Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Ads
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasanya hampir setiap masakan kita pasti akan menggunakan bawang merah. Rupanya ada pelbagai cara potongan bawang merah yang anda tak tahu dan ia juga sebenarnya mempengaruhi rasa masakan anda.
Bukan itu sahaja, sesetengah potongan juga mungkin tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Nak tahu lebih lanjut, ayuh kita baca perkongsian Mohammad Faeez Harith di laman Twitter miliknya.
1. Potong Potong bermaksud bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2. Gegelung Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasanya sesuai untuk masak kicap dan masak merah.
3. Mayang Hirisan halus tetapi melintang. Kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4. Belah Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5. Baji Juga disebut sebagai ‘wedges’ dalam Bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini digunakan untuk hiasan seperti di dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga digunakan untuk kebab.
6. Hiris Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk menumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.
7. Dadu Biasanya untuk buat cekodok dan jemput-jemput bilis atau bawang.
8. Dadu Kecil atau Cincang Kasar untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9. Cincang Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ini semua? Ia penting untuk sesetengah resipi kerana lain cara potongan boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi, perlu teliti resipi terlebih dahulu sebelum mula memotong.
Bagi penggemar sajian ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung, pasti dah faham mengenai proses penyediaan hidangannya yang agak memakan masa. Maklumlah, dagingnya sedikit liat. Walaupun begitu, isi ayam ni masih boleh dilembutkan dan memang sedap jika dimasak rendang, masak lemak cili api dan sebagainya.
Cara nak melembutkan isi, salah satunya ialah dengan cara merebus dengan beberapa bahan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses ini. Antara yang boleh dicuba ialah:
PETUA 1 Tumbuk 1/2 sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air. Rebus hingga lembut.
PETUA 2 Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
PETUA 3 Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Ia akan membantu isi ayam cepat lembut.
PETUA 4 Bungkus satu sudu makan biji selasih menggunakan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Hasilnya ayam akan cepat empuk.
PETUA 5 Ketika merebus ayam tua, masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk.
PETUA 6 Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. Ayam bukan sahaja cepat empuk malah lebih sedap.
PETUA 7 Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
PETUA 8 Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
PETUA 9
Masukkan daun nangka ke dalam masakan ayam. Masak bersama ayam sehingga ayam empuk .
PETUA 10
Masukkan beberapa batang sudu logam ke dalam masakan ayam. Ayam akan empuk lebih cepat. Malah cara ini juga sesuai digunakan untuk mengempukkan daging.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Serai bahan ramuan penting melazatkan masakan. Kalau beli di kedai runcit seikat tu jual cuma 4-5 batang aje. Padahal nak guna kerap juga, masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya.
Sebenarnya tanaman ni cukup mudah ditanam dan tak perlu ruang tanah yang luas pun. Boleh tanam dalam pasu aje. Tapi ‘frust’ juga lah kan bila tanam tumbuhnya kurus dan tak berapa nak subur.
Haah, kalau ikut petua orang tua-tua, kalau nak tanam serai jangan tanam banyak-banyak dalam satu pasu. Cukup satu atau dua batang sahaja kerana ia membiak dengan cepat.
Ni min kongsikan teknik tanam pasu biar tumbuh gemuk dan subur.
Langkah 1: Dapatkan anak benih
Cara mudah, gunakan batang serai yang dijual dipasar mahupun pasaraya untuk dijadikan sebagai anak benih. Selain itu, anda juga boleh menggunakan batang serai matang yang diambil dari rumpun serai yang ditanam.
Langkah 2: Rendam anak benih ke dalam bekas
Langkah ini penting bagi anda yang menggunakan anak benih yang dibeli di kedai kerana kebiasaannya anak benih ini tidak mempunyai akar. Jadi, korang ambil batang serai tu dan rendamkan ia ke dalam bekas yang mengandungi air. Langkah ini adalah untuk merangsang pertumbuhan akar. Dalam masa 3 hingga 4 hari, akar akan mula bertunas.
Langkah 3: Penyediaan medium tanah
Tanah yang anda boleh gunakan dan sesuai untuk pertumbuhan pokok ini ialah campuran tanah bakar dengan top soil. Tanah jenis ini boleh didapati dengan mudah di nurseri berhampiran rumah anda.
Langkah 4: Kaedah Menanam
Anda perlu menanam tanaman ini secara menyerong. Pastikan, hanya sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam medium tanah bersama dengan akar. Jika anda menanam keseluruhan perut serai, berkemungkinan besar serai anda akan mati.
Langkah 5: Menyiram
Di peringkat awal penanaman, anda perlu menyiram sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hal ini kerana untuk menggalakkan tahap kematangan dan kestabilan serai kepada medium dan persekitarannya. Selepas 7 hari, anda boleh mengurangkan kadar siraman sekurang-kurang sehari sekali apabila ia mula kelihatan stabil.
Langkah 6: Pembajaan
Untuk mendapatkan serai yang sihat dan gemuk, berikan baja organik seperti air belacan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bawal Sweet Sour rangup dengan kuah masam manis pekat dan berkilat. Ikuti resipi lengkap serta rahsia kuah paling padu untuk hidangan pembuka selera yang menggoda!