Selebriti yang seorang ni memang tak asing lagi. Bagi yang mengikuti perkembangan beliau, pasti tahu yang Zulin Aziz ni memang suka memasak dan handal di dapur.
Kredit foto: Zulin Aziz
Malah, beliau telah mewujudkan satu akaun Instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi aneka resipi dan video masak bersama para ‘followers’. Ha…Bagi puan-puan yang ada ig tu, bolehlah ‘follow’. Ada macam-macam resipi yang boleh dicuba. Mana tau boleh dapat idea nak masak apa setiap hari kan. Jom lihat resipi-resipi yang Zulin share. Selamat mencuba!
Phad Thai atau kueyteow goreng versi Thailand ni sememangnya lain dari yang lain. Sedikit berbeza dengan kueyteow yang biasa kita makan di Malaysia. Nak tahu apa bezanya? Meh cuba resipi ni.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PELENGKAP:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Mi Thai boleh digantikan dengan spageti atau kueyteow halus.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesekali sarapan dengan dengan menu sedikit berat tapi sihat. Menu ini memang sedap dan senang je cara membuatnya. Kalau korang dan keluarga menyukainya, bolehlah cuba, dah tentu ia lebih jimat dan boleh makan puas seisi keluarga kerana kalau makan kat kedai semangkuk Mi Wantan Sup pu boleh tahan.
MI WANTAN SUP BAHAN-BAHAN:
BAHAN SUP:
BAHAN WANTAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebut sahaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Tak kiralah sama ada laksa utaqa mahupun laksa johor keduanya mempunyai keenakan dan keistimewaan yang tersendiri. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya bila dihidang dengan laksa ini. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.
Laksa Utaqa Ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang) Rebus
20 ekor ikan kembung
2-3 keping asam keping Kisar
10-15 tangkai cili kering (rendam dulu)
3 biji bawang besar
Belacan (besar ibu jari)
Kuah
1 batang bunga kantan
Daun kesum
Garam& gula, ajino moto secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam.
2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi(Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja)
3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja
4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati.
6. Siap untuk dihidang bersama laksa
Resipi: Mohd Zahir
Laksa Johor Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi Cara memasak:
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.