Spageti Sup Cendawan Lemak Berkrim, Anak Suka Mak Pun Senang!

Ads

Rupanya guna serbuk sup cendawan pun kita boleh masak Spageti Sup Cendawan yang sedap ni. Menu ni bukan saja mudah disediakan, malah rasanya yang lemak berkrim memang menyelerakan. Nak buat bekal anak ke sekolah atau bawa ke pejabat pun sesuai. Jimat masa, jimat belanja! Jom SAVE resipi ni, esok boleh terus buat bekal!

SPAGETI SUP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti (direbus)
2 paket sup cendawan segera
6 ulas bawang putih (cincang)
4 batang sosej (hiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air secukupnya
Emping cili & emping parsli secukupnya
Keju parmesan parut secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan sosej dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga sosej masak.
2. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan serbuk sup cendawan. Kacau rata.
4. Masukkan spageti yang siap direbus. Gaul rata.
5. Taburkan keju parmesan, emping cili dan emping parsli. Gaul rata.
6. Spageti Sup Cendawan sedia untuk dinikmati.

#majalahrasa #rasashare #spagetisupcendawan #resepi #minitekspressbekal

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads