
Kentang putar untuk anak-anak yang susah dan tidak ada selera untuk makan. Sesuai untuk makan dengan ayam atau daging panggang. Resipi yang sangat mudah untuk dibuat dengan mengunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
MASHED POTATO
BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
- 5 biji kentang
- 1 cawan susu penuh krim
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh garam
- Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Rebuskan kentang sehingga empuk. Toskan kentang.
- Selepas itu lenyekkan kentang sehingga hancur.
- Panaskan susu penuh krim dan mentega. Apabila sudah panas, masukkan ke dalam kentang. Kacau rata.
- Ikut tekstur kentang yang kita nak, kalau nak lembut lagi. Tambah lagi susu dan mentega.
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk lada hitam.
BAHAN-BAHAN GRAVY:
- 6 sudu makan mentega
- 1 bawang holland (potong dadu)
- 4 sudu makan tepung gandum
- 2 kiub pati ayam
- 4 cawan air
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit bancuhan tepung jagung
- Sedikit kicap pekat (pilihan letak sebab nak bagi warna pada kuah)
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan masukkan bawang holland.
- Apabila bawang keperangan, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Masukkan kiub pati ayam, air, dan lada hitam.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sedikit kuah.
- Masukkan kicap untuk bagi warna kuah lebih pekat. Biarkan kuah mendidih. Tutup api dan sejukkan kuah.
- Apabila kuah dah sejuk, kisar sehingga halus. Panaskan semula kuah dan boleh hidangkan.
Kredit: Afrina Zulqarnaen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maruku Kacang Peas Sukat Cawan. Ralitnya Ngunyah Di Cuti Deepavali Nanti

Sabtu ni dah deepavali, jangan bersedih tak dapat mengunjungi rakan India anda. Pastinya maruku menjadi menu wajib di hari perayaan ini.
Tapi ni maruku hijaulah pulak dari kacang peas. Menurut Fatin Damia yang berkongsi resipi ini kesedapannya dan lain level. Katanya, maruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
Jom cuba buat, resipi dari Fatin ini .
MARUKU KACANG PEAS
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung beras – beli online DI SINI
- 2 cawan tepung kacang peas – beli online DI SINI
- 1 cawan santan – beli online DI SINI
- 1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
- 2 sudu besar gula – beli online DI SINI
- 2 sudu besar marjerin – dicairkan
- 1 cawan air suam
CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan.
2. Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan.
3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.
** Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh.
4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka.
5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar.
6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
.
Selamat Mencuba
Kredit Foto & Resipi : FB Fatin Damia
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER YANG BARU, JOM BELI DI SINI
VIDEO MASAKAN INI JUGA SANGAT MENARIK :
DAN JUGA RESIPI MENARIK INI :
Resipi Maruku Paling Cepat Nak Buat! 30 Minit Dah Boleh Setel.
5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

Snek barat memang sungguh mengenyangkan. Boleh pulak dibuat makan tengahari dan juga malam. Makanan segera ni sebenarnya tidaklah sukar sangat dibuat.Jika diperhati kepingan burger dan sosej buatan sendiri lebih berkhasiat dan sedap berbanding jika dibeli yang sudah disejukbeku dan diproses. Gerenti bersih tanpa pengawet.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar di SG Academy, Kuala Lumpur, hasil idea Chef Muhammad Aizat Sha’rani, Chef Nadzirah Abdul Razak dan Chef Faibus Anak Kandau.
1. HOTDOG U.S VERSION
BAHAN-BAHAN:
Bahan sosej :
- 1 kg isi ayam
- 1 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 3 tangkai cili kering
- 1 cawan stok ayam
*Menghasilkan 4 biji sosej yang besar
- 4 biji roti sosej
- 30 gm daun salad
- 1biji tomato
- 2 biji jeruk timun
- 1 biji bawang Holland
- Kepingan keju
- Sos cili secukupnya
- Mayonnaise secukupnya
- Sos mustard secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak sosej :
- Mula-mula satukan bahan-bahan membuat sosej. Kisarkan dalam mesin pengisar hingga halus dan sebati.
- Kemudian masukkan bahan kisar tadi dalam piping beg dan gunting di hujung atas bekas yang sesuai.
- Sediakan pembalut plastik (cling film) untuk kita picitkan bahan kisar tadi ke atasnya.
- Seterunya gulung kemas , simpulkan hujung pembalut plastik tadi hingga ketat dan padat. Ikat kuat kiri dan kanannya.
- Didihkan air dan rebus sosej berbalut tadi dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebentar .
- Biarkan seketika.
Cara penyediaan hot dog:
- Panggang sosej tadi hingga masak
- Hiris tomato, jeruk timun
- Hiris bawang holland
- Letakkan dan lapiskan salad, hirisan tomato dan jeruk timun ikut citarasa
- Akhir sekali letakkan sos cili, mayonnaise dan sos mustard dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Street food Amerika Syarikat
Keistimewaan:Mudah disediakan dan sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Info chef : Sosej yang dibuat sendiri lebih berkhasiat dan terpelihara dari bahan pengawet dan perisa
2. ITALIAN PIZZA MAGHERITA
BAHAN -BAHAN:
Bahan doh pizza :
- ½ cawan air suam
- 1sudu makan yis
- 1 sudu teh gula
- 2 cawan tepung gandum | diayak
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu kecil pelembut roti
- 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Bahan sos pizza :
- 1 sudu makan mentega | untuk menumis
- 50 gm bawang holland | dicincang halus
- 100 ml puri tomato
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh oregano kering
- 1 sudu teh thyme kering
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula pasir
- 1/8 sudu teh serbuk lada sulah
- 100 g keju mozzarella | diparut halusBahan topping :
- 50 gram daun basil
- Sedikit paperoni | ikut suka
- Keju mozarella secukupnya
- 1/2 sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
- Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih(lebih kurang 15 minit)
- Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti
- Masukkan minyak dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian)
- Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik kali ganda.
