Daging enak dinikmati dengan pelbagai cara masakan. Oleh itu, bagi anda yang belum ada idea tentang jenis masakan yang nak disajikan buat keluarga hari ini, seleksi resipi pilihan RASA kali ini pasti boleh membantu. Selamat mencuba!
1. DAGING BAKAR DENGAN AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
BAHAN PERAPAN (DIKISAR):
Ads
3 batang serai
2cm halia
2.5cm lengkuas
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN AIR ASAM:
2 ulas bawang merah |dihiris nipis
1 biji cili hijau |dihiris nipis
3 biji cili padi |dihiris nipis
1 biji tomato |dipotong dadu
250ml air asam jawa
1 sudu teh serbuk belacan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging dan potong melintang urat.
Tuang bahan perapan yang telah dikisar ke dalam bekas berisi daging dan perapkan selama 60 minit.
Kemudian panggang daging menggunakan bara arang sehingga masak. Ketepikan seketika.
Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Jika perlu, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
Hidangkan bersama daging bakar yang telah dihiris nipis.
Info chef: Serbuk cili boleh juga digantikan dengan serbuk paprika sebagai bahan perapan
2. DAGING GORENG KUNYIT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
1 sudu makan serbuk kunyit
4 ulas bawang besar |dihiris
2 ulas bawang putih |dihiris
2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
1 biji cili merah |dihiris
4 biji cili api
2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Ads
3. DAGING MALBARI
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | direbus dan dihiris nipis
10 biji cili kering | dipotong dan dibuang biji
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5cm halia
1.5cm lengkuas
2 sudu makan kicap manis
2 tangkai daun kari
125ml air asam jawa
Garam dan perasa
125ml minyak untuk menumis
250ml air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serta cili kering sehingga naik bau dan berwarna keperang-perangan dengan api yang perlahan.
Kemudian masukkan bahan tersebut ke dalam pengisar dan masukkan sedikit air. Kisar hingga halus.
Seterusnya panaskan minyak dan goreng kembali bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
Masukkan daun kari dan daging. Biarkan sebati.
Tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali, masukkan kicap manis dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING SINGGANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih |dihiris nipis
3cm lengkuas |dihiris nipis
2cm kunyit hidup |ditumbuk sehingga lumat
1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Info chef: Untuk memudahkan daging empuk, masukkan sebatang sudu atau garpu besi ke dalam periuk rebusan dan rebus sehingga daging lembut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Siapa kata masak daging ambil masak lama? Sebenarnya ada cara mudah masak daging secara ekspres. Pertama hiris daging nipis dan kecil. Kedua rebus dahulu daging kemudian hiris nipis dan ikut ira yang betul sebelum kedua-duanya sedia dimasak. Untuk memudahkan anda, Rasa bawakan tiga menu daging yang dimasak secara ekspres.Ia sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur.
DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Steak, kalau dahulu orang kita tak berapa suka makan dan agak mahal, kita semua itu bukan alasan lagi. Kita boleh buat sendiri di rumah dan lebih jimat untuk dinikmati bersama keluarga. Kalau teringin nak rasa steak daging yang sesedap macam makan di restoran tu, apa kata cuba resipi ini.
Untuk Perapan & Hidangan Daging
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang
6 Ulas bawang putih (dikisar sehingga lumat)
2 inci halia (dikisar sehingga lumat)
Lada hitam (dikisar kasar)
Sos lada hitam (jika mahu)
Sos Perasa
Beberapa sudu madu asli
½ Mentega / minyak zaitun
Mix herbs
Rosemary
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di atas kedalam satu bekas dan gaulkan pada daging sehingga rata.
Perapkan ia selama tiga jam. (sementara itu siapkan hidangan sampingannya)
Panaskan butter atau minyak zaitun di atas pemanggang lalu bakarkan daging sehingga ia menjadi lembut dan cukup masak.
KUAH
BAHAN-BAHAN
1 Biji bawang besar (dihiris)
3 Ulas bawang putih (di tumbuk atau dicincang)
1 Tin cendawan butang
Mentega untuk menumis
3 Sudu tepung jagung (telah di bancuh)
2 kuib ayam
3 ½ cawan air
Lada hitam
Lada sulah
Garam
Gula
Rosemarry
Mixed herb
CARA MEMASAK :
Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga menjadi keperangan. Masukkan air
Masukan kiub ayam, cendawan, lada hitam dan lada sulah.
Kacau sehingga mendidih.
Campurkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
Masukkan sedikit sos lada hitam dan gaul sehingga ia menjadi rata.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
Akhir sekali masukan rosemarry dan mixed herb kedalam kuah dan gaul ia sehingga sebati.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan hidangan yang lebih menarik, anda boleh tambahkan lagi hidangan sampingan seperti kentang putar, kentang rebus atau sayur-sayuran.
Mungkin masih berbaki daging korban di peti sejuk. Apa kata buat pekasam daging ni. Menu simple macam ni memang boleh berulang kali menambah. Kalau beli pun boleh tahan harganya. Jadi buatlah sendiri, puas hati menikmatinya.
Pekasam Daging
Bahan-bahan: Daging 800gm hiris nipis (jangan nipis sangat tau agak ye) Asam keping segenggam(basuh dulu) Garam 4 sudu makan (saya guna garam bukit tak masin sangat) 1 ½ cawan beras
Cara membuat:
1.Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan.(basuh beras dulu,toskan air kemudian terus sangai)
2.Gaulkan garam dan asam keping.Ketepikan dulu.
3.Blend beras yang sangai tadi. Saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada masing-masing, nak blend hancur terus pun boleh.
4.Tuang beras blend tadi dan gaulkan rata.
5.Gaul sampai daging bersalut dengan beras. Dah siap gaul,masuk dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk (bahagian bawah) 3/4 hari. Siap untuk dinikmati.