Salah satu menu wajib ada mengisi meja pengantin makanan beradab adalah ayam golek. Ha..Memang geram melihat hidangan ni. Jika anda bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan, resipi-resipi ini anda boleh cuba. Mudah dan dijamin sedap!
1. AYAM GOLEK SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut dan garing di luar apabila digoreng.
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
IKLAN
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Pes percik boleh disediakan awal dan disimpan dalam peti sejuk. Panaskan semula sebelum digunakan. Ia membantu kerja anda menyiapkan hidangan pengantin.
3. AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
IKLAN
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal, keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
INFO CHEF:Jika tidak mahu menggunakan cili kering boleh tukar dengan cili merah. Atau ingin lebih pedas boleh campur cili padi.
4. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
5. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF:Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ni resipi ekspres Masak Ayam 3 Budak Gemok ,dan senang sangat membuatnya. Ringkas dan bahan ramuannya pun ringkas sahaja. Memang padulah rasanya dan enak sungguh untuk dijadikan hidangan berbuka.
Jika anda sibuk bekerja dari rumah, inilah resipi ekspres yang boleh dibuat untuk berbuka.
AYAM ALA 3 BUDAK GEMOK
BAHAN-BAHAN :
Ayam kuantiti seperti dalam gambar| dipotong kecil dan perap dengan garam dan kunyit
Bahan ditumbuk kasar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
Setangkai daun kari
1 ruas halia | diracik halus
3 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng ayam, toskan dan ketepikan. 2. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari, boleh masukkan sekali.
3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan menggunakan minyak goreng ayam.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sekata
5. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau sekata. Gaul sebati.
6. Sajian siap dihidang
*Usah letak garam sebab sos tiram dah masin. Tak perlu masuk air.
Resipi mudah untuk disediakan ketika makan malam atau sarapan pagi. Cuti hujung minggu boleh la sedaikan untuk anak tersayang tentu berebut ni. Nampak menarik resipi kak Ros kongsikan ini.. Jom cuba tak susah mana pun kan…
RESIPI CONEY DOG
Bahan untuk kuah:
Sedikit Buttercup
Dagin & Ayam cincang
Bwg putih d dadu
Bwg Holland d dadu
Sos cili
Sos Black paper
Sos Honey Bbq
Maggie Cukup Rasa
Gula
Cara-cara:
Cairkn buttercup tumis bwg putih n bwg holland separuh masak,masukkn daging & ayam cincang tadi,kacau bg sebati n biarkn sehingga air daging & ayam tu kering
Kacau bg sebati,masukkn sos cili,sos black paper,sos honey bbq n kacau rata
Masukkn maggie cukup rasa & gula
Kacau sebati n tutup api
Rasakn mengikut citarasa sendiri dn pastikn ada rasa pedas,masin n manis
Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.
1. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
2cm lengkuas | dikisar
1cm halia | dikisar
12 biji bawang merah | dikisar
2 sudu makan asam jawa
Sedikit gula melaka
4 sudu makan madu
1 sudu makan garam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.
2. AYAM PERCIK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong empat
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2cm halia
BAHAN KUAH PERCIK:
3 cawan santan pekat
1 batang serai
2cm halia
5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama lebih kurang satu jam setengah. Lagi lama diperap, lagi terasa keenakan perapannya.
Untuk menghasilkan kuah percik, kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah hingga halus.
Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Panggang ayam di dalam pemanggang hingga hampir masak. Kemudian celup ayam di dalam kuah percik dan panggang lagisehingga garing dan masak sepenuhnya.
Setelah ayam masak, celupkan sekali lagi ke dalam kuah percik dan sedia untuk dihidangkan.
3. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN UTAMA:
4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula melaka
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
10cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam
1cm kunyit hidup
3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
1 ulas bawang merah | dihiris halus
1 ulas bawang putih | dihiris halus
1cm halia | dipotong julliene
1 biji cili merah | dipotong serong
2 sudu makan madu
125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.
4. SIAKAP BAKAR PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
5. KETUKA BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan ketuka
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5cm kunyit
25 biji cili kering
4cm halia
2 helai daun kunyit | diracik halus
Sedikit udang kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sebati dan padamkan api. Bahagikan sos kepada dua bahagian.
Untuk menyediakannya, alas aluminium foil dengan daun pisang dan letakkan sebahagian sambal diikuti ikan ketuka diatasnya.
Kemudian letakkan lebihan sambal. Ratakan.