- Bahagikandoh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
- Siapkan dulang pembakar pizza, tabur dengan sedikit tepung gandum.. Nipiskan adunan dan rehatkan kembali 15 minit.
- Sapu permukaan dengan sos pizza hingga rata.
- Letakkan bahan topping, taburkan peperoni , keju mozarella dan daun basil. Renjiskann dengan minyak zaitun.
- Bakar di dalam oven panas bersuhu 200 darjah Celcius selama 25 -30 minit.
- Keluarkan dan pizza sedia dihidang.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit hingga 1jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Pizza Itali
Keistimewaan: Roti pizza yang lembut dan kerak pizza yang rangup
Info chef : Anda boleh meletakkan topping kesukaan anda, seperti buah zaitun, ayam, nenas, lada benggala, hirisan tomato dan sebagainya.
3.TACOS
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- 2 keping dada ayam (isi ayam) | dipotong dadu
- 3 sudu makan taco seasoning
- 1 biji bawang Holland | dicincang
- 1 lada benggala atau jalapeno (jika ada) | dicincang
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 2 sudu teh minyak zaitun @ mentega
- 1 biji buah avokado | dicincang
Bahan taco seasoning :
- 1 sudu besar serbuk cili
- ¼ sudu teh serbuk bawang putih
- ¼ sudu teh serbuk bawang merah
- ¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper
- ¼ sudu teh dried oregano
- ½ sudu teh paprika
- 1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- *Digaulkan sekali
Bahan roti tortilla :
- 2 cawan tepung gandum.
- 3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
- ½ sudu teh garam.
- 2/3 cawan air suam
CARA MEMASAK :
Cara memasak inti :
1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut.
2.Masukkan lada benggala atau jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
3.Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering).Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimasukkan ke dalam kepingan tortilla.. Anda juga boleh beli tortillasiapdi pasaraya
4. STEAK BURGERS
BAHAN-BAHAN:
Bahan buat daging burger :
- 500 gm daging lembu | sudah dikisar
- 1/2 biji bawang besar | didadu kecil
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 sudu teh mixed herb
- 30 gm serbuk roti
- 2 sudu makan susu
- 4 biji roti burger
- Jeruk timun secukupnya
- Salad secukupnya
- Hirisan tomato secukupnya
- Hirisan bawang holland
- Beberapa kepingan keju
- Sos mustad | ikut suka
- Sos cili dan tomato | ikut suka
- Mayonnaise secukupnya
CARA MEMASAK :
- Tumiskan bawang yang didadu dengan sedikit minyakl sehingga kekuningan. Ketepikan.
- Campurkan susu ke dalam serbuk roti. Gaulkan..
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar. Gaul sebati
- Bahagikan kepada 4 bahagian.
- Ambil satu bahagian dan bulat-bulatkan. Balik-balikan kepingan burget atas tapak tangan untuk keluarkan angin.
- Panaskan 2 sudu makan minyak masak di atas kuali. Letakkan kepingan burger.
- Goreng hinggabahagian bawah daging masak.Balikkan daging, masukkan sedikit air di dalam kuali dan tutup kuali.
- Masak sehingga semua air sudah diserap dan cucuk daging dengan lidi. Bilajus yang keluar daripada daging jernih maksudnya daging burger sudah
- Letakkan tomato,salad, jeruk timun , bawang holland ke dalam roti burger dan letak daging burger dan lapiskan keju. Tuangkan sos tomato/cili dan mayonaise akhir sekali letak sos lada hitam.
- Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 45minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Snek makanan segera, Amerika Syarikat
Keistimewaan:daging burger yang enak dan berjus
5.PRETZELS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
- Suamkan susu dalam ketuhar mikroatau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
- Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
- Masukkan mentega dan gula.
- Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
- Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
- Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
- Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celcius
- Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
- Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
- Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment
- Renjis dengan garam kasar.
- Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
- Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan: Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Resipi Lasagna Roti Yang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Sedapnya Lasagna Roti ni. Biasanya roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek roti – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar – potong dadu
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm
- Sayur campur secukupnya
- Sedikit serbuk lada hitam & serbuk lada putih
- Sedikit tepung gandum
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit tepung jagung
- Air secukupnya
- 2 keping Keju cheddar
- Keju mozarella untuk topping
CARA MEMASAK KUAH LASAGNA (MERAH):
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak dan berubah warna.
3. Masukkan sos spageti. Tambah air dalam botol sos spageti tadi sebanyak 1 botol dan tuang sekali.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano @ mix herbs.
5. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan sikit kuah tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK KUAH PUTIH:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan sedikit tepung gandum. Kacau sampai warna sedikit perang.
3. Masukkan air secukupnya ( anggaran 1 cawan atau lebih. Boleh gantuikan dengan susu.) Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
4. Tambahkan 2 keping keju cheddar. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( GUNA LOYANG SAIZ 8×8):
1. Sudukan sedikit kuah lasagna di dasar loyang. Kemudian sedikit sos putih.
2. Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
3. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang tadi.
4. Ulang lagi langkah hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis. Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
5. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
7. Setelah lasagna masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz