasiat.
* indeks glikemik (GI) adalah tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat menaikkan paras glukosa dalam darah.
1. EPAL
Kredit foto : foodrebiz.com
Epal mengandungi antioksidan yang membantu kurangkan tahap kolestrol. ‘Membersihkan’ sistem penghadaman dan meningkatkan sistem pertahanan atau imunisasi . Nutrisi di dalamnya boleh membantu penghadaman lemak.
2. OREN
Foto kredit : robinhill.ie
Buah yang kaya dengan vitamin C ini elok dijadikan rutin makanan harian.
3. JAMBU BATU
Ads
Kredit foto : gardeningknowhow.com
Buah jambu batu kaya dengan vitamin A dan C dan kaya dengan serat. Kadar GI juga rendah dan elok untuk penghidap diabetes yang sering mengalami masalah sembelit.
4. PIR
Kredit foto:; thespruceeats.com
Kaya dengan vitamin dan serat. Boleh dijadikan kudapan atau snek antara waktu sajian.
5. PIC / PEACH
Ads
Kredit foto : rawfactoryflavor.com
Buah ini rendah GI (index glikemik) dan elok dimakan oleh penghidap diabetes.
6. KIWI
Kredit foto : mohave.edu
Walau pun buah ini baik dimakan untuk penghidap diabetes namun ia perlu dielakkan oleh pesakit ‘diabetic nephropathy’ iatu pengidap diabetes yang telah mengalami kerosakan buah pinggang kerana kandungan potassium di dalam buah ini agak tinggi.
7. NANGKA
Ads
Kredit foto : rfsdelivers.com
Ini adalah buah yang baik untuk pesakit diabetes, ia membantu meningkatkan pertahanan insulin dalam tubuh. Ia kaya dengan vitamin C dan A.
8. BUAH-BUAH BERI
Kredit foto : health.com
Sumber yang kaya dengan anti oksidan. Buah seperti strawberi, bluberi,raspberi,cranberi memang bermanfaat utnuk pesakit diabetes.
9. BELIMBING BESI
Kredit foto : drhealthbenefits.com
Baik untuk penghidap diabetes kerana ia boleh mengurangkan kadar gula darah tetapi awas dan elakkan memakannya oleh penghidap diabeties yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang
10. NENAS
Kredit foto : thespruceeats.com
Buah ini baik untuk penderita diabetes.Nenas bermanfaat untuk tubuh kerana ia memiliki sifat anti-virus dan anti-inflamasi yang baik, pastinya sangat baik untuk penghidap diabetes.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pengguna berhak diberi peluang untuk membuat pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan bermutu. Namun, tidak dinafikan di dalam perniagaan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh penjual. Antara bentuk penyelewengan yang sering dialami oleh pengguna adalah seperti harga yang ditawarkan terlalu tinggi, kualiti barang yang rendah dan sebagainya. Menyedari hal ini, kita sebagai pengguna harus bijak dalam soal membuat pilihan. Seharusnya, kumpulkan seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang ingin dibeli untuk memudahkan anda menilai sebelum proses jual beli dilakukan.
Umpamanya ketika ingin membeli barang-barang dapur seperti ikan, sayur daging dan sebagainya. Pengguna bukan sahaja kena peka dengan harga semasa, namun perlu pakar di dalam menentukan tahap kesegaran bahan-bahan tersebut agar wang yang dibelanjakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Tip menentukan kesegaran bahan makanan Sayur dan buah
Pastikan ianya tidak layu
Warnanya kelihatan segar
Pilih sayur dan buah yang bebas dari ulat dan serangga
Sayuran yang ditanam secara hidroponik adalah lebih bersih dan selamat.
Makanan laut (ikan, udang, ketam dan sotong)
Kulit bersinar dan berwarna terang
Tidak diselaputi lendir yang tebal
Perhatikan matanya, jika segar dan menonjol bermakna ianya masih segar.
Lihat juga bahagian insang, pastikan berwarna merah cerah.
Tidak berbau busuk dan sisik ikan berkilat
Isinya kenyal
Daging
Kelihatan segar dan tidak berselaput.