Kemaskan aluminium foil dan bakar dalam pemanggang dengan api perlahan sehingga masak.
Info chef: Jika guna ikan pari, potong isi ikan dengan nipis agar mudah masak. Untuk rasa lebih enak, perah jus limau kasturi sebelum dinikmati.
6. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung jagung
170gm gula pasir
200ml santan pekat
25gm tepung kastard
350ml air
2 sudu makan mentega
4 biji telur
1 tin jagung manis
Sedikit bijan
Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
Sedia untuk dinikmati.
Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
7. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
720ml santan cair
720ml air
5 biji telur
350gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang besar | dimayang
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
8. PAIS DAGING
BAHAN-BAHAN A:
30gm daging | cincang kasar
3 sudu air asam jawa
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit |dihiris
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
5 tangkai cili kering |kisar kering
1cm halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
Bungkus di dalam daun pisang.
Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
9. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
100gm cendawan tiram |carik kasar
100gm lada benggala |potong
40gm bawang besar |belah enam
5 ulas bawang putih |belah dua
2 inci halia |hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi |hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
10. PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti mangkuk.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecah dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dialas dengan aluminium foil, tuang sedikit air dan kukus kira-kira 5 minit atau hingga air kering.
Kemudian teruskan membakar (tanpa air dalam pemanggang) sekitar 5 minit lagi.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia masin.
11. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos soya pekat
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
8 biji bawang merah | kisar
5 biji bawang putih | kisar
2 biji buah keras | kisar
1 batang serai | kisar
2cm halia | kisar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
12. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
½ biji kelapa parut | ambil putihnya
4 biji cili merah | tumbuk
6 biji bawang merah | tumbuk
4 biji bawang putih | tumbuk
1 batang serai | mayang halus
1 sudu teh air asam jawa
Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.
13. DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
Garam dan lada sulah secukupnya
Bahan-bahan B (air asam):
300ml air asam
6 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm belacan bakar
1 biji tomato | cincang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam atau lebih.
Bakar daging di dalam pemanggang hingga masak dan hiris nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.
Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, kerisik, air asam, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.
14. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 –2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung
½ biji kelapa parut – sangai
Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
250ml air asam jawa
1 biji tomato | cincang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1 biji cili merah | mayang halus
3 biji cili padi | hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan kemaskan balutan. Bakar di atas pemanggang ajaib hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.
Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.
15. IKAN LIKING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung | belah belakang
8 biji bawang merah | mayang halus
4 biji bawang putih | mayang halus
2 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam mangkuk. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).
Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian belakang.
Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar. Ia akan menjadi lebih sedap.
16. KAMBING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping kambing (bahagian rusuk/bahu)
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh madu
Daun rosemary segar | cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur kambing dengan semua bahan dan perap selama sejam atau semalaman.
Panaskan pemanggang dan bakar kambing hingga masak.
Hidangkan bersama sos pilihan
Info chef: Boleh juga dihidangkan dengan perahan lemon.
17. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
6-8 ekor sotong saiz besar
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
18. TAUHU BAKAR BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu | potong dua
2 biji cili merah | tumbuk lumat
3 biji bawang putih | tumbuk lumat
3cm halia muda | tumbuk lumat
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos tomato
Daun bawang secukupnya – dicincang
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauhu dilumur sedikit garam dan bakar di dalam pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Tuang sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Didihkan.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tuang campuran sos ke atas tauhu bakar dan tabur cincangan daun bawang.
Sedia dihidangkan.
19. TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH
BAHAN-BAHAN A:
3 biji terung panjang | belah dua
6 biji kacang bendi
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan air asam jawa
5 biji bawang putih | cincang halus
1biji bawang besar | dadu kecil
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam. Didihkan hingga pekat.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan hidangkan.
20. UDANG PERISA TOMYAM BAKAR
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz sederhana | bersih dan buang kulit
2 helai daun limau purut | mayang halus
2 batang serai | hiris halus
1 biji bawang besar | mayang halus
2 biji cili merah | cincang halus
3 biji bawang putih | cincang halus
2 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang/aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan pes tomyam, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, garam dan gula secukupnya di dalam mangkuk. Gaul sebati.
Masukkan udang dan gaul rata.
Senduk campuran udang ke dalam daun pisang/aluminium foil dan balut kemas.
Bakar dalam pemanggang hingga udang masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jangan bakar sehingga udang terlalu lembik.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...