Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips Hilangkan Kesan Karat Pada Kuali/Periuk Belanga..Tak Susah Pun Taw..
Mesti banyak kan kuali atau periuk belanga kat rumah yang berkarat atau pun hangus? Tunggu! Jangan buang dulu. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan kesan karat atau hangus tersebut.
TOMATO
Untuk kesan yang lebih baik, cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato di dalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman, kemudian sental dan cuci bekas tersebut.
CUKA & GARAM
Campurkan cuka dan garam, sental di tempat yang berkarat. Kemudian jemur sampai ia kering. Laa simplenya kan?
SOS TOMATO
Sapukan sos tomato di tempat yang berkarat atau hangus dan biarkan ia selama 2 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Haa jangan ingat sos tomato untuk cicah dengan ayam goreng KFC je taw?
KULIT KENTANG
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk.
Kemudian, letakkan di atas api.Tunggu sehingga didih dan toskan. Hasilnya, kerak di periuk akan tanggal dengan sendirinya.
ASAM JAWA
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat. Kemudian,
gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.
PENCUCI PINGGAN
Biasanya kita cuci periuk selepas masak kan. Yang ni pula caranya sebelum masak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Sebarang jenama boleh ya. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok. Macam pelik ke? Haa cuba okay!
BAKING SODA & AIR
Campurkan baking soda dengan sedikit air dan biarkan di dalam periuk yang berkarat atau hangus selama beberapa jam. Kemudian, basuh periuk tersebut sehingga bersih.
Mudah kan? Bahan-bahan pun mudah nak cari. Lepasni jangan membazir taw buang periuk-periuk yang berkarat. Amalkan petua-petua ni, In Sha Allah berkesan. Selamat mencuba!
Kredit: Alosnida Musa
Masak Ekspres Dengan Pes Tumis Homemade, Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba & Buat Stok !
Ingin jimat masa di dapur dan tidak mahu berkincah semasa memasak? Idea buat pes untuk seminggu ini mungkin boleh membantu. Bahan sedia ada di dapur dan cara memasak pun mudah. Jadi manfaatkan hujung minggu ini untuk sediakan pes tumis yang boleh dipelbagaikan kegunaan. Boleh tumis sayur, lauk pauk, nasi goreng ataupun mi goreng. Untuk memudahkan anda, berikut resipi yang boleh dicuba.
Harap dengan adanya pes tumis segera ini dapat membantu kerja memasak anda di dapur lebih mudah dan cepat ye…
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji bawang besar | hiris
- 20 ulas bawang merah | hiris
- 20 ulas bawang putih | hiris
- 2 cawan pes cili kering.
- 1 cawan ikan bilis/udang kering | ikut cita rasa
- 1 cawan air asam jawa
- 1/2 cawan gula
- Garam secukup rasa
- 1 cawan minyak
CARA MEMASAK:
- Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis atau udang kering perlu ditumbuk atau kisar.
- Tekstur ikut kemahuan anda, paling baik tidak terlalu lumat.
- Panaskan minyak, kemudian tumis pes hingga pecah minyak, seterusnya tambah air asam, garam dan gula sebagai perasa.
- Masak hingga pes agak garing. Tutup api.
- Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara atau botol kaca. tutup rapat dan simpan pada suhu bilik.
- Untuk stok lebih lama simpan dalam peti sejuk. Dengan cara ini pes boleh tahan hingga 1-2 minggu.
- Jika anda ingin menambah hirisan bawang semasa menumis tidak menjadi masalah. Terpulang kepada cita rasa.
Jika ingin mencuba berikut disertakan resipi masakana Ketam Kari Tumis Darar yang boleh anda cuba.
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
- 4 sudu makan pes tumis
- Rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga
- 2 sudu makan air asam jawa
- 150ml susu rendah lemak
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih ketam kemudian toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan, rempah penumis dan rempah rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Masukkan pes penumis dan daun kari, kacau rata.
- Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.
Biskut Retak Seribu & Biskut Berlubang Bukan Hanya Sekadar Hiasan Tau!
Pernahkah kamu perhatikan beberapa jenis biskut yang mempunyai lubang di atasnya? Tahukah yang lubang tersebut bukan hanya tujuan hiasan sahaja? Jom baca info berguna ni.
Di laman Daily Mail, Mark Greenwell, pengurus besar di Pabrik United Biscuit di Carlislie, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa lubang di biskut memiliki fungsi sebagai saluran udara dan memperkuatkan struktur biskut.
Disaat pembuatan biskut, suhu panas membolehkan aliran jalan keluar udara dari setiap lapisan biskut. Lubang tersebut adalah salah satunya. Jika lubang tidak ada, maka lapisan biskut renyah yang berada di antara krim akan menjadi retak, hancur dan lembik.
“Jika tidak ada lubang, suhu panas kan berkumpul di dalam biskut. Biskut tersebut akan hancur dan menjejaskan kualitinya,” kata Greenwell.
Suhu tersebut perlu disalurkan dengan baik untuk mendapatkan tekstur yang bagus dan merata. Namun, untuk biskut chocco chip dan kacang misalnya, memang sengaja tidak dilubangkan untuk memberi tekstur retak.
Ternyata berguna juga ya lubang-lubang kecil di biskut itu. Ingat hanya sekadar hiasan…
Boleh la lepas ini kamu berkongsi info ini kepada kawan-kawan atau keluarga.
Sumber: beragamberita
CUBA RESIPI BISKUT INI:
http://www.rasa.my/brownies-cookies-kedut-seribu-rasa-pahit-manis-chewy-gitu/