Kesegaran daging juga boleh dilipat pada warna. Daging lembu warnaya merah terang dan daging kerbau pula berwarna merah tua. Manakala daging kambing mempunyai warna merah yang lebih gelap daripada daging lembu.
Tidak berbau busuk dan biasanya warna akan berubah menjadi kecoklatan jika telah tidak segar.
Tekstur daging kenyal, padat dan tidak kaku.
Ayam
Segar dan tidak berbau busuk.
Kulit ayam berwarna putih kuning kekuningan hingga kuning tua.
Perhatikan bahagian hujung tulang, jika berwarna merah muda itu menandakan ayam masih segar.
Telur
Kulit telur di dalam keadaan baik.
Tidak retak
Tidak terdapat banyak najis di bahagian kulit
Bijirin/kekacang
Tidak dicemari oleh serangga atau kulat
Sumber gambar: 123 royalty free
Ada yang shopping peralatan memasak yang baru? Boleh Klik sini .
Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat mudah didapati di negara ini. Namun dikatakan bayam ini sendiri berasal dari Amerika tropika namun sekarang ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Terdapat dua jenis bayam yang sangat popular di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Biasanya sayur ini hanya dimasak tumis air sahaja. Namun, sebenarnya banyak lagi hidangan enak yang kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini. Sebagai contoh, dijadikan inti untuk pastri, pesto untuk hidangan piza dan pasta, ditambah ke dalam proses penghasilan mi sayur dan banyak lagi. Semuanya enak!
Khas buat anda yang nak kurus, kulit cantik, lambat nyanyuk dan mata terang benderang, amalkanlah makan sayur bayam. Ini kerana bayam juga terkenal sebagai sayuran yang mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal, meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit dan banyak lagi.
Selain itu sayur ini juga mengandung perbagai kandungan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh. Bayam merupakan sumbervitamin Adan K, magnesium, asid folik, serat,protein, kalsium dan sebagainya. Bayam juga rendah kalori. Hal ini menjadikan ayam sebagai salah satu makanan yang bernutrisi lengkap. Antara manfaat bayam yang menakjubkan bagi kesihatan tubuh ialah:
1. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori.
2. Memberikan zat pada tulang dan sendi.
3. Menjaga kesihatan organ pencernaan.
4. Mengurangi risiko terserang kardiovaskular.
5. Mencegah anemia.
6. Menyihatkan kulit.
7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit.
8. Membantu melawan sel kanser.
9. Penglihatan yang lebih baik
10. Sumber anti-inflamasi
11. Jantung lebih sihat.
12. Menurunkan tekanan darah tinggi.
13. Membantu mencegah diabetes.
Nak cuba masak bayam versi selain tumis air? Jom lihat resipi-resipi yang RASA sediakan.
1. LEMPENG BAYAM
BAHAN-BAHAN:
3gm bayam hijau |dicincang halus
150gm tepung gandum serba guna
1 sudu makan gula
2 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
1 biji telur |dipukul
200ml susu segar
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam satu bekas. Ketepikan.
Di dalam bekas berasingan, satukan telur, susu dan minyak masak dan tuang ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati dan masukkan bayam yang telah dicincang. Gaul hingga adunan sebati. Ketepikan.
Panaskan kuali leper dengan api sederhana dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Tuang sedikit adunan membentuk bulat leper. Biar sehingga bahagian tepi pankek kering dan ada gelembung udara, terbalikkan pankek dan biar sehingga perang kedua-dua permukaan pankek.
Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan suam.
Info chef: Sesuai dijadikan sandwic berinti hidangan pagi. Boleh dihidangkan bersama madu dan mentega atau sosej dan sos.
2. BAYAM KACANG KUDA
BAHAN-BAHAN:
70gm bayam hijau |potong kasar
2 cawan kacang kuda
1 biji bawang besar |cincang
2 ulas bawang putih |cincang
1 sudu teh minyak zaitun
150gm sos tomato
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh jus lemon
Garam dan lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus kacang kuda bersama air di dalam periuk hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Tumiskan bawang besar dan putih dengan minyak zaitun hingga layu dan terbit wangi.
