Pertandingan World Chef Championship (WCC) bakal mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai acara yang menampilkan kategori pertandingan jenis masakan paling banyak iaitu 81 jenis masakan dan juri pertandingan paling ramai terdiri daripada 69 juri profesional dari dalam dan luar negara. Penjurian diketuai oleh Master Chief Judge, Francis KC Tan.
Master Chief Judge, Francis KC Tan. (kiri sekali)
Pertandingan ini bakal berlangsung pada 13hb hingga 15hb Disember di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Majlis pelancaran awal dan sidang medianya berlangsung semalam di Wisma Tani, di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya disempurnakan oleh Menterinya YB Datuk Salahuddin Ayub.
Majlis turut dihadiri barisan Chef ternama dari industi hotel, universiti dan persatuan Chef serta Chef Selebriti dan bebas. Pertandingan World Chefs Association ini adalah anjuran Persatuan Masters Kulinari Malaysia tajaan VESTA yang diwakili oleh CEO Vesta International Culinary Group, Yap Bok Tuck dan Konsultan Vesta, Saifullah Ahmad.
Ads
Terdapat 14 kategori utama yang dipertandingkan iaitu patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun, artistic, persembahan dan food styling yang memaparkan kemewahan makanan (gold opulence service), kemahiran memotong daging, barista, warga emas dan vegetarian.
Menurut Saifullah Ahmad satu syarat pertandingan yang wajib dipatuhi oleh setiap peserta adalah mereka tidak menyediakan masakan atau hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alcohol sebagai bahan masakan kerana pertandingan ini adalah pertandingan berkonsepkan mesra kepada semua kaum di Malaysia.
Para peserta juga disyaratkan menggunakan hasil pertanian agro sebagai bahan dalam masakan masing-masing.
“ World Chefs Championship terbuka kepada semua peserta yang mempunyai minat dalam bidang masakan, pastri serta penyediaan F & B (makanan dan minuman). Ini termasuklah pengusaha dan penjaja makanan dan minuman, suri rumah, pelajar dan golongan tentera yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang ini.
Pertandingan ini tidak beorientasikan keuntungan dan bagi setiap penyertaan bayaran RM100 dikenakan,” ujar Saifullah. .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vesta, Yap Bok Tuck berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi WCC dalam usaha membantu mempromosikan negeri itu.
“ Tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah, jadi kita hendak membantu mempromosi Kedah dan Malaysia amnya yang kaya dengan aneka makanan,” kata Yap Bok Tuck lagi.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor,menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.
Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab.Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.
FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan – buat halwa telinga pengunjung ketika membelibelah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad,Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan,persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi,menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
“Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik! Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”ujar beliau menutup ucapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut serta hashtag #festira22#festirachallenge di laman instagram dan twitter.
Umum mengetahui bahawa majalah Pa&Ma mempunyai follower yang tinggi di media sosial dan portal. Sekarang pula Pa&Ma mencipta lagi follower di kaca televisyen Astro Prima. Kini, buat julung kalinya, majalah keibubapaan terkemuka Pa&Ma mengorak langkah dengan menganjurkan jualan barangan bayi.
Jadi, bagi anda sebagai pengusaha produk bayi, anda patut menyertai ekspo Pa&Ma Baby Fiesta ni. Sebabnya, ekspo ini sudah semestinya ramai bakal pelanggan yang akan datang untuk sama-sama merasai kemeriahan ekspo tersebut. Tidaklah sunyi sepi tanpa bakal pembeli.
“Kami mengalu-alukan para usahawan termasuklah usahawan online untuk turut sama menyertai ekspo ini. Sebagai penganjur, kami lakukan yang terbaik untuk memastikan ekspo ini berjaya menarik ramai pengunjung. Kami menyasarkan seramai 100,000 pengunjung akan datang ke ekspo ini. Dengan kekuatan media sosial yang kami miliki, kami yakin dapat lakukan yang terbaik. Malah pelbagai tawaran menarik misalnya cabutan bertuah dan Promosi RM1 Jer pastinya memikat hati pengunjung untuk berbelanja dengan berbaloi,” kata Ketua Pengurusan Acara, Emma Masri.
Emma Masri
SEBAGAI VENDOR, APA YANG PERLU ANDA TAHU?
> Pa&Ma mempunyai 3 juta pelayar portal.
> Facebook Pa&Ma mempunyai sebanyak 1.3 follower.
> Nu Ideaktiv mempunyai 15 jenama (IP) yang akan menguar-uarkan mengenai ekspo bayi ini.
> Nu Ideaktiv mempunyai 14 juta follower secara keseluruhan.
TARIKAN KEPADA PELANGGAN
Banyak aktiviti menarik yang pastinya memberi keseronokan kepada pelanggan. Tak rugi datang ekspo bayi Pa&Ma ni tau! Antaranya:
o Hadiah Lucky Draw bernilai RM18,000 keseluruhan
o Fashion Show Ibu Hamil Anggun
o Himpunan Super Hero Junior Party
o Pertandingan Baby Merangkak Race
o Super Hero Junior Party
o Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
o Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
o Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
o Pelancaran Pa&Ma Community
o Meet & Greet Hos PA&Ma TV
o PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena
BILA?
2,3 & 4 Ogos 2019
DI MANA?
SACC Shah Alam
NAK LAGI MENARIK?
Diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
Macam mana? Nak jadi sebagai salah seorang peniaga booth di Pa&Ma Baby Fiesta? Mudah aje caranya.
Sempena bulan yang mulia Ini, walaupun tiada bufet Ramadan diadakan namun Hotel Maya menawarkan menu tradisional untuk pelanggan yang ingin merindui masakan sebegini
Chef Hasbullah bersama teamnya bersedia menyediakan menu tradisi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Menu ini bakal mengubat kerinduan anda buat keluarga yang jauh terutama di kala perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan masyarakat pulang ke kampung.
Chef Hasbullah juga terkenal dengan kepakarannya memasak hidangan Melayu seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan sebagainya.
Pelanggan boleh memilih seleksi set makanan lengkap dengan buah kurma. Jika tidak mahu menu set, boleh juga memilih menu ala carte dengan pilihan makanan tempatan. barat, serta Jepun. Antara Chef signature menu ia ialah Salmon Teriyaki dan Cantonese ‘mi Ying Yong’ .
Bagi yang mementingkan diet dan kesihatan usah risau. Ada seleksi salad, makanan bebas gula dan vegan. Tidak lengkap makan tanpa pemanis mulut. Boleh nikmati waffle homemade, Chinese pancake with lotus paste atau pun Bubur Pulut Hitam. Begitu juga boleh pilih hidangan minuman yang disukai.
Menu Buka Puasa ini sedia untuk penghantaran bermula 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu ala carte dari 5 Mei hingga seterusnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Pelanggan boleh nikmati 10%store cash back untuk tempahan makanan di masa akan datang. Tertakluk hanya item makanan yang ditempah dari Hotel Maya KL.
Penghantaran percuma hanya untuk mereka yang berbelanja RM60 sekitar radius perjalanan 5km dan RM80 sekitar radius perjalanan 10km. Harga ini tidak termasuk prevailing tax.
Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah membuat tempahan dan menikmatinya bersama keluarga.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...