Siapa yang berniaga kek mesti tahu kepentingan whipping cream atau krim putar ini. Harganya pun boleh tahan mahal jugak. Bagi orang yang buat bisnes bakeri dan kek memang terkesan jugak kan.
Ni ada cara membuat whipping cream cara homemade, gerenti sedap, segar dan halalan toyibban.Bagi Soleh Fattah dia lebih gemar membuat sendiri kerana krim putar ini adalah bahan yang selalu kena standby ada bila membuat kek.
Katanya, “Dapat juga teruskan niat berniaga sambil bersedekah dan jimatkan kos.”
Jom ikut langkah-langkah dari Soleh Fattah ini :
HOMEMADE WHIPPING CREAM :
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
1 sudu besar ovalette
5 sudue besar susu pekat
4 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula | boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 bekas ais batu | pastikan dalam ketulan kecil, senang nak kisar
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar sebab nanti whipping cream akan mengembang.
.
2. Gaul rata semua bahan-bahan bagi sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer selama seminit. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah sebab nanti ais batu terkeluar dari bekas bersepah pulak nanti.
.
3. Minit ke-2,boleh tingkatkan kelajuan, sederhana dalam 3 minit, mixsampai tak nampak ais batu tu. Masa ini akan nampak adunan ni dah berupa krim yang mengembang dan halus. 4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum. Mix dlm 2 minit sahaja, jangan terlebih pukul.
.
Ads
5. Hasilnya krim putar yang mengembang dan halus.Dah siap whipping cream, mudah sangat kan. Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja
Bagi peminat kaki ayam, hidangan kerabu kaki ayam mungkin sudah tidak asing lagi. Apatah lagi, tekstur kaki ayam yang lembut selepas direbus lama menjadikan kerabu kaki ayam sangat sedap untuk diratah begitu saja.
Sama juga halnya apabila kaki ayam dijadikan sup. Menghirup kuah sup panas-panas di samping mengunyah kaki ayam adalah salah satu nikmat bagi penggemar kaki ayam.
Jom kita lihat resipi kerabu kaki ayam yang RASA kongsikan kali ini.
KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN
10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut. Sejukkan. Apabila telah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Dalam bekas besar, masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang. Campurkan semua bahan hiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Gaul rata.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi.
Tip: Kaki ayam boleh diganti dengan udang, sotong, perut, ayam atau daging.
Selamat mencuba!
Kalau biasa kita buat ayam goreng kunyit cuma lumur kunyit dan garam sebelum goreng apa kata tukar sedikit cara dengan menggunakan teknik brine pula.
Teknik brine ini adalah dengan merendam ayam dengan larutan air garam sebelum digoreng untuk menjadikan rasanya lebih sedap. Ayam goreng kunyit yang digoreng dengan teknik ini akan garing di luar namun bahagian dalamnya kekal juicy atau lembap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh Mohd Haffiz Supai yang turut berkongsi caranya.
Cara goreng ayam teknik brine
1. Ambil ayam yang hendak digoreng, dan rendam dalam air garam. Biar selama 1-2 jam, tapi sebaiknya semalaman. Simpan dalam chiller.
2. Sebelum goreng bilas dulu ayam yang direndam tadi kemudian barulah dilumur dengan garam dan kunyit. Boleh juga tambah serbuk cili jika suka.
3. Kemudian bolehlah goreng ayam seperti biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).
Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak.
Info teknik rendam air garam (brine)
Kenapa perlu direndam dengan air garam? Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat;
1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.
2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.
Teringin nak merasa makanan kampung. Masak lemak kuning sayur ini memang enak di nikmati, cara memasaknya mudah dan menjadi lauk kegemaran tak kira muda atau pun tua.
MASAK LEMAK KULAT SISIR DAN PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kulat sisir (direndam terlebih dahulu)
1 ikat pucuk paku
1 kotak santan
2 batang serai – diketuk
Sehelai daun kunyit – dihiris halus
Sekeping asam gelugor/keping
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
BAHAN KISAR:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan, serai, asam keping dan daun kunyit.
Masak dan kacau perlahan. Pastikan selalu dikacau untuk mengelak pecah minyak
Kemudian, setelah mendidih masukkan kulat dan pucuk paku. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Setelah kuah pekat tutup api dan hidangkan.
REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair segar
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar
20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan.
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan segar serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati. Teruskan mengacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul/berbiji2.
Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.
Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
Siap untuk dihidangkan.
PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tempoyak
bahan perasa secukupnya(garam)
BAHAN DITUMBUK/DIKISAR:
2 inci kunyit hidup
20 biji cili api(ikiut kepedasan masing2)
BAHAN DIHIRIS HALUS:
1 cekak pucuk ubi kayu
1 ikat daun mengkudu
1 ikat daun kaduk
5 helai daun kunyit
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan kunyit,cili api(ditumbuk @dikisar) ,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air
Didihkan dan kacau perlahan lahan
Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus tadi lalu kacau hingga mendidih
Masukkan bahan perasa secukupnya.
Sedia untuk dihidang
PUCUK PAKU MASAK LEMAK
BAHAN_BAHAN:
2 ikat pucuk paku
2 biji keledek oren- dipotong sederhana
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 batang serai – diketuk
3 ulas bawang putih-dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
5 tangkai cili padi hijau- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
sedikit garam, gula, ajinomoto
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih.
Masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
Seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan pucuk paku.
Masak sehingga pucuk paku empuk.
Sedia untuk dihidang.
NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 kg nangka muda yang telah siang disiang
5 – 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMASAK:
Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...