Masukkan puri tomato, oregano dan kacang kuda yang sudah dimasak tadi ke dalam bahan yang ditumis tadi dan kacau sekata sehingga sos mula memekat.
Setelah itu masukkan bayam dan kacau lebih kurang tujuh minit sehingga bayam masak.
Akhir sekali tuang jus lemon dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika inginkan kepedasan tambah sedikit serbuk cili atau emping cili.
3. TAT BAYAM DAN BAWANG
BAHAN KULIT TAT:
230gm tepung gandum
100gm mentega
30ml air
Garam secukupnya
BAHAN INTI BAYAM:
70gm bayam hijau |cincang halus
1 biji bawang |cincang halus
4 biji telur
150gm susu segar
20gm keju parmesan
1 sudu makan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan oven dengan suhu 200 ⁰ Ketepikan.
Satukan tepung, mentega dan garam. Ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seakan serbuk roti.
Masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
Bahagikan doh beberapa bahagian dengan berat lebih kurang 30 gram setiap satu dan tekan pada acuan tat mengikut saiz yang dikehendaki.
Biarkan ia di dalam peti sejuk sementara membuat inti.
Untuk membuat inti: Celurkan bayam di dalam air panas hingga layu, toskan dan cincang halus. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hingga layu dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan bayam dan gaul sekata. Alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
Dalam bekas berasingan satukan telur dan susu dan kacau sekata. Masukkan bawang dan bayam yang ditumis tadi. Kacau sekata dan seterusnya masukkan keju parmesan.
Keluarkan kulit tat daripada peti sejuk. Tuangkan ke dalam kulit tat dan bakar pada di dalam oven 35-40 minit hingga kulit tat perang dan inti masak.
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Sesuai dihidangkan suam.
Info chef: Hidangkan ketika suam untuk kesegaran rasa.
4. PARMESAN SPINACH SOUFFLE
BAHAN-BAHAN:
60gm bayam hijau |cincang halus
60gm keju parmesan
30gm mentega
1 ½ sudu teh tepung gandum
150ml susu segar
3 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
2 sudu makan serbuk roti
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega di dalam kuali menggunakan api sederhana dan masukkan tepung gandum. Biarkan sehingga berbuih dan setelah itu masukkan susu. Gaul sebati hingga pekat.
Masukkan pula bayam dan kacau hingga bayam layu dan alihkan dari api. Biarkan sejuk sedikit.
Kemudian masukkan keju parmesan dan gaul sebati. Masukkan kuning telur dan gaul hingga adunan sebati.
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan putih telur ke dalam adunan tadi dan kaup balik putih telur di dalam adunan tersebut. Ketepikan.
Sapu sedikit mentega pada bekas ramekin dan taburkan serbuk roti pada keliling bekas ramekin.
Tuang adunan ¾ penuh ke dalam bekas.
Bakar dengan suhu 200⁰C selama 25 minit hingga permukaan atasnya perang keemasan.
Sesuai dihidangkan suam.
Info chef: soufflé bayam lebih sesuai dihidang suam untuk rasa yang lebih lembut dan gebu. Taburkan sedikit keju parmesan di atas soufflé bayam semasa menghidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom RASAkongsikan cara rebus nasi impit yang cepat & jimat gas. Maklumlah, di musim perayaan begini, selain ketupat, nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk dihidang kepada tetamu di hari raya.
Biasanya untuk mendapatkan hasil nasi impityang elok dan padat, nasi impit perlu direbus lama. Jika rebus dengan api besar, memang boleh dan cepat masak. Cuma hasilnya tidak padat, tekstur sedikit kasar dan tidak pejal. Tak berapa enak dimakan.
Jadi untuk tahun ni, boleh guna petua yang dikongsi oleh saudari Yuhafiqah Mohd Yunus ini untuk jimat gas. Anda yang tiada pressure cooker pun boleh cuba cara begini.
PETUA & CARA REBUS NASI IMPIT SUPAYA CEPAT MASAK. BARULAH JIMAT GAS
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!