Berita baik buat penggemar makanan yang berasaskan tumbuhan, terutamanya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat!
Yumeat™, jenama baharu alternatif makanan berasaskan tumbuhan, memperkenalkan dua pilihan yang bukan sahaja lestari, berkhasiat dan lazat, iaitu daging lunceon yumeat™ dan daging cincang yumeat™ berasaskan tumbuhan.
Lagi menarik, Yumeat™ ialah produk makanan berasaskan tumbuhan pertama dihasilkan di Malaysia dan Asia yang tahan lama, dan diformulasi secara khusus untuk memenuhi citarasa tempatan.
Menurut Pengurus Pemasaran, A. Clouet Co. KL Sdn Bhd, Teoh Wei Ling, rakyat Malaysia kini boleh makan lebih sihat seiring dengan peningkatan kesedaran serta minat terhadap makanan berasaskan tumbuhan, dengan lebih ramai pengguna menerapkan pilihan vegan ke dalam diet atau menjadi flexitarian.
“Jadi, yumeat™ berazam untuk membantu pengguna beralih kepada diet yang lebih lestari, dengan menawarkan lebih banyak pilihan berasaskan tumbuhan untuk rakyat Malaysia, yang lebih selamat, sihat dan baik untuk bumi,” katanya.
Ads
Daging yumeat™ turut disahkan halal dan bebas daripada kolesterol, MSG, GMO, antibiotik, natrium nitrit dan bahan pengawet lain.
Ads
Chef Anis Nabilah menyediakan Spaghetti Alfredo Vegan & Daging Lunceon yumeat™
Dengan kelazatan seakan daging sebenar, yumeat™ boleh ditumis, dibakar, digoreng, dikukus atau direbus.
Diperbuat daripada soya dan gandum untuk kepuasan tanpa rasa bersalah, daging lunceon yumeat™ mengandungi tujuh kali lebih serat, 23 peratus kurang natrium, dan 53 peratus kurang lemak berbanding alternatif daging biasa.
Didatangkan dalam dua kategori iaitu daging lunceon berasaskan tumbuhan (360g) berharga RM11.90.
Ads
Spaghetti Alfredo Vegan & Daging Lunceon yumeat™
Didatangkan dalam Perisa Klasik dan Cili, daging lunceon yumeat™ membawakan anda masakan yang mudah namun lazat buat anda dan keluarga anda.
Manakala daging cincang berasaskan tumbuhan dengan pes kacang (195g) berharga RM5.80.
Produk yumeat™ kini boleh didapati di Aeon Big, Ben’s, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Giant, Hero, Mydin dan Lotus.
Untuk maklumat lanjut tentang yumeat™, sila layari www.yumeat.com.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012, Majalah Hijabista terbukti berjaya memberi impak sekaligus mewarnai industri penerbitan dan digital tanah air. Sehingga kini, jenama Hijabista juga sering menjadi rujukan golongan wanita berhijab khusus dalam memberi inspirasi, tip kecantikan, fesyen dan juga kerohanian.
Justeru, buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.
Diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim, rancangan ini bakal menyaksikan kemunculan personaliti pengacaraan terkenal, Puan Sri Normala Samsudin yang diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap untuk musim pertama ini.
Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih berdasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmiwww.hijabista.com.my
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusiaan Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Setiap kali tibanya Ramadan, hidangan berasaskan bufet Ramadan sering menjadi pilihan ramai. BIFE Charcoal Steakhouse tidak terkecuali meraikan bulan yang istimewa ini dengan menawarkan bufet Ramadan yang menggabungkan masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat.
BIFE Charcoal Steakhouse merupakan restoran Brazilian Steak terkenal satu-satunya milik penuh Bumiputera yang telah beroperasi sejak November 2019. Tahun ini merupakan tahun kelima restoran yang terletak di The LINC Kuala Lumpur ini mengadakan bufet Ramadan dengan konsep ‘fusion menu’.
Menariknya pada tahun ini, ia menampilkan gabungan unik masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat yang menjadi kepakaran restoran ini. Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah, Sup Sayuran, Mi Goreng Mamak, Nasi Hujan Panas, Rendang, Soto dan banyak lagi.
Tidak hanya menyajikan daging panggang berkualiti tinggi, restoran ini turut menampilkan hidangan tradisi yang dekat di hati masyarakat Malaysia termasuklah aneka kuih tradisi, Cucur Udang serta juadah pencuci mulut seperti Kek, Aiskrim, Cendol, Air Batu Campur, Buah-buahan, Rojak Buah dan pilihan salad segar.
Bufet Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse boleh dinikmati pada harga yang berpatutan iaitu RM128.00nett bagi dewasa dan RM64.00 bagi kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah dan boleh dinikmati bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.
Restoran ini mempunyai kapasiti keseluruhan seramai 160 orang dengan ruang dalaman yang boleh memuatkan seramai 90 orang. Susunan meja di ruang dalaman boleh disesuaikan mengikut permintaan pelanggan bagi kumpulan besar dan mampu menampung sehingga 100 orang pada satu-satu masa.
BIFE menjanjikan suasana tenang dan ruang makan yang selesa buat seisi keluarga. Pelanggan Muslim yang ingin mendirikan solat boleh menggunakan kemudahan Surau yang disediakan oleh pihak The LINC KL.
Sekadar informasi, BIFE Charcoal Steakhouse mengetengahkan kaedah rotisserie berkonsepkan Brazilian churasco style grilled meat yang dipanggang dengan arang kayu bakau menjadikan pelanggan yg hadir ke BIFE boleh menikmati kelazatan daging panggang yang beraroma dan sangat enak, dihantar terus ke meja makan dari dapur panas dan dihidangkan berulang kali mengikut permintaan pelanggan.
Pelbagai jenis menu yang disediakan semestinya memenuhi kepuasan penggemar daging termasuklah Australian grain-beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau dan Pineapple Glaze.
Untuk maklumat lanjut tentang bufet Ramadan ini, anda boleh layari ke media sosial BIFE Charcoal Steakhouse.